Kebun Dalam Botol


Jika anda melihat tumbuhan hijau segar dan merimbun, anda pasti terfikir David Latimer seorang yang cintakan kehijauan dan bijak meneroka.

Meskipun benar, taman dalam botolnya itu kini berusia hampir 53 tahun dan hakikatnya tidak mengambil banyak masa.

Malah, hari terakhir dia menyiram pokok itu, Sir Edward Richard George Heath masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri United Kingdom dari 1970 hingga 1974 manakala Richard Nixon menginap di Rumah Putih.

Pokok yang tumbuh di dalam balang kaca itu tidak didedahkan ke dunia luar selama 40 tahun.
 Namun, suasana dalam rumah itu sendiri ditanam dengan pelbagai pokok ‘spiderworts’ atau nama saintifiknya Tradescantia yang subur dengan dedaun yang sihat diisi dalam pelbagai botol perhiasan menyerupai buah labu.


Latimer, 80, berkata, balang pokok itu diletakkan pada jarak 1.83 meter dari tingkap agar ia dapat disinari cahaya matahari.

Sudah menjadi lumrah, hidupan hijau tumbuh ke arah cahaya matahari untuk menghasilkan fotosintesis. Justeru, Latimer akan memusingkan botol pokok itu ke arah cahaya matahari agar tumbesaran pokok itu serata.

“Selain kelihatan cantik, kos penyelenggaraannya juga rendah dan murah.

Saya tidak perlu memotong atau memangkas mana-mana bahagian, membolehkan ia berkembang mengikut had botol,” katanya.

Taman dalam botol berjaya mencipta ekosistem kecilnya sendiri.

Walaupun terputus daripada dunia luar, ia masih menyerap cahaya agar dapat melakukan proses fotosintesis.

Fotosintesis mewujudkan oksigen dan membuatkan udara sekeliling berasa lembap.

Daun yang gugur dan mereput di bahagian bawah botol mewujudkan karbon dioksida yang diperlukan untuk proses fotosintesis dan nutrien yang diserap menerusi akarnya.

Segalanya bermula pada 1960 apabila Latimer mencari hobi yang menyeronokkan dan keinginannya untuk memulakan taman dalam botol.

“Ketika itu, industri kimia mula berubah apabila kebanyakannya memindahkan sebahagian pengeluaran ke dalam botol plastik. Maka, banyak botol kaca yang terbiar dan tidak digunakan atau dijual murah,” katanya.

Bermula dengan pemilihan botol seperti botol ‘globular’, Latimer mencurahkan kompos atau baja kompos lalu mencampurkannya dengan sedikit tanah.

Dengan berhati-hati, Latimer menurun dan meletakkan benih pokok dengan menggunakan sekeping dawai.

Selepas selesai menanam pokok itu, dia memasukkan kira-kira satu perempat daripada 473 mililiter air.

Sehinggalah pada 1972, dia menyiram pokok itu kembali dengan kuantiti yang sama.

Selepas itu, Latimer menyumbat ruang botol dan menutupnya dengan ketat dan sejak itu pokok yang ditanam dalam botol tidak disiram air.

Botol terbabit berdiri teguh di bawah tangga dalam rumahnya di Cranleigh, Surrey, England.

Ia berada di tempat sama yang diduduki Latimer selama 27 tahun selepas dia dan isterinya Gretchen berpindah dari Lancashire apabila bersara sebagai seorang jurutera elektrik.

Latimer berjaya dengan hobi terbabit dan mendedahkannya kepada dunia selepas mengambil gambar ciptaannya untuk Radio 4 BBC.

Pakar landskap dan penyampai televisyen, Chris Beard­shaw berkata, apa yang dilakukan Latimer itu adalah contoh terhebat, membuktikan tumbuhan mampu mengitar semula untuk hidup.

“Proses ini antara sebab mengapa NASA berminat membawa tumbuh-tumbuhan ke angkasa lepas,” katanya.

Pekebun organik, Bob Flowerdew agak kurang bersemangat apabila memberi komen mengenai hobi Latimer.

“Ia mungkin kelihatan cantik, tetapi saya tidak nampak tujuan kita menanam pokok dalam botol, tetapi saya tidak boleh memakannya,” katanya.

Latimer bersetuju apabila berasakan taman dalam botol adalah sangat membosankan kerana tidak dapat berbuat apa-apa seperti menyiram, mengusir serangga atau memotong dahan dan ranting pokok, tetapi masih terpesona untuk melihat berapa lama ia dapat meneruskan hidup.

Dia berharap untuk mewariskan ‘eksperimen’ itu kepada anaknya selepas dia meninggal dunia.

Jika mereka tidak mahu, dia terpaksa memberikannya kepada Persatuan Hortikultur Diraja.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zamrispoon.blogspot.com/2019/03/kebun-dalam-botol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Silap Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Anak Boleh Sakit 10 Perkara Mesti Ibu Ayah Buat

Silap Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Anak Boleh Sakit 10 Perkara Mesti Ibu Ayah Buat

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 374 hits
Penggunaan botol susu memang keperluan si manja Ibu ayah perlu tahu langkah yang betul untuk memastikan cara bancuh susu betul dan mencucinya Salah cara boleh buat anak jatuh sakit Kerap kali perkara ini mungkin diabaikan atau dipandang rem...
Anak Yang Tak Hisap Botol Susu Pun Boleh Kena Karies Gigi Karies Botol Susu Hanya Pada Nama

Anak Yang Tak Hisap Botol Susu Pun Boleh Kena Karies Gigi Karies Botol Susu Hanya Pada Nama

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 386 hits
Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti Kenapa boleh berlaku Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi J...
Tabiat Minum Susu Botol Sampai Tertidur Punca Gigi Anak Rosak Kena Kerap Cuci Dengan Kain Lembap

Tabiat Minum Susu Botol Sampai Tertidur Punca Gigi Anak Rosak Kena Kerap Cuci Dengan Kain Lembap

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 765 hits
Tabiat ini tidak dinafikan banyak berlaku di kalangan si kecil Ia perlu dicegah segera untuk mengelakkan kerosakan gigi kepada si kecil Menurut Dr Pegawai Pergigian dari Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia tabiat ini menyebabkan gigi ...
Dah Berbulan Bulan Cuba Beri Anak Botol Susu Tetapi Gagal Akhirnya Ibu Ini Berjaya Dengan Menggunakan Botol Picit

Dah Berbulan Bulan Cuba Beri Anak Botol Susu Tetapi Gagal Akhirnya Ibu Ini Berjaya Dengan Menggunakan Botol Picit

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 274 hits
Bukan senang untuk ibu ibu membiasakan anak menyusu menggunakan botol susu apabila mereka sudah lama menyusu secara terus dari ibunya Masalah ini biasanya terjadi pada ibu ibu yang bekerjaya yang perlu menyediakan botol susu untuk anak Puan...
Pokok Tebu Kebun Bandar

Pokok Tebu Kebun Bandar

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 959 hits
Tambah lagi pokok untuk air tebu daun sebagai sungkupan hampas tebu sebagai bahan tambahan tanah Tebu adalah tanaman penting terutama untuk airnya Jika boleh didapati memang boleh buat bisnes air tebu dari rumah Sebahagian dari lapan lubang...
12 Hektar Lahan Kebun Warga Terbakar Di Nagan Raya

12 Hektar Lahan Kebun Warga Terbakar Di Nagan Raya

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 170 hits
Kepala Badan Penanggulangan Bencana Aceh T Ahmad Dadek mengatakan hingga Sabtu siang api belum berhasil dipadamkan Petugas masih bekerja untuk memadamkan api dan mencegah meluas kebakaran lahan
Kebun Kecil Dalam Pasu

Kebun Kecil Dalam Pasu

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 279 hits
Cara merawat stress cara kami Iaitu mendekatkan diri dengan makhluk Tuhan yang lain Nak bela kucing tak boleh Jadi kami bela pokok Alhamdulillah Setelah beberapa kali percubaan Kali ni kebun Kecil kami berjaya Rumah teres kos sederhana Deng...
Agihan Buah Rambutan Di Kebun Sekolah

Agihan Buah Rambutan Di Kebun Sekolah

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 243 hits
Agihan Buah Rambutan Di Kebun SekolahAsalamualaikum Salam Sejahtera SemuaAgihan buah rambutan dari kebun sekolah setelah hasilnya di tuai Guru besar memberi kan arahan agar buah rambutan yang di tuai kali ini tidak lagi dijual tetapi berika...
Pelecehan Seksual Dan Perbudakan Rawan Terjadi Di Kebun Sawit Di Kaltim

Pelecehan Seksual Dan Perbudakan Rawan Terjadi Di Kebun Sawit Di Kaltim

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 392 hits
DPRD Kaltim menduga belakangan marak terjadi pelecehan seksual dan perbudakan pekerja di dalam area perkebunan kelapa sawit Dugaan itu tengah ditelusuri untuk dipastikan kebenarannya
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong

Liverpool Memporak Perandakan Harapan Spurs Untuk Empat Teratas Sementara Villa Membidik Liga Juara Juara

Vivo X100 Ultra X100s Akan Dilancarkan Pada 13 Mei

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Pemuda Kaku Selepas Kemalangan Habis Sayur Niaga Berterabur Atas Jalan

Puasa Ayyamul Bidh Niat Keutamaan Jadwal 2024