Kecewa Dengan Kak Cik Abc Gunung Jerai Dan Mee Udang Di Pantai Merdeka
Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka | Asalnya nak menaip entri trip ke Kedah dan Penang dulu tapi biarlah nak story pasal yang kecewa dan menyedihkan ini dulu. Cik en hanya meluahkan perasaan kecewa dan terkilan dengan staf dan pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Mungkin kerana kami nampak biasa biasa dan sikap mak cik en suka bergurau senda buat pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini seakan akan marahkan kami. Mungkin juga mereka tak mahu lagi datang kesini lagi sebab itu dibuatnya begini.
Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai MerdekaKisahnya bermula pada 16 Disember 2018, kami sebenarnya trip ke Kedah dan Penang untuk kenduri dan percutian keluarga. Dan Pantai Merdeka adalah perhentian terakhir kami sebelum kami pulang ke Perak. Cik en pernah sampai ke sini 2 tahun lepas bersama trip kawan kawan dan adik cik en. Untuk kali ini cik en dan adik bawa mak abah kami. Disebabkan mereka datang berpuluh puluh tahun dulu, cik en bercadang bawa mereka kesini untuk melihat kawasan Pantai Merdeka yang dulunya tak semeriah ini.
Selesai berjalan jalan, hari mula hujan dan cik en pun ajak la mak cik en ke kedai berhampiran nak pekena ABC Gunung Jerai yang terkenal disini. Cik en memilih kedai Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang sebab tertarik dengan kemeriahan warna warni. Ini cik en pujilah sebab dia pandai gunakan warna yang menarik untuk menarik pelanggan termasuklah cik en.
Abah cik en lambat sikit sampai dan kami memesan makanan dan minuman terlebih dulu. Awalnya ada rasa pelik sikit, kedai makan tapi tiada air suam dan air kosong. Tapi boleh buat air panas dan sejuk yang lain. Tapi cik en hormatilah mungkin mereka ada masalah dengan sumber api mereka kot. Hahahhaa.. Kami memesan ABC Gunung Jerai, mee udang, mee sotong dan air mineral.
Hampir 10 minit, mee udang dan mee sotong sampai. Wow! cepat juga mereka serve. Cik en hirup kuah mee udang dan nampaknya sedap dan pekat. Masa itu dah lupa dah kes air suam itu. Tak sampai 10 minit lagi ABC Gunung Jerai pun sampai. Tapi dalam keadaan senget seperti dibawah ini
Tapi tak apa la, mungkin dah senget kan. Masa ini abah cik en sampai dan nak order. Belum lagi abah cik en order, pelayan terus pergi (kebetulan ABC sampai) Abah cik en biasalah nak tengok menu yang ada. Lepas itu abah cik en pun pergi la order di kaunter dan cakap la, "mungkin air kosong dan air suam tak berbayar, sebab itu tak disediakan" sebabnya dia pun order air suam juga masa itu. Dan masa itu juga order la mee goreng udang. Al kisahnya pula, ABC kami tumpah dan kami pun masukkalah dalam pinggan dibawah itu sebab diatas dah penuh. Disebabkan banyak, ada ABC yang kami tak masukkan balik dan mencair sehingga basahkan meja
Bila mee goreng udang dihantar, abah cik en minta kemaskan ABC yang tumpah itu dan staf itu boleh pula lap ABC yang tumpah dan masukkan dalam bekas ABC yang kami baru separuh makan. ABC masih tak habis lagi. Dan tiada maaf dan ganti rugi dari pihak kedai. Adik cik en pun katalah " Boleh la kot separuh harga, kami tak habis makan lagi ini" Staf itu kata " boleh" . Sebabnya kami rasa ABC Gunung Jerai Kak Cik ini sedap.
Sampai waktu membayar, cik en bagi duit dan suruh adik yang bayar sebab manatau boleh dapat diskaun sebab kecuaian staf Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka. Masa bayar dengan pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka, adik cik en pun bercerita tapi dengan nada marahnya pemilik itu berkata " Saya Bos, saya kata tak boleh, tak boleh la. Tak ada orang makan ais dalam pinggan itu" . Masa itu adik cik en kata, ada beberapa orang pandang dia dan dia berasa malu di katakan sebegitu didepan orang.
Adik cik en marah juga dan terus ke meja dan mengadu pada kami, cik en marah juga masa itu tapi itu tempat dia. Semestinya dia akan kata "SAYA BOS" so dari bertekak dengan orang yang rasa dia hebat, baik cik en biarkan.
Tapi kan cik/puan bos Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka, ABC itu kami bayar, suka hatilah kami nak makan atas pinggan ke, atas sudu ke, pakai tangan ke. Itu rasanya cara kami makan. Tak kena mengena dan perlu ikut peraturan ditetapkan oleh sesiapa.
Harga untuk Mee Udang, Mee Sotong, Mee Goreng, ABC Gunung Jerai dalam RM47.00++ dan bab duit bukan satu masalah besar bagi cik en. Sesekali datang kan? Tak apa la mahal walaupun cik en ada tengok review di Google harga di kedai ini mahal.
Ingat lagi cik en masa cik en datang sini 2 tahun lepas, memang mereka tak suggestkan ke kedai Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Mungkin sebab ini la kot. Kebetulan kawan adik pun ada disitu dan berasal di kawasan itu dan dia sendiri pun sebenarnya tak suggest untuk kami makan disini.
Apa apa pun, kalau layanan dia baik, kemungkinan cik en akan buat satu entri yang boleh bantu promosi perniagaan dia tapi disebabkan itu, cik en boleh kata yang cik en Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Cik en hanya boleh kata, pelanggan ini pembawa rezeki pada peniaga. Dengan sorang pelanggan boleh viralkan dan dengan sorang pelanggan boleh menjatuhkan.
Harap korang ke sana dan makan di kedai ini tak kena la macam cik en ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2018/12/kecewa-dengan-kak-cik-abc-gunung-jerai-dan-mee-udang-di-pantai-merdeka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie