Kecemerlangan Akademik Hanya Sebahagian Dari Aspek Jadi Orang Nik Hasyudeen




 Kecemerlangan akademik hanya sebahagian dari aspek “jadi orang”
Nik Hasyudeen




Ibubapa bertanggungjawab untuk menjadikan anak-anak mereka “orang”. Itulah yang selalu disebut oleh orang tua-tua dahulu.


Jika kita dengar betul-betul apa yang mereka cuba maksudkan, “menjadi orang” ni lebih kepada menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Nak jadi berguna kenalah ada ilmu, kemahiran, perangai yang baik dan tidak terlibat dengan pelbagai perkara yang menyusahkan orang lain.


Ini bermakna kecemerlangan akademik hanyalah sebahagian dari nak jadi orang seperti yang dimaksudkan di atas. Jika periksaan dapat A berangkai sekali pun tetapi perangainya seperti pelesit, tak dikira menjadi orang juga.


Apa yang menarik ialah sebahagian besar dari aspek nak jadi orang ni seperti beradab, berperangai baik dan menyumbang kepada masyarakat ni tak ada silibus yang terperinci dan boleh dijadikan asas peperiksaan. Ianya lebih kepada pengamalan prinsip, nilai dan kepercayaan yang benar-benar berumah di jantunghati seseorang insan.


Malanglah sekiranya ibubapa hanya mampu untuk mendidik anak-anak mereka hanya bila anak-anak melalui peperiksaan dan boleh dikira berapa A yang didapati. Adakah A yang anak dapat melambangkan A dari segi keibubapaan?


Dari perspektif seorang yang beragama Islam pula, matlamat pendidikan sudah jelas:


يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا


Wahai orang-orang yang beriman, selamatkan diri-diri kami dan keluarga kamu dari apa neraka


At-Tahrim: 6


Peperiksaan apakah yang perlu dilalui oleh anak-anak untuk mencapai matlamat di atas?


Memahami amanah dan tanggungjawab kita secara holistik akan membolehkan kita melihat sesuatu isu dengan perspektif yang lebih luas. Ini boleh mengelakkan kita setia kepada satu pendekatan dan kaedah sahaja. Malah, ianya boleh membuka mata kepada perkara-perkara yang terabai dan boleh menyusahkan kita sebagai ibubapa apabila dihisab oleh Allah di akhirat kelak.


Seorang jurujual di sebuah kedai runcit boleh “jadi orang” jika dia bekerja dengan jujur, amanah dan berbudi bahasa. Walaupun gajinya kecil tetapi jika dia bersyukur dan membentuk kehidupan berdasarkan apa yang dia mampu, dia mungkin menjadi orang yang jauh lebih baik berbanding dengan seorang akauntan profesional yang berkedudukan tinggi tetapi menyalah gunakan kedudukan untuk menyembah orang-orang besar menyebabkan masyarakat kerugian berbilion ringgit. Memiliki mahligai yang dibiayai dari duit haram belum tentu menjadikan pemiliknya “orang”.


Saya boleh menerima pandangan bahawa “orang” di era ini boleh jadi berbeza dengan “orang” di era yang mana sistem pendidikan belum matang dan meluas. Namun, seperti lain-lain aspek kehidupan, tidak ada satu kaedah atau jawapan yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan. 🆒


Kita boleh memilih perspektif dan naratif yang sesuai dengan kehendak nafsu kita. Namun, sebagai hamba Allah, sudah ada piawaian yang ditetapkan untuk kita penuhi sebagai ibubapa. Memahami dan melaksanakan amanah ini merupakan perkara yang kritikal bagi menjadikan anak-anak kita “orang”.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/kecemerlangan-akademik-hanya-sebahagian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey

Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 147 hits
Hanyalah satu Yang bertakhta dihatiku Hanya dirimu Yang ku sayangi oh kasih Rasakan keajaiban perjalanan 30 Tahun Datuk Nora Ariffin di dalam industri seni di Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey yang bakal berlangsung pad...
Projek Pembinaan Mrt3 Hanya Dijangka Bermula Pada 2027 Ceo Mrt

Projek Pembinaan Mrt3 Hanya Dijangka Bermula Pada 2027 Ceo Mrt

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 134 hits
Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd menyelesaikan proses pemerolehan tanah Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim berk
Junaida Hilang Selepas Keluar Ke Tempat Kerja Hanya Kenderaan Ditemukan

Junaida Hilang Selepas Keluar Ke Tempat Kerja Hanya Kenderaan Ditemukan

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 206 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myJUNAIDA dipercayai hilang dan masih tidak dapat dihubungi FOTO Ihsan PolisShah Alam Polis menerima tiga laporan berhubung kes seorang wanita yang tidak dapat dihubungi selepas keluar ke tempat kerja Jumaat lal...
Buktinya Pas Pn Hanya Tunggang Isu Bangsa Gambar Mp Pas Bersatu Di

Buktinya Pas Pn Hanya Tunggang Isu Bangsa Gambar Mp Pas Bersatu Di

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 197 hits
MP PAS DAN BERSATU SEDANG BELAJAR CARA KOMUNIS MEMERINTAH Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dihujani kecaman susulan lawatan pimpinan muda Perikatan Nasional di Shanghai China Ahli Parlimen Machang itu memberitahu kunju...
Ibu Berjuang Besarkan Tiga Anak Hanya Mampu Beri Nasi Kosong Jika Tiada Wang

Ibu Berjuang Besarkan Tiga Anak Hanya Mampu Beri Nasi Kosong Jika Tiada Wang

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 129 hits
Kepayahan hidup di zaman harga barang yang naik mendadak membuatkan seorang ibu terasa cukup terbeban untuk membesarkan tiga anaknya Seorang ibu di Kampung Seri Wangi Simpang Lawin terpaksa memberikan empat anaknya makan nasi kosong untuk m...
Murojaah Tak Hanya Untuk Menghafal Al Qur An

Murojaah Tak Hanya Untuk Menghafal Al Qur An

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 300 hits
Seorang pemuda merasa dirinya tak bakat menghafal Al Qur an Ia merasa sulit menghafal bahkan untuk surat surat pendek sekalipun Kalaupun berhasil menghafal hafalan baru ia terlupa hafalan yang lama Seberapa sering engkau murojaah Jarang sih...
Gisbh 231 Orang Mengaku Suami Isteri Hanya 100 Ada Rekod Perkahwinan

Gisbh 231 Orang Mengaku Suami Isteri Hanya 100 Ada Rekod Perkahwinan

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 110 hits
Ruwaida Md Zainbhnews bh com mySHAH ALAM Semakan Jabatan Agama Islam Selangor mendapati hanya 100 orang daripada 231 individu mengaku suami isteri dalam kalangan ahli GISBH Holdings yang ditahan mempunyai rekod perkahwinan Pengerusi Jawatan...
Sengit Saingan Kali Ni Hanya 10 Finalis Berjaya Ini Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juala Lagu Ke 39

Sengit Saingan Kali Ni Hanya 10 Finalis Berjaya Ini Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juala Lagu Ke 39

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 132 hits
Setelah dua malam berturut turut Separuh Akhir Muzik Muzik 39 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 14 November dan 15 November 2024 Setelah dinilai hanya 10 finalis yang berjaya menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke 39 var
7 Aspek Kemahiran Insaniah Dan Kepentingannya Dalam Hidup

7 Aspek Kemahiran Insaniah Dan Kepentingannya Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 224 hits
Kemahiran Insaniah yang juga dikenali sebagai soft skills dalam bahasa Inggeris merujuk kepada keupayaan dan sifat interpersonal serta intrapersonal yang membentuk asas penting dalam pembangunan individu Elemen ini bukan sahaja membantu ses...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya