Kecelakaan
Assalamualaikum...
Pada hari ini aku telah ditimpa kecelakaan motor. Akibat kecelakaan tersebut, aku telah mendapat kemaluan yang amat nyata. Hal ini kerana kecelakaan tersebut bukanlah berlaku di atas jalan raya, akan tetapi tidak jauh dari jalan raya, iaitu berhampiran jalan raya dan juga berhadapan dengan pasaraya Borong Dinhh. Entah bagaimana sebutannya aku pun tidak mengerti. Jika disebut betul2 seakan2 berdengus seperti kerbau naik angin. Oh, maafkan aku kerana terkasar bahasa serta terlebih bahasa.
Baiklah kita teruskan penceritaan. Ketika aku memperlahankan motor untuk mencari posisi yang sesuai untuk memuaskan keadaan motor aku, aku telah menindih batu2 kecil yang berada di atas simen di hadapan pasaraya tersebut lalu terlanjur ke depan. Batu2 tersebut bertempiaran lari. Sungguh kasihan. Ketika membrek, tayar motor aku pula tergelincir dek batu2 kecil tersebut. Lalu terjadilah sedikit drifting dan sekaligus aku gagal mengawal imbangan motor aku. Aku pula secara otomatiknya telah mendarat kecemasan di atas batu2 kecil yang lain. Ketika itu juga nenek saudara aku atau lebih mesra dipanggil tokcik turut bersamaku membonceng motor tersebut. Jika difikir secara logiknya, mestilah beliau turut menyertai aku melakukan pendaratan kecemasan. Tidak mungkin beliau terbang pula
GEDEGANG!! Begitulah bunyi ketika aku, tokcik aku serta motor aku jatuh ke tanah. Berbiji2 bebola mata manusia menfokus ke arah kami. Aku rasakan seolah2 aku begitu popular pada ketika itu kerana menjadi tumpuan ramai
Setelah berjaya melakukan pendaratan kecemasan, tokcik aku juga sempat merehatkan diri selama satu minit setengah di atas batu2 kecil disitu serta sempat lagi berposing ala2 berjemur di bawah matahari di tepi pantai. Aku pula dengan seberapa pantas, terus mengangkat motor aku tanpa mempedulikan orang ramai yang menyaksikan kecelakaan tersebut. Sesungguhnya tahap kemaluan aku begitu tinggi sekali ketika itu sehingga hampir mencapai klimaks. (Ops, janganlah anda mensalah-ertikan bait2 ayatku.) Kerana terlalu malu, aku sempat melupakan tokcik aku selama 30 saat. Belum sampai satu minit, aku teringat kembali akan tokcik aku, lalu aku bergegas mengangkat beliau yang sedang asyik beristirehat di atas batu2 kecil di situ. Entah apa yang seronoknya di situ aku pun tidak tahu. Tetapi syukurlah, beliau tidak tercedera dan tidak mengalami sebarang komplikasi penyakit pada ketika itu.
Dan lebih kurang 10 minit kemudian, aku dan tokcik terus masuk ke dalam pasaraya tersebut dan terus membeli belah dengan riak muka bersahaja. Aku sengaja berlagak kool untuk menutup kemaluan yang melanda. Aku juga turut berketawa secara palsu untuk menghilangkan rasa kemaluan.
Nota:* Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan kecelakaan motor. Ianya sekadar penyedap serta pengindah cerita aku agar lebih extreme. Gambar tersebut adalah gambar kecelakaan ketika aku menyentuh tin susu pada hari yang sama. Aku pun pelik kerana tin susu tersebut telah bertindak agresif dengan menggigit jariku dengan mulutnya yang tajam mengalahkan mami jarum. Padahal aku hanya memegang tin susu, bukannya 'susu' semata2. Hermm
* FYI, tokcik aku masih muda walaupun merupakan nenek saudara aku. Beliau merupakan anak dara yang baru sahaja dilabelkan sebagai warga emas pada tahun ini. Harap anda faham. Kalau anda masih juga tidak faham, faham2lah sendiri. Renung2kan..
P/S: Lutut aku rasa lenguh lepas jatuh tadi. Mengalahkan tokcik aku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahjuzme.blogspot.com/2012/03/kecelakaan.html