India Secebis Kenangan Di India Random Photos


India | Secebis Kenangan Di India & Random Photos| Setelah satu setengah bulan ke India golden triagle Jaipur-Agra-Delhi, aku masih terasa kepuasan dapat menjejakkan kaki ke India. Terasa macam satu achievement yang lain machiam. Bila orang tanya bila nak ke Kashmir? Teringin tapi perasaan tu tidaklah membuak-buak sangat.
India ada 28 negeri dengan lima wilayah khas yang diperintah oleh Union Government of India, contohnya Jammu dan Kashmir. Ia adalah sebahagian wilayah Kashmir yang lebih besar yang menjadi pertikaian India dan Pakistan sejak 1947, India dan China sejak 1962. Kashmir belah mana yang lebih cantik, India ke Pakistan? Tak tahu, tunggu aku pergi dulu baru boleh komen.
Negara India SANGAT besar dengan 1.4 bilion penduduk menghuninya. Jarak dari utara ke selatan 3,214 km manakala dari timur ke barat 1,822 km. Ada perbezaan ciri manusia dan budaya antara wilayah utara dan selatannya. Rupa orang di Jaipur di negeri Rajashtan tak sama dengan orang India di Malaysia. Orang Rajashtan kulitnya agak cerah macam pelakon filem Hindustan tu sedangkan yang di Malaysia kebanyakan nenek moyang mereka dahulu berasal dari selatan India

Bawa duit tunai sikit. Kalau tak cukup zasss je kad kredit.
India Di Pandangan PertamaAku sampai di Jaipur, Rajashtan, dah tengah malam waktu Malaysia (Jaipur lewat  2 1/2 jam dari kita). Ketat juga airport security, sebelum keluar tiga kali mereka semak passport. Orang tua dan wanita diberi keutamaan untuk pemeriksaan cuma aku rasa agak kelam-kabut di tempat scan sebab semua orang nak cepat. Yang merisaukan kita tak berjalan seiiringan dengan barang yang masuk ke scanner. Kita yang perempuan ni di periksa di sana, barang kita tak gerak masuk ke scanner lagi, orang dahlah ramai. Risau okeh, itu semua kan barang penting

Tak jauh dari lapangan terbang aku nampak ramai gelandangan di tepi jalan. Bukan tak pernah tengok, selalunya orang gelandangan tidur di kaki lima bangunan tapi yang ini tidur di divider jalan berbumbungkan langit. Allah Allah.. Bukan divider tengah jalan tau tapi depan rumah/bangunan, kiranya depan pagar tu jalan untuk sebuah kereta lepas tu divider selebar lebih kurang enam kaki, lepas tu jalanraya. Semua berselubung. Haish. 
Bila lalu di Hawa Mahal driver tanya nak turun ambil gambar ke? Idok ler....dah tengah malam kot, takut juga dahlah aku sensorang je. Dibuatnya dia kena pukul masa tolong ambil gambar aku tak ke terkapai-kapai aku dalam golap bumin tu? hahhhaha...overthinking betholll hahhhaa.

India adalah sebuah destinasi yang luar biasa hinggakan ada orang kata, if you can survive in India you can survive the world. Hahaa gitu perumpamaannya. India sebuah negara yang kaya budaya, senibina menakjubkan dan sejarah menarik.  How I wish I can travel all over India and not worrying about time limit. Susah nak direalisasikan bila bos sendiri paling lama bercuti pun seminggu je 😅

Sebagai sebahagian negara Asia (selatan) India berkongsi beberapa budaya yang sama dengan kita. Contohnya:
1. Tidak memakai kasut dalam rumah atau kuil, juga sesetengah kedai
Di kedai sekitar Hawa Mahal, kasut perlu ditanggalkan tetapi disebabkan kita pelanggan asing mereka bagi je masuk dengan berkasut

2. Tidak memberi atau menerima dengan tangan kiri

3. Di ibu kota New Delhi sekalipun wanitanya tidak memakai pakaian seksi. Dalam filem lainlah, yang aku cakap ni secara purata. Di luar Delhi wanitanya bertutup rapi baik muslim atau bukan muslim

4. Menunjukkan kemesraan di tempat awam adalah taboo. 
5. Lelaki India tidak akan sesuka hatinya menyentuh wanita selain keluarga jadi jika mereka bergambar dengan kita dan memegang atau meletakkan tangan di bahu kita contohnya, bagitau mereka jangan buat macam tu. It is totally disrespectful. Dengan sesama bangsa dia pun tak berani buat takkan nak buat kat kita pula kan

Aku ada juga ambil gambar dengan perempuan sana untuk kenangan dan sebab suka dengan penampilan mereka yang sopan berpakaian tradisional. Bila kita mesra mereka pun tak kekok. Ada sesetengah nampak segan, mungkin merasa rendah diri dengan kita yang melancong ni tapi bila kita hantar aura positif, positifah dapatnya insyaallah

6. Menunjuk dengan jari telunjuk (pointing finger) dianggap tidak beradab.
7. Tidak menyentuh barang atau orang dengan kaki

8. Street food are abundance. Lain kali nak cubalah

9. Proses tawar-menawar. Urghh...I hate this

10. Lembu di jalan raya macam kampung den hahahahahah....Tak school punya lembu



Selamat pagi Jaipur!Negeri Rajashtan ada empat bandar popular iaitu Jaipur, Udaipur (Lake City), Jodpur (Blue City) dan Jeselmir (Gold City). Jeselmir ada gurun. Kering tapi ramai pelancong ke sini

Rajashtan ada tiga musim. Musim panasnya antara Mei dan Jun, masa ni kita pun panas buat apa pergi sana yang boleh cecah sampai 32 - 45 selsius. Di barat Rajashtan suhu boleh naik sampai 48 c. Berkicap beb. Musim monsun hujung Jun hingga September. Aku ke sana bulan September betullah ada hujan sekali sekala tapi tak lebat. Selepas monsun antara Oktober hingga November, suhunya antara 33-38c. Paling rendah 18c. Paling best bagi kebanyakan pelancong ialah musim sejuk Disember hingga Mac. Suhu Januari boleh jatuh ke 0c di tempat tertentu

Pemandangan yang mengejutkan aku bilamana nampak perempuan berjubah hitam dan berpurdah atas auto rickshaw sekitar hotel. Mereka naik dengan lelaki yang kelihatannya seperti suami/bapa mereka. Ramai jugalah. Yang non muslim pakai saree bertutup muka. Ni macam zaman uwan onyang kita dulu. Ada juga peniaga yang menjual buah dengan kereta tolak kayu. Aku rasa betul betul melihat berpuluh tahun ke belakang

Terdapat kedai kecil tepi jalan menjual teh masala tetapi semua pelanggannya lelaki, depan hotel pun ada. Nak pergi tengok rasa segan hinggalah kawan-kawan dari Indonesia sampai. Mereka pandang aje aku. Apa agaknya yang mereka fikirkan bila aku bersama dengan bapak-bapak tersebut? Aku nak pi amik video je lepas tu masuk balik ke lobi hotel


Penjual teh masala di hadapan Hotel Amayra, Jaipur.
Penjual cenderahati di Amber Fort, Hawa Mahal dan tempat-tempat lain ada yang jenis memaksa. Ya tuhan, dari kau masuk sampai keluar dipaksa beli. Dari harga 500 rupees dapat 12 fridge magnet jadi 300 rupees 20 magnet. Aku tak beli di situ sebab nak yang unik sikit. Di Amber Fort tu boleh beli kasut perempuan buat souvenir, murah 100 rupees je. Tanya saiz penerima sesiap. Anting-anting, gelang warna-warni, saree banyak betul pilihan di bandar Jaipur, pandai cari dapat yang murah. Aku lagi suka membeli-belah sendiri berbanding dibawa ke kedai khas untuk pelancong walaupun tak dinafikan kain saree di kedai tersebut ada lebih banyak pilihan dengan pelbagai harga. Poket kita tak tebal wak

Tiada paksaan membeli di kedai dalam Amber Fort ini. Tenang.
Istana dan fort di Jaipur yang seragam warnanya serta bersaiz luar biasa menunjukkan betapa mewahnya maharaja dahulu kala. Bayangkan sewaktu masih dihuni dahulu dengan lampu, perabot, isteri-isteri, gundik.. wow gahnya hidup! 
Aku agak kesal jugalah sebab tak explore Jaipur sendirian. Selain takde duit kecil untuk bayar auto/bajaj, aku takut leka dan terlambat sampai hotel. TG aku tu pi jemput geng Indonesia di Delhi sebab mereka salah beli tiket. Bila mereka sampai baru gerak jalan-jalan

Aku suka vibe sini. Tempat cantik budaya menarik (eh macam tagline Ganu). Lelaki tempatan pun nampak sopan dengan wanita

Pemandu jip kami untuk naik ke Amber Fort.
Amber Fort in Amer, Jaipur, Rajashtan. Di sebut juga Amer Fort kerana lokasinya di Amer.



Belian di Amber Fort. 100 rupees jah. Tergesa-gesa sangat tak sempat memilih.

Ada international school di depan tu. Ke kanan, Hotel Amayra Jaipur, ke kiri ada restoran. Vegetarian briyaninya sangat sedap.
Wanita muslim memakai salwar dan menutup muka.
Berpagian di Jai Mahal menunggu matahari terbit tapi hari mendung.


Seronok kanak-kanak ni bila aku ambil gambar.
Mabuk kain 😄. Keluar dari Amber Fort terus ke sini.
UP bermaksud didaftarkan Uttar Pradesh. Agra di Uttar Pradesh. Masa ni on the way ke Agra.
Bas mini kat atas tu guna petrol ke diesel eh? Aku rasa harganya lebih kurang sama je.

Hello Agra!Sesampainya di bandar Agra aku ternampak signboard tertulis "Taj Mahal 1 km". Eh dekat je dari bandar. Kami tak sempat explore Agra lansung. Sampai saja terus dibawa ke kedai barangan kulit kemudian check-in hotel. Keluar malam pun pergi satu tempat je, kedai barangan kulit. Aku beli tali pinggang kulit unta untuk suami yang kepalanya (buckle) boleh dipusingkan, jadi tali pinggang tu dapat dua warna coklat dan hitam


Perempuan India pakai saree sopan je perut tak nampak muka pun bertutup di kawasan ramai orang, "choli" pun berlengan, alih alih segelintir orang Melayu pakai saree terdedah sebahagian besar atas badan 😏



Jadual lawatan waktu malam Taj Mahal.
Penatnya mencari rezeki. Semoga terus kuat.
Tandas awam berbayar di Agra.
Lebih banyak gambar Taj mahal di sini


Welcome to Delhi - Delhi Yang Super SibukLokasi terakhir dan termoden antara ketiga-tiga bandar. Ada banyak pokok terutama semambu (neem) di sepanjang jalan masuk ke Delhi. Tak tahulah sama ada Delhi termasuk dalam green city ke tak, yang pasti air and sound pollution ada. Ternampak satu iklan kondo mewah Chintamanis, eh eh projek orang Malaysia/Indonesia ke ni? 
Melalui Darya Ganj di Old Delhi, aku perasan ada banyak kedai buku. Ingatkan kawasan universiti tapi bukan, mungkin disebabkan banyak penerbit buku berpusat di sini. Darya Ganj terkenal dengan Sunday Book market atau Kitab Bazaar yang berlaku pada setiap Ahad di kaki lima bangunan. Stesen metro terdekat ialah Delhi Gate

Rekabentuk bandar Delhi direka oleh  arkitek British Sir Edwin Lutyens and Sir Herbert Baker. Lutyens yang bertanggungjawab dalam mereka bandar dan bangunan di Delhi sewaktu penguasana British dari 1920an-1940an. Lutyens adalah lambang kemegahan arkitektur dan kawasan perumahan mewah ciptaannnya menjadi tempat berkumpulnya golongan elit Sunil Mittal dari Airtel, the Burman family dari Dabur Group dan jutawan besi Lakshmi Mittal. Orang kata bilioaire Ratan Tata dan Kumar Mangalam Birla pun tinggal di sini. 
Kota House di bandar Delhi adalah kawasan tentera laut. Ada kem dan tempat latihan tentera di sini

Malam tu aku keluar jalan-jalan. Ya Allah, aku rasa aku menjadi diri pengembara kembali hahahha... seronok dapat explore sendiri (masa hari pertama tour guide dah pesan jangan masuk ke lorong sunyi). 
Keluar dari hotel ke kiri, melintas jalan dan terus ke depan sampai hujung aku berjalan. Jumpa kedai kasut kulit, nak belikan anak tak tahu saiz. Disebabkan hp aku tak set roaming terpaksalah balik guna wifi hotel. Aku terus berjalan sampailah satu tempat yang gelap tapi ramai orang. Eh, rasanya tadi tak lalu pun tempat gelap. Mujur ada ambil gambar hotel jadi aku pun tanya pada pekedai. Laa....aku terlupa melintas jalan kat traffuc lights 😄, hmm...tak sah kalau tak sesat hehhe.. Turun kali kedua aku ke kanan dahulu. Semua hotel dan spa je. Takde masat macam di Bangkok. Aku rasa penting untuk stay di hotel yang dekat dengan Delhi Airport melainkan kita sanggup keluar awal. Kesesakan di Delhi jangan buat memain. Di Singapura takde pun polis trafik jaga jalan tetapi semua teratur, Delhi polis pun takde tak suasanya berbeza dengan Singapura






Hard Rock Cafe berdepan Janpath Bazaar.
India Street FoodDaripada video makanan jalanan (street food) yang dikongsikan ramai orang, banyak yang nampak sedap tetapi aku tak cuba. Risau. Trip enam hari kalau dah demam atau cirit-birit memang jem paler. Your trip will be ruined!  Sedap pada mereka mungkin tak sesuai untuk kita sebab penggunaan rempah dalam kadar atau jenis yang berlainan, yang perut kita tak biasa. Lagi satu, risau jugalah kot kot uli atas lantai je huhu...tapi aku rasa teh masala takde masalah untuk dicuba sebab daun teh direbus lama. Kita pun kalau kena rebus boleh mati inikan pula kuman

Sebagai peminat gandum, aku rasa best nya dapat makan roti naan bebila masa. Ditempat kita naan biasanya dijual bermula jam lima petang. Nasi briyani sangat sedap walaupun untuk vegetarian. Belajarlah makan sayur supaya bila ke tempat yang sukar mendapat makanan halal kita tak menggigil kelaparan. India ada banyak pilihan makanan vegetarian yang sedap


KesimpulanPenting untuk diingati dan difahami bahawa India adalah sebuah negara yang sangat besar dan rencam. Setiap unik dengan dengan budaya dan gaya hidup tersendiri. Apa yang kita jumpa di sini mungkin tiada di sinun

Semasa di tempat-tempat pelancongan aku akan offer diri untuk ambilkan gambar memana individu yang dok selfie jadi kira mintalah dia balas juga tapi kadang gambar aku tak seperti yang diharapkan. Malang betul hahaha... Yang paling aku suka tolong ambil gambar makcik pakcik yang datang dalam kumpulan. Kesian terkial-kial nak wefie

Pekerja hotel mengharapkan tips. Bab ni aku rasa lemas jugalah. Masa check-out hotel Agra dan New Delhi aku tarik sendiri je beg sebab takde duit kecil dah. 
Dengan 1.4 bilion penduduk, kena barang yang kau dagangkan memang buat duit beb



© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/11/india-secebis-kenangan-di-india-random.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
India Hawa Mahal Indahnya Istana Di Tengah Kota

India Hawa Mahal Indahnya Istana Di Tengah Kota

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 160 hits
Hawa Mahal Indahnya Istana di Tengah Kota Sebenarnya sebelum ke Hawa Mahal kami ke Patrika Gate dan singgah ambil gambar Albert Hall Museum dari jauh Nak masuk AHM masa suntuk sangat tak enjoy Hawa Mahal yang terletak di Badi Chaupar di ten...
Young Tigers Kecundang Lagi Tewas 2 4 Kepada India

Young Tigers Kecundang Lagi Tewas 2 4 Kepada India

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 145 hits
JOHOR BAHRU Skuad hoki remaja kebangsaan terus gagal mengutip sebarang mata dalam kempen Piala Sultan Johor 2024 apabila tewas kepada India dengan keputusan 2 4 dalam perlawanan ketiga Perlawanan suku pertama menyaksikan India bermula garan...
India Patrika Gate Albert Hall Museum Di Jaipur

India Patrika Gate Albert Hall Museum Di Jaipur

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 149 hits
India Patrika Gate dan karya seninya Patrika Gate adalah bangunan baharu yang dibina oleh Patrika Group of Newspaper di Jawarhalal Nehru Marg dan dibuka kepada umum pada 2016 Ia dibina sebagai memorial yang mengetengahkan senibina dan buday...
Belanjawan Sisih Orang India Ramanan Ingatkan Jangan Putar Belit

Belanjawan Sisih Orang India Ramanan Ingatkan Jangan Putar Belit

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 152 hits
Belanjawan 2025 untuk semua lapisan masyarakat tanpa membezakan mana mana komuniti jelas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan Bagi komuniti India sudah banyak kali Perdana Menteri sudah cakap tak nak pecah pecahkan d...
Video Penjawat Awam Maliney Pohs Dimahkotakan Sebagai Miss Malaysia India Global

Video Penjawat Awam Maliney Pohs Dimahkotakan Sebagai Miss Malaysia India Global

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 150 hits
Maliney Pohs seorang penjawat awam berusia 28 tahun telah mencipta sejarah dengan dinobatkan sebagai Miss Malaysia India Global 2024 Bekerja di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pencapaian ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepa...
Mcmc Goes After Fb Group Sharing Photos Of Schoolgirls In Baju Kurung

Mcmc Goes After Fb Group Sharing Photos Of Schoolgirls In Baju Kurung

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 143 hits
The private group s description states that it is for members to share content of girls in baju kurung school uniforms PETALING JAYA The Malaysian Communications and Multimedia Commission is taking action on a Facebook group believed to be ...
Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura Bakal Berlangsung Pada Februari 2025

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura Bakal Berlangsung Pada Februari 2025

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 120 hits
Hi Korang Sudah menjayakan ribuan persembahan berskala besar don kecil sejak lebih 4o tahun bergelar penghibur bukan alasan untuk Dato Jamal Abdillah berhenti beraksi di atas panggung Sebaliknya setiap pengalaman yang diperoleh lewat semua ...
Samsung Umum Ciri Baru Jejak Ubat Dalam Samsung Health Di India Berita Samsung Malaysia

Samsung Umum Ciri Baru Jejak Ubat Dalam Samsung Health Di India Berita Samsung Malaysia

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 131 hits
Pengguna kini boleh menggunakan aplikasi Samsung Health untuk menjejaki pengambilan ubat dengan mudah dan menerima petua berguna Ciri Medications ini direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna di India Samsung jenama elektronik pengguna ...
Youtube Launches Affiliate Program In India With Flipkart

Youtube Launches Affiliate Program In India With Flipkart

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 118 hits
YouTube kini menghadirkan program afiliasi ke India membolehkan pencipta untuk menandakan produk dalam video mereka dan memperoleh komisi tepat pada waktunya untuk musim perayaan Mereka bekerjasama dengan Flipkart yang dimiliki oleh Walmart...
Huawei Unfold The Classic

New Sabah Governor Expected To Be Named Next Week

Lirik Lagu Hijab Rindu Black Hanifah

Kolkata Doctor Rape Murder Case Accused Hitched Four Times Several Wives Left Him Or Her For Misconduct

Pelancaran Omega Ambil Alih Sephora Debut Fila Banyak Lagi Acara Menarik Minggu Ini

Zafrul Joining Pkr No Membership Form Received Yet Says Sec Gen

Zalim Sendiri Juga Punca Jatuh Pemerintaah Jahannam As Israel

Sedap Ke Makan Ayam Goreng Korea Bhc Chicken


echo '';
Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rahsiamu Selamat Denganku Astro Ria

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33


Selebriti Lelaki Positif Dadah Ditahan Bersama Ganja

Peniaga Oku Kerugian Rm6 000 Akibat Barang Jualan Tenggelam Dalam Banjir

Bekas Bos Sprm Persoal Tindakan Pendakwa Raya Tarik Rayuan Kes Zahid

Apam Gula Merah Tiktok Dmk

Tak Sampai 2 Minit Budak Empat Tahun Pecah Rekod Kenal Pasti 118 Elemen Jadual Berkala

Benarkah Anwar Melobi Tengku Zafrul Sebagai Mb Selangor Jumiah Jonid