7 Aspek Kemahiran Insaniah Dan Kepentingannya Dalam Hidup


Kemahiran Insaniah yang juga dikenali sebagai soft skills dalam bahasa Inggeris merujuk kepada keupayaan dan sifat interpersonal serta intrapersonal yang membentuk asas penting dalam pembangunan individu.
Elemen ini bukan sahaja membantu seseorang mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga berperanan penting dalam membina kerjaya yang berjaya.
Dalam kehidupan yang semakin sengit persaingannya, kemahiran insaniah boleh menjadi pelengkap diri bagi memastikan individu mampu berkembang secara peribadi dan menjadi ahli komuniti yang mampu memberi manfaat kepada semua.
Sebuah pantauan yang dilakukan oleh LinkedIn juga mendapati 92% ahli profesional setuju bahawa kemahiran insaniah adalah salah satu aspek penting yang turut dititikberatkan selain latar belakang pendidikan dan kemahiran kerja.
80% daripada responden juga akui soft skills mampu menyumbang kepada perkembangan syarikat secara positif.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda menguasai kemahiran insaniah bukan sahaja untuk menghadapi alam pekerjaan, malah sebagai satu nilai tambah bagi perkembangan peribadi.
Sebenarnya, tidak ada sebarang senarai khusus bagi kemahiran insaniah.
Namun, ia sering dikaitkan dengan kemahiran seperti komunikasi, pemikiran kritis, kepimpinan, serta etika profesional memupuk keupayaan untuk beradaptasi, bekerjasama, dan menyelesaikan cabaran secara efektif.
7 Aspek Kemahiran Insaniah dan Kepentingannya Memetik portal Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, Universiti Sains Islam Malaysia, kemahiran insaniah atau soft skills boleh dikategorikan kepada 7 aspek iaitu.
1. Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills) Sumber : Ascento Kemahiran berkomunikasi adalah keupayaan menyampaikan maklumat dengan jelas dan efektif melalui pelbagai medium, termasuk komunikasi lisan, tulisan, dan visual, serta mendengar secara aktif.
Ia merangkumi keupayaan untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan secara lisan, bertulis, atau melalui media visual.
Kemahiran komunikasi yang mantap adalah penting untuk:
Membina hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan. Menyampaikan idea dengan jelas dan berkesan dalam persekitaran kerja. Meningkatkan keyakinan diri ketika berurusan dengan pelbagai pihak. 2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (Critical Thinking and Problem Solving) Pemikiran kritis dan keupayaan menyelesaikan masalah pula merujuk kepada kemampuan individu dalam menganalisis isu, membuat keputusan berdasarkan logik, dan mencari penyelesaian kreatif terhadap cabaran.
Kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis adalah penting untuk membantu individu:
Menganalisis masalah secara mendalam dan mencari penyelesaian yang kreatif. Membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik. Mengadaptasi kepada situasi yang kompleks dan mencabar. 3. Kemahiran Kerja Berpasukan (Teamwork Skills) Kemahiran ketiga ini merangkumi kebolehan bekerjasama dengan orang lain secara harmoni untuk mencapai matlamat bersama melalui sokongan, kepercayaan, dan rasa hormat.
Nilai ini turut menekankan pentingnya bekerja secara kolektif untuk mencapai matlamat bersama. Dengan kemahiran berpasukan yang baik, individu mampu :
bekerjasama dengan individu dari latar belakang berbeza. Menggalakkan semangat tolong-menolong dan saling menghormati. Meningkatkan produktiviti dengan membina hubungan kerja yang baik. 4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (Lifelong Learning and Information Management) Sumber : ccivoice.com Ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat, mengurus dan menggunakan maklumat secara berkesan untuk perkembangan peribadi.
Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk terus belajar dan mengurus maklumat dengan baik, termasuk:
Kemahiran belajar secara kendiri. Kebolehan mengakses, menganalisis, dan menggunakan maklumat secara berkesan. Menyesuaikan diri kepada perubahan sekeliling dan perkembangan teknologi. 5. Kemahiran Keusahawanan (Entrepreneurship Skills) Sumber : startupvalley.news Kemahiran keusahawanan pula merujuk kepada kreativiti dan keberanian yang dimiliki seseorang untuk mencipta peluang baru, mengambil risiko, serta mengurus sumber secara optimum untuk mencapai matlamat.
Kemahiran ini menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam mencipta peluang atau perniagaan baru. Antara kepentingannya adalah :
Untuk membina keyakinan dalam mengambil risiko demi mencapai matlamat. Untuk mengasah kemahiran penyusunan strategi dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Bagi membina kebolehan mengurus sumber dengan berkesan untuk menjayakan perniagaan. 6. Etika dan Moral yang Profesional (Ethics and Professional Morals) Sumber : The Design Society Nilai-nilai etika seperti integriti, kejujuran, empati dan rasa tanggungjawab dalam kehidupan peribadi dan profesional perlulah dimiliki oleh semua individu.
Ia juga dapat membantu membina kepercayaan dan kredibiliti seseorang.
Kemahiran ini menekankan pentingnya nilai etika dalam setiap tindakan, seperti:
Membuat keputusan berdasarkan prinsip moral yang kukuh. Memastikan integriti dan nilai tanggungjawab dalam mengendalikan tugas atau pekerjaan. Membangunkan kepercayaan dan kemampuan membina hubungan profesional. 7. Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skills) Sumber : Sloneek Kemahiran kepimpinan adalah keupayaan untuk memimpin, memberi inspirasi, dan membimbing individu atau pasukan ke arah pencapaian matlamat yang diinginkan.
Ia membolehkan individu memimpin dan memotivasi pasukan dengan berkesan. Antara kepentingan utamanya adalah untuk :
Membimbing pasukan ke arah matlamat yang sama. Menunjukkan teladan melalui tingkah laku dan komunikasi positif. Menggalakkan inovasi dan inspirasi dalam kalangan rakan sekerja. Kesimpulannya, ketujuh-tujuh kemahiran insaniah ini memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang holistik dan kompeten.
Penguasaan kemahiran ini bukan sahaja meningkatkan potensi diri dalam bidang akademik dan kerjaya, tetapi juga melahirkan individu yang mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara positif.
Dengan mempraktikkan kemahiran insaniah, seseorang bukan sahaja dapat menghadapi cabaran dengan lebih baik, tetapi juga membina hubungan yang harmoni, memacu inovasi, dan mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan peribadi dan profesional.
Sumber : Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, Universiti Sains Islam Malaysia, Indeed


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kemahiran-insaniah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemahiran-insaniah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebat Hang Punya Modal Real Tu Scam Pemimpin Pas Tawar Modal Hanya Sekali Seumur Hidup Tapi Untung Besar

Hebat Hang Punya Modal Real Tu Scam Pemimpin Pas Tawar Modal Hanya Sekali Seumur Hidup Tapi Untung Besar

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 272 hits
HarapandailyNovember 28 2024Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nasrudin Hassan menawarkan orang ramai untuk menyertai apa yang digelarnya real business bersama Rich Academy Global Dalam klip video berdurasi 2 25 minit yang tersebar di media ...
Ular Sawa Telan Lembu Hidup Hidup

Ular Sawa Telan Lembu Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 190 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan seekor lembu yang ditelan secara hidup hidup oleh seekor ular sawa TribunnewsJAKARTA Sekumpulan nbsp penduduk di Mamuju wilayah Sulawesi Barat terkejut apabila menemui seekor ular sawa gergasi menelan seekor l...
Jenis Jenis Orang Toxic Yang Korang Patut Elak Dalam Hidup Korang

Jenis Jenis Orang Toxic Yang Korang Patut Elak Dalam Hidup Korang

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 146 hits
Dalam hidup ni korang mesti akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia Betul tak Ada yang positif ada yang ringan tangan membantu dan tak kurang juga yang jenis toxic Tapi bukan toxic yang boleh dibuat minum ya Ini lebih kepada orang yang ...
Abdullah Bin Zubair Hidup Mulia Atau Mati Syahid

Abdullah Bin Zubair Hidup Mulia Atau Mati Syahid

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 259 hits
Sejak kecil Abdullah bin Zubair telah membetot perhatian Sebab kelahirannya telah mematahkan ancaman orang orang Yahudi Ia menjadi bayi pertama muhajirin yang lahir di Madinah Tumbuh menjadi sahabat Nabi yang gagah lantas menjadi pemimpin M...
Tular Gambar Baring Di Sisi Pusara Pemuda Akui Hidup Tanpa Ibu Terasa Berat

Tular Gambar Baring Di Sisi Pusara Pemuda Akui Hidup Tanpa Ibu Terasa Berat

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 114 hits
Sejak semalam tular gambar seorang pemuda baring di sisi pusara ibu sehingga meruntun hati ramai selepas dikongsikan satu akaun Facebook Selepas gambar berkenaan menjadi perbualan akaun TikTok pemuda terbabit telah menjadi perhatian apabila...
Love U Amp Miss U Individu Dedah Mahu Hidup Hingga Akhir Nafas Bersama Enot

Love U Amp Miss U Individu Dedah Mahu Hidup Hingga Akhir Nafas Bersama Enot

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 161 hits
Baru baru ini menerusi aplikasi TikTok seorang individu telah berkongsi kepada umum mengenai pasangannya Menerusi akaun itu individu tersebut telah membuat perkongsian mengenai kehidupannya dan seorang wanita yang bernama Enot var currentUr...
Hiburan Lebih 30 Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

Hiburan Lebih 30 Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 412 hits
Melalui laporan sebanyak 34 rakyat Malaysia yang membuat tinjauan pasaran pekerjaan bersama Jobstreet by SEEK mengakui kini lebih susah mahu mencari pekerjaan yang bersesuai berbanding mencari pasangan hidup Terlalu mencabar nak cari kerja ...
Hiburan Didakwa Didera Hidup Naif Ketika Bersama Dengan Arwah Suhaimi Saad Ini Jawab Ina Naim Yang Penting Kejujuran

Hiburan Didakwa Didera Hidup Naif Ketika Bersama Dengan Arwah Suhaimi Saad Ini Jawab Ina Naim Yang Penting Kejujuran

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 162 hits
Baru baru ini nama Ina Naim kembali menjadi perhatian ramai selepas dirinya muncul dalam video TikTok usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Didakwa didera dan hidup naif ketika bersama dengan arwah Suhaimi Dalam video tersebut Aliff tela...
Kitaran Hidup Haiwan Di Pergunungan Ethiopia Refleksi Kehidupan Manusia Dulu Dan Sekarang

Kitaran Hidup Haiwan Di Pergunungan Ethiopia Refleksi Kehidupan Manusia Dulu Dan Sekarang

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 195 hits
Selepas sarapan pagi tadi saya layan filem dokumentari kehidupan haiwan di pergunungan Ethiopia Afrika sebentar Filem itu merakamkan kehidupan sekumpulan monyet Gelada sedang leka bersosial dan makan di sekitar tanah tinggi tersebut Bila te...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord