Kecewa Dengan Keputusan Siasatan Ar Badul Mahu Inkues Siasat Punca Kematian Anak


Pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) menjelaskan dalam satu kenyataan hari ini tentang keputusan siasatan insiden yang melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya.
Kejadian duka tersebut diklasifikasikan sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan. Oleh tu, pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya, dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.
Badul atau nama penuhnya, Armaya Aman Ramlie, 70, berkata, semua ahli keluarganya tidak berpuas hati dengan kronologi sebenar kematian anaknya itu.
“Kalau boleh, (kami) nak macam Adib (prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lepas).
“Saya rasa kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera (Tentera Darat Malaysia). Kami (keluarga) tidak pernah diberitahu secara khusus apa kronologi sebenarnya kematian anak saya. Kami terkilan sebab tidak diberi penerangan lanjut.
Punca kematian tidak diberitahu cuma dikatakan meninggal dunia sebab tertembak. Tertembak di mana, kita tak tahu…tiada khususnya. “Bedah siasat ada dibuat tapi tidak diterangkan. Katanya mati di hospital…kalau mati di situ (lokasi kejadian) pun kita tak tahu,” katanya kepada pemberita selepas majlis tahlil untuk Mohd Zahir, di sini, malam ini.
Jelas Badul, inkues berkenaan juga dilihat boleh menjawab segala persoalan berkaitan punca sebenar kematian anaknya itu yang sering ditimbulkan dalam kalangan ahli keluarga dan orang awam yang turut ingin tahu mengenai insiden berkenaan.
“Saya minta penerangan (mengenai kronologi kematian) yang jelas. Bagaimana dia kena tembak? Adakah sebab peluru tersasar? Sebab anak saya berdiri tak betul ke? Atau penembak tak konsisten tertembak? Kronologi itu yang kita mahu tahu,” katanya.
Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini mengesahkan insiden kematian pegawai komando itu sebagai satu kemalangan dalam latihan dan keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga Siasatan TDM yang mendapati insiden itu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil.
Mohd Zahir, 36, merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) itu dilapor meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan pada hari kejadian, 4 Sept lalu.
Allahyarham bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.
Sumber:  BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/27/kecewa-dengan-keputusan-siasatan-ar-badul-mahu-inkues-siasat-punca-kematian-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Kecewa Dan Hampa Dengan Kenyataan Tentera Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak Ar Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

Saya Kecewa Dan Hampa Dengan Kenyataan Tentera Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak Ar Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 410 hits
Sungguhpun Tentera Darat Malaysia semalam telah mengesahkan insiden kematian pegawai komando Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan nampaknya bapa kepada arwah tidak begitu bersetuju dengan kenyataan tersebut Saya kec...
Atm Hormat Keputusan Ar Badul Mohon Inkues Kematian Mejar Zahir

Atm Hormat Keputusan Ar Badul Mohon Inkues Kematian Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 307 hits
LUMUT 27 Sept Angkatan Tentera Malaysia menghormati keputusan AR Badul yang mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya Mej Mohd Zahir Armaya Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata permoho...
Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

Selepas 41 Hari Inkues Punca Kematian Muhammad Adib Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 331 hits
Anggota bomba mengusung jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim dari Jabatan Forensik HKL 18 Disember 2018 Foto oleh Hari AnggaraSHAH ALAM 26 Sept Selepas 41 hari prosiding inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dijalan...
Kematian Mejar Zahir Terpencil Ar Badul Mahu Inkues

Kematian Mejar Zahir Terpencil Ar Badul Mahu Inkues

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 253 hits
Mejar Mohd Zahir Armaya mati tertembak dalam latihan demonstrasi di Kem Kok Lawi Sabah Foto ihsan Facebook Story Angkatan Tentera MalaysiaKUALA LUMPUR 26 Sept Pelakon dan pelawak veteran AR Badul mendesak satu inkues diadakan bagi mengetahu...
Kejadian Terpencil Kemalangan Dalam Latihan Tdm Dedah Keputusan Siasatan Kes Kematian Mejar Zahir

Kejadian Terpencil Kemalangan Dalam Latihan Tdm Dedah Keputusan Siasatan Kes Kematian Mejar Zahir

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 360 hits
Lembaga siasatan insiden melibatkan kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya akibat tertembak peluru ketika demonstrasi awal September mengkalifikasikan kejadian tersebut sebagai kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan ...
Tunang Luahkan Rasa Syukur Keputusan Inkues Memihak Kepada Arwah Muhammad Adib

Tunang Luahkan Rasa Syukur Keputusan Inkues Memihak Kepada Arwah Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 1101 hits
Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang terkorban akibat rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya pada tahun lalu telah terbukti kebenarannya pagi tadi Punca kematian arwah Muhammad Adib telah disahkan kerana kecederaan ...
Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 264 hits
Selepas 41 hari prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kini sudah tiba untuk Mahkamah Koroner membuat keputusan yang mana ia dinantikan oleh segenap lapisan masy...
Keputusan Inkues Muhammad Adib Diketahui Hari Ini

Keputusan Inkues Muhammad Adib Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 303 hits
HARI ini sudah pasti menjadi detik paling mendebarkan malah dinanti nantikan terutamanya keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim yang mengharapkan keputusan Inkues itu memihak kepada wira negara itu Keputusan inkues Muhammad Adib diketahui hari ...
Dapat Jaminan Nasib Cucu Batal Inkues Badul

Dapat Jaminan Nasib Cucu Batal Inkues Badul

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 338 hits
SAYA dengan seikhlas hati batalkan niat mahu membuat inkues itu kerana mendapat jaminan nasib cucu iaitu Ebal Zulkarnain 9 Remy Iskandar 8 dan Izzul Zakly berusia enam bulan terjaga dengan baik Sebagai datuk penting untuk saya memastikan ma...
Madani Kiosk With 100 Govt Services To Set Up In One Utama

Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Is The Law And Order System Waning

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Shipowners File Police Report After Vehicles Stolen From Storage Facility

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Iftar Kayangan At Geo Resort Hotel Genting Highlands A Heavenly Feast In The Chilly Highlands Ramadan Buffet 2025

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Ziell Ferdian Namun Semu Chord

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Jemputlah Aku Disaat Aku Sedang Beribadah Kepada Mu