Keburukan Ekonomi Gig Kepada Gigger


Semenjak pendemik melanda negara, ekonomi gig terus menjadi perhatian rakyat Malaysia sebagai salah satu segmen pekerjaan baru yang memberi sinar harapan kepada permasalah pengangguran. Katanya ia mampu menaikkan ekonomi rakyat. Namun sedarkah mereka segmen ekonomi baru ini juga mempunyai kelemahannya. Apa keburukan ekonomi gig terutama kepada gigger?
Baca tentang apa itu ekonomi gig: Klik sini
Siapa itu gigger dalam ekonomi gig? Jurugambar bebas juga antara pekerja dalam segmen ekonomi gig
Gigger atau pekerja gig adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada individu yang melakukan kerja-kerja freelance dalam ekonomi gig. Mereka ini kebiasaannya menjalankan kerja berdasarkan kontrak dan harga yang dipersetujui bersama client/pelanggan dalam tempoh masa tertentu. Terdapat juga gigger yang berkerja mengikut jam bergantung kepada segmen pasaran dan bidang.
Contoh yang cukup popular ketika ini adalah rider atau pemandu Grab Car yang bekerja mengikut kontrak bagi segmen gigger non-profesional dan pereka grafik, videografer atau SAP consultant bagi segmen gigger professional.
Ekonomi Gig mula mendapat perhatian kerajaan? Sektor ekonomi gig mula mendapat perhatian kerajaan
Ya betul, ekonomi gig sudah mula mendapat perhatian kerajaan apabila rakyat Malaysia sendiri sudah mula menjadikan segmen ekonomi freelancing sebagai salah satu daripada inisiatif ikhtiar hidup.
Namun sayangnya hanya 7% atau 28,425 orang sahaja yang berdaftar dengan Perkeso berbanding dengan 400,000 orang pekerja gig di Malaysia pada Januari 2020 yang dianggarkan oleh MDEC.
Kerajaan sedar tentang keadaan itu dan cuba untuk memperbaiki sistem yang sedia ada kearah lebih baik. Antaranya dengan mewujudkan PenjanaGig, satu program bantuan kerajaan yang berbentuk sumbangan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang memperuntukan RM50 juta geran padanan.
Selain daripada itu, kerajaan juga memberi pemfokusan ekonomi eig dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dengan mengiktiraf ia sebagai sumber ekonomi baru yang akan difokuskan dalam rancangan strategi yang mampan dan inklusif.
Adakah rakyat Malaysia menyambut baik ekonomi gig? Bekerja dari rumah kini mula menjadi norma baru
Sejujurnya ya. Lebih-lebih lagi budaya bekerja daripada rumah (work from home) mula diimplementasikan semenjak PKP (MCO) bulan Mac yang lalu menjadikan sebahagian daripada kita mula sedar tentang selesanya bekerja dari rumah.
Dimasa yang sama, kemuncaknya kian terasa apabila sebahagian daripada rakyat Malaysia kurang bernasib baik diberhentikan kerja diatas faktor ekonomi menjadikan mereka memerlukan alternatif sumber pendapatan yang baru bagi menampung perbelanjaan sedia ada.
Buat mereka yang berbekalkan skill, menawarkan perkhidmatan profesional menjadi pilihan gigger. Sebagai contohnya perkhidmatan perunding jenama, pengaturcaraan, perakaunan dan sebagainya. Bagi individu non-profesional, perkhidmatan e-hailing menjadi pilihan kebanyakan daripada mereka.
Jika anda ingin menjadi seorang Gigger, adakah anda sudah bersedia? Sudahkah anda bersedia?
Saya faham ada diantara anda yang cukup teruja diberikan kelapangan masa mampu bekerja mengikut masa sendiri, tanpa bos, wang yang diterima juga besar. Maka menjadi seorang gigger terus menjadi pilihan utama.
Saya juga seorang Gigger. Pengalaman beberapa tahun kebelakangan ini cukup mengajar saya tentang bagaimana cara untuk hidup dizaman yang penuh mencabar.
Tanpa disedari, ekonomi gig turut menyediakan sisi-sisi gelap yang bakal menghantui diri anda nanti. Cepat atau lambat, ini adalah cabaran yang terpaksa dihadapi anda untuk terus hidup sebagai seorang freelancer yang berjaya.
Keburukan ekonomi gig Sisi gelap yang saya maksudkan adalah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh gigger dalam mengharungi zaman kegemilangan ekonomi gig. Zaman dimana tiada keselamatan sosial, zaman yang perlu berusaha keras bagi mencapai piawaian pasaran dan zaman yang memenatkan. Apakah cabaran yang dimaksudkan?
1. Persaingan sengit diantara gigger Persaingan diantara pekerja gig
Ekonomi gig benar-benar membawa dimensi baru kepada dunia tentang bagaimana skill yang dimiliki mampu ditawarkan keseluruh dunia. Bayangkan jika anda seorang penyedia kandungan (content creator), anda boleh mendapat client daripada seluruh pelusuk dunia.
Walaupun disatu sisi nampak kebaikan yang ditawarkan, anda juga perlu melihat daripada sudut yang berbeza. Sebagaimana anda boleh menjual bakat anda ke dunia luar, orang luar juga boleh menjual bakat di Malaysia. Kesannya persaingan terlampau sengit mewujudkan perasaan terdesak yang bakal merugikan anda. Itu bidang profesional.
Bagaimana pun dengan non-profesional seperti rider Food Panda? Sekarang ini pun kita hadapi masalah dengan lambakan rider yang mewujudkan persaingan diantara mereka. Ini tidak termasuk dengan persaingan sesama penyedia perkhidmatan. Tawaran yang melebihi permintaan benar-benar menganggu gugat periuk nasi para pekerja ekonomi gig dan pihak yang kalah dalam persaingan benar-benar akan terbeban dengan model ekonomi baru ini.
2. Nilai pasaran terganggu dek aktiviti pembuangan harga Hanya kerana duit, ramai yang menawarkan kerja dengan harga yang murah
Ini saya bercerita tentang profesional yang memerlukan aktiviti pembukaan harga ataupun pembidaan perkhidmatan bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan. Sebagai contohnya mereka yang memohon pekerjaan kontrak jangka pendek di laman web ekonomi gig seperti Workana dan Freelancer.
Apabila persaingan terlampau sengit, maka anda diantara kita yang akan terdesak untuk terus hidup. Maklumlah mereka menjadi seorang gigger sepenuh masa. Kesannya akan ada pihak mula membuang harga dengan menawarkan perkhidmatan dengan harga yang cukup murah.
Tidak kisahlah pembuangan harga ini mungkin menyebabkan anda menerima banyak tawaran kerja sehingga tidak menang tangan. Tetapi kesannya adalah anda tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasan sehingga mengganggu kualiti perkhidmatan dan produk dengan harga yang tidak berbaloi. Secara tidak langsung anda memburukkan nama gigger yang lain.
Jangan terkejut jika hal ini berlaku kerana ia sememang sedang berlaku dan kebiasaannya ia dilakukan oleh para pemula (newbie) yang mula berjinak-jinak dalam dunia freelancing. Tidak mengukur baju dibadan sendiri, kesannya bakal dirasai oleh semua pihak kerana industri ini berjalan berdasarkan kepada nilai “kepercayaan” dan “janji yang ditepati”, bukannya “janji yang dicapati”.
3. Pendapatan tidak konsisten Setiap hujung bulan akan pening kepala jika pendapatan berkurangan
Jika anda menjadi seorang gigger dan mengharapkan pendapatan yang konsisten, maka anda mungkin ambil ketum atau hisap gam. Dunia tidak seindah yang disangka, anda memerlukan extra effort untuk memastikan anda memasarkan diri anda dengan baik.
Pendapatan anda bergantung kepada gig yang diterima dan bayarannya adalah berdasarkan jumlah usaha yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Jika bulan ini anda dapat RM7,000, belum tentu bulan hadapan anda akan mendapat jumlah yang sama.
Sebab itu apabila menjadi seorang gigger, disiplin dan perancangan sangat penting. Anda perlu merancang dalam mempromosikan perkhidmatan dan dimasa yang sama tidak menerima pekerjaan yang berada diluar kemampuan. Ini sedikit sebanyak bakal menyusahkan diri sendiri.
4. Perangkap kemahiran kepada gigger Pekerja gig tiada peluang kenaikan pangkat
Apabila saya berceritakan tentang perangkap kemahiran kepada gigger, saya bahagikan kepada 2 senario yang bakal mencabar diri seorang freelancer yang mungkin memerangkap diri anda sendiri.
Pertama adalah bagaimana anda sebagai seorang freelancer yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Anda mempunyai kelulusan seperti Ijazah, diploma mahupun sijil profesional lain, tetapi anda perlu memilih pekerjaan kemahiran rendah seperti pemandu Grab Car atau penghantar makanan Grab Food. Mungkin diatas faktor fleksibiliti atau pendapatan yang lumayan.
Walaupun anda memiliki pendapatan yang lumayan, perkembangan kareer anda akan terhenti setakat disitu kerana pekerjaan yang dilakukan tidak membuka peluang kenaikan pangkat dan mungkin juga gaji. Anda juga tidak memiliki sebab untuk mempertingkatkan kemahiran diri diatas faktor pekerjaan yang dilakukan.
Ini sedikit sebanyak memberi perkembangan kareer yang mendatar kepada diri anda sekaligus memberi kesan jangka panjang jika terdapat masalah dimasa akan datang berkaitan dengan platform penyedia perkhidmatan yang anda gunakan. Itu senario pertama.
Senario kedua pula adalah bagaimana anda sebagai seorang freelancer yang berkemahiran tetap MASIH PERLU meningkatkan kemahiran sebelum terjerumus ke lembah perangkap kemahiran. Sebagai contohnya pemain industri kreatif seperti pembangun laman web yang terikat dengan perkembangan teknologi dan persaingan sesama sendiri bagi menunjukkan anda bagus.
Kesannya, anda sendiri perlu mengeluarkan modal sendiri untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) menerusi khusus atau pembelajaran atas talian bagi menjadikan diri anda kekal releven mata client. Kebiasaannya gigger seperti ini sentiasa memperuntukan sejumlah wang yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Paling penting anda perlu sentiasa belajar dan mencuri masa untuk belajar TANPA alasan.
Jadi nampak atau tidak permasalahan ekonomi gig? Jika anda mempunyai perkembangan kareer yang mendatar memberi kerugian daripada segi jangka panjang, jika anda menjadi tidak releven kepada industri juga bakal memberi masalah dimasa akan datang. Seolah anda kena pilih sama ada untuk ke lembah perangkap kemahiran sendiri atau dihumban ke perangkap kemahiran. Kejam.
5. Longgarnya polisi dan dasar yang melindungi gigger Ketidaktentuan politik Malaysia melambatkan pembentukan polisi yang lebih baik
Saya dapat lihat bagaimana kerajaan Malaysia cuba membantu gigger dengan menawarkan bantuan dan galakan pendaftaran skim perlindungan sosial dan KWSP ketika bekerja. Namun disebabkan industri ini agak baru, maka saya nampak tindakan kerajaan akan lebih kepada “wait and see” sahaja. Bila ada isu baru bertindak.
Seharusnya perlindungan harus diteliti daripada definisi pekerja gig itu sendiri. Setiap daripada penyedia perkhidmatan/platform memberi definisi yang berbeza kepada pekerja gig dibawah mereka. Diantaranya ialah “kontraktor”, “rakan kongsi”, “usahawan mikro”. Walaupun nampak kecil, tapi pendefinisian itu memberi kesan yang besar kepada pekerja gig daripada segi skop pekerjaan dan perlindungan.
Lebih-lebih lagi dengan keadaan politik Malaysia yang tidak stabil menjadikan peluang untuk pembentukan dasar yang lebih konkrit sedikit memakan masa untuk diimplementasikan. Maka siapa yang perlu hadap dengan situasi ini? Sudah tentulah gigger.
6. Tekanan hidup disebabkan kerana bebanan kerja Gigger akan lebih tertekan dalam hidup
Sebagai seorang gigger, personal brand sangat penting kepada penawaran perkhidmatan anda. Client tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada mereka yang tahu membuat kerja. Oleh sebab itu, anda sentiasa perlu memastikan mutu perkhidmatan sentiasa berada on-par dengan jumlah bayaran yang diberikan. Maklumbalas pelanggan terdahulu sangat penting.
Selain daripada itu, anda perlu mencari sendiri Client yang berminat dengan perkhidmatan yang anda tawarkan. Ini menjadikan anda perlu meluangkan sedikit masa melakukan kerja-kerja pemasaran, pembangunan brand, khidmat pelanggan dan sebagainya. Ini tidak termasuk lagi penawaran servis dan pembuatan produk.
Kesannya anda akan menghadapi kesulitan untuk menguruskan masa dengan baik sehingga memberikan tekanan kepada diri. Kerja perlu dihantar dan dimasa yang sama anda perlu mencari projek yang selanjutnya selepas habis projek yang dikerjakan. Belum lagi termasuk 2-3 bulan tidak menerima apa-apa tawaran kerja.
Pada ketika ini bekerja fleksibel akan jadi mitos semata. Anda akan bergelut untuk mengejar dateline dan membuat sales. Silap-silap boleh “burnout”.
7. Jika sakit tiada gaji Terpaksa belajar menguruskan diri daripada sakit
Kelemahan yang ketara kepada seorang gigger adalah adalah bagaimana jika anda sakit, anda mungkin berisiko tidak mendapat gaji. Jika demam biasa mungkin tidak terjejas, akan tetapi jika anda sakit yang memerlukan anda berehat lebih daripada seminggu, itu sedikit sebanyak mungkin menjejaskan sumber pendapatan anda.
Itu kita bercerita tentang sakit, bagaimana pula dengan perempuan? Bayangkan anda seorang ibu yang baru bersalin dan memerlukan cuti sebanyak 2-3 bulan untuk tempoh berpantang, maka itu pasti memberi kesan bukan sahaja kewangan, mungkin juga emosi kepada diri anda.
Kesimpulannya Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang gigger. Risiko yang terpaksa dimainkan untuk berjaya. Bagi pendapat saya, daripada 7 poin yang saya bagi diatas, nombor 2 lebih menyakitkan saya berbanding nombor 7.
Ini betul-betul,  bukan main-main. Sekurangnya kalau saya terlantar di hospital, saya ada takaful (ini sangat penting ye tuan tuan) yang akan menanggung kosnya. Akan tetapi kalau tiada gaji dan kerja disebabkan oleh mereka yang suka buang harga, hahhh yang itu sakit.
Baca juga: Samsung Pay membenarkan pembayaran menggunakan jam tangan
Baca juga: Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline
Sejujurnya saya tiada niat pun nak menakutkan anda jika anda berniat untuk menjadi seorang gigger. Banyak sebenarnya kebaikan menjadi seorang gigger atau dikenali sebagai freelancer dikalangan masyarakat.
Malahan ketika saya menulis tentang keburukan ekonomi gig ini kepada gigger, saya masih lagi seorang gigger. Saya masih lagi perlu berurusan dengan client dan mendapat pendapatan yang alhamdulillah mencukupi buat diri saya.
Cumanya saya nak semua orang berpijak di bumi yang nyata. Dikala orang bercerita tentang fleksibiliti dan pendapatan yang lumayan, sebenarnya terdapat juga sisi-sisi gelap ekonomi gig yang terpaksa dihadapi oleh orang macam saya ini untuk meneruskan kehidupan. Sisi yang kalau orang tau, baik berniaga jual barang la daripada jadi freelancer. Jual insuran pun lagi berbaloi. Haha.
Tapi seperti biasalah, “high risk high return”. Tuan puan bayangkan saya jual kemahiran (skill) yang saya timba daripada pengalaman hidup saya, agak-agak kalau saya jual berapa margin yang saya dapat? Faham-faham je la. Nak dapat susah, bila jual kena dengan harga, insyaallah berbaloi.
Jadi keburukan ini untuk apa?
Keburukan ini hanya sekadar untuk berkongsikan kepada anda yang berminat untuk menjadi gigger tentang cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kita semua. Boleh handle cabaran ini? Rasa kacang? Kalau kacang bolehlah cuba. Jadi gigger best tau.
Kalau artikel ini mendapat sambutan, nanti saya tulis tentang kelebihannya pula dimasa akan datang.
The post Keburukan ekonomi gig kepada gigger appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/keburukan-ekonomi-gig/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

Pkp Kurang Kesan Buruk Ekonomi Prof Noor Azlan

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 360 hits
Oleh Medan Selera Presint 16 Putrajaya lengang berikutan pelaksanaan PKP Foto NSTP LUQMAN HAKIM ZUBIR KUALA LUMPUR Ekonomi negara tidak terlalu terjejas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula di beberapa negeri sejak Rab...
Biden Akan Memperkenalkan Rangsangan Ekonomi Baru

Biden Akan Memperkenalkan Rangsangan Ekonomi Baru

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 133 hits
Dalam kempen pemilihannya pada tahun lalu Joe Biden berjanji bahawa beliau akan meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat dengan lebih serius berbanding Trump Jelas beliau bermaksud untuk mengikuti laluan ini justeru pada hari semalam Biden tel...
Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

Negara Bakal Berdepan Kemelesetan Susulan Pkp Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 237 hits
Pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata perintah kawalan pergerakan dijangka melemahkan perbelanjaan pengguna PETALING JAYA Negara dijangka mengalami kemelesetan ekonomi hingga suku tahun kedua kesan daripada perintah kawalan pergerakan kata se...
Tutup Dulu Tiga Sektor Ekonomi Jadi Punca Lonjakan Kes Covid 19 Najib

Tutup Dulu Tiga Sektor Ekonomi Jadi Punca Lonjakan Kes Covid 19 Najib

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak berkata sektor sektor yang menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan Covid 19 dan kluster terbesar perlu dihentikan buat sementara waktu
Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

Terimalah Hakikat Kerajaan Yiddin Tiada Majoriti Kedutaan Beri Amaran Pkp Darurat Akan Lumpuhkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 209 hits
NORMAN RADZUAN Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan kecil akn ditutup Ia sgt2 membimbangkan kata mereka Mereka meragui atas dasar ke...
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 434 hits
Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion Pa...
Risiko Ekonomi Tidak Seburuk Pkp Pertama

Risiko Ekonomi Tidak Seburuk Pkp Pertama

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 201 hits
Oleh Anggota polis dan anggota tentera memeriksa kenderaan orang awam ketika membuat Sekatan Jalan Raya di Putrajaya berikutan pelaksanaan PKP bagi mengurangkan penularan wabak COVID 19 KUALA LUMPUR Risiko penurunan pertumbuhan ekonomi susu...
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 205 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Pkp Darurat Buat Ekonomi Lumpuh

Pkp Darurat Buat Ekonomi Lumpuh

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 165 hits
Terima hakikat kerajaan ini tiada majoritiKedutaan beri amaranPKP DARURAT BUAT EKONOMI LUMPUHHari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan ke...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb