Impian Saya Peminat Terharu Song Hayoon Ucap Terima Kasih Buat Penyokong Marry My Husband
Luahan hati Song Ha-yoon telah menyentuh hati peminat serta penonton.
ARTIKEL BERKAITAN
"Saya Terlalu.." - Song Hayoon Dedah Sebab Tak Tegur Park Minyoung Di Set Penggambaran 'Marry My Husband'
Baru-baru ini, Song Ha-yoon dan Lee Gi-kwang telah muncul sebagai tetamu dalam “Knowing Bros”, di mana sebelum rancangan itu berakhir, Song Ha-yoon secara tiba-tiba telah meminta izin pihak produksi serta ahli rancangan itu untuk meluahkan perasaannya.
Katanya,
Saya nak minta izin semua untuk cakap sesuatu, sebab saya rasa yang saya tak akan dapat peluang seperti ini lagi.
Tambahnya,
Saya nak ucap terima kasih buat semua yang menonton rancangan ini serta drama ‘Marry My Husband’. Sebagai pelakon, impian saya hanyalah untuk berlakon, dan disebabkan sokongan awak semua, impian saya telah menjadi kenyataan. Terima kasih sebab dah buat saya jadi makin bahagia.
하 진짜 눈물나와.. 내남결 정수민 송하윤 배우님 아형 나오셔서 마지막에 갑자기 냅다 일어나시더니 울먹이시면서 드라마 사랑해주셔서 감사하다고 외쳐주심ㅠㅠ 진짜 배우로써 진심이 느껴져서 넘 감동되.. pic.twitter.com/wr34QgHiOJ
—
(@k_dramovie) March 16, 2024
Ucapan yang diluahkan oleh Song Ha-yoon itu sekali gus telah membuat salah seorang ahli “Knowing Bros”, iaitu Kim Young-chul menangis. Malah, penonton turut meluahkan rasa terharu mereka terhadap pelakon itu.
Antara komen penonton,
Klip ini buat saya menangis.
Awak seorang pelakon yang sangat berbakat!
Kami akan sentiasa sokong awak!
Semoga terus berjaya!
Saya harap awak akan jadi watak utama pula selepas ini!
Semoga terus berjaya Song Ha-yoon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Impian Saya..” – Peminat Terharu, Song Hayoon Ucap Terima Kasih Buat Penyokong ‘Marry My Husband’ first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/impian-saya-peminat-terharu-song-hayoon-ucap-terima-kasih-buat-penyokong-marry-my-husband/