Kecewanya Jessi Ucap Tahniah Buat Perkahwinan Lee Sangyeob Ramai Peminat Tinggal Komen Tak Bijak
Kelmarin, Lee Sang-yeob telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan bernama Eun-bin!
Artikel Berkaitan
"Beruntung" - Lee Sangyeob Selamat Berkahwin, Wajah Cantik Isteri 'Eunbin' Jadi Perhatian
Selepas mengumumkan mengenai hubungan mereka pada tahun lalu, pelakon itu akhirnya mengikat perjanjian sehidup semati dan sebuah majlis gah di sebuah hotel di Jamsil, Seoul dengan dihadiri teman rapat seperti Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, pengarah “The Sixth Sense”, Jung Chul-min dan ramai lagi.
Apa yang menariknya, ramai tertanya-tanya mengapa Jessi, rakan “The Sixth Sense” tidak hadir ke majlis itu. Walhal mereka begitu akrab hingga timbul gosip percintaan semasa muncul dalam rancangan berkenaan.
Bukan kerana ‘tidak sebulu’ atau pun sudah renggang, namun penyanyi wanita itu sebenarnya baru sahaja menyelesaikan persembahan di Atlanta, Amerika Syarikat kelmarin lantas mungkin penyebab kepada ketidakhadiran tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by JESSI (@jessicah_o)
Namun begitu, Jessi dilihat sempat meninggalkan komen ucapan buat Lee Sang-yeob di dalam entri di mana lelaki itu memuat naik foto perkahwinannya. Tulis wanita itu,
Semoga awak jalani kehidupan berkahwin yang baik!!!! Tahniah oppa!!!!
Pun begitu, sesetengah komen dilihat tidak menjaga isu sensitif di antara pasangan yang baru kahwin. Malah ada yang menulis, “Mengapa Lee Sang-yeob tidak berkahwin dengan Jessi?”, “Saya nak korang yang kahwin”, atau “Saya kecewa” dan sebagainya.
Namun begitu, ramai juga yang gembira melihat hubungan keduanya kekal akrab sehingga kini.
Sebelum komen, cuba fikir dulu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Kecewanya” – Jessi Ucap Tahniah Buat Perkahwinan Lee Sangyeob, Ramai Peminat Tinggal Komen ‘Tak Bijak’ first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kecewanya-jessi-ucap-tahniah-buat-perkahwinan-lee-sangyeob-ramai-peminat-tinggal-komen-tak-bijak/