Kebotakan Dan Beruban Tanda Sakit Jantung


Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Individu yang didiagnosis dengan masalah kesihatan ini cenderung untuk mengalami penurunan pada aspek kualiti hidup

Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit jantung

Namun, baru-baru ini, kajian telah menunjukkan terdapat faktor lain yang turut menyebabkan anda lebih berisiko untuk didiagnosis dengan masalah kesihatan tersebut


Antara yang menarik minat para ahli akademik adalah masalah kebotakan dan rambut beruban dalam kalangan lelaki

Tidak dinafikan, penerangan dari sudut patologi masih lagi tidak jelas berkaitan dengan faktor penyakit jantung tersebut

Namun, penemuan itu boleh memberikan perspektif baharu dalam memahami proses penyakit bagi masalah jantung

Majoriti penghidap sakit jantung (subjek) mengalami masalah kebotakan atau rambut beruban
Apa yang anda perlu faham adalah tiada satu pun faktor risiko dalam apa jua masalah kesihatan bersifat mutlak

Ini bermakna, sekiranya anda mempunyai masalah tersebut, tidak bermakna anda pasti akan didiagnosis dengan masalah kesihatan terbabit

Meskipun begitu, perbincangan berkenaan dengan faktor risiko boleh memberikan gambaran terhadap peningkatan risiko agar langkah pencegahan boleh dibuat lebih awal

Kajian yang dibentangkan di Persidangan Tahunan ke-69 bagi Persatuan Kardiologi di India menunjukkan dapatan yang mengujakan

Kumpulan yang diketuai oleh Dr Kamal Sharma, seorang pakar kardiologi telah membuat siasatan terhadap 790 penghidap sakit jantung yang berusia 40 tahun dan ke bawah

Mereka turut merangkumkan 1,270 subjek dalam populasi usia yang sama namun tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan untuk dibuat perbandingan

Ujian bagi menilai tahap kebotakan dan peratusan rambut beruban telah dibuat dan direkodkan bagi tujuan perbincangan

Hasilnya menunjukkan lebih daripada separuh penghidap sakit jantung mempunyai masalah rambut beruban berbanding dengan subjek sihat (hanya 30 peratus)

Masalah kebotakan pula dialami oleh hampir separuh (49 peratus) penghidap penyakit jantung berbanding dengan mereka yang sihat (27 peratus)
Apa yang lebih menarik, tahap kebotakan dan peratusan uban berkadar secara terus dengan tahap keterukan penyakit jantung

Ini bermakna, mereka yang mengalami masalah kebotakan yang serius atau mempunyai peratusan uban yang tinggi, mempunyai risiko yang tinggi untuk didiagnosis
Setakat ini, masalah kebotakan dan rambut beruban boleh meningkatkan risiko penyakit jantung jauh lebih tinggi berbanding dengan masalah obesiti

Mereka yang obes mempunyai risiko setinggi 4 kali ganda untuk mendapat masalah jantung.  
Masalah kebotakan dan rambut beruban pula boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 5 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan risiko umum

Walaupun faktor risiko tradisional seperti penyakit kronik, sejarah keluarga dan tabiat merokok perlu diberikan perhatian dalam menilai sakit jantung, tapi peningkatan jumlah penghidap dalam kalangan lelaki muda (40 tahun dan ke bawah) tidak boleh dijelaskan dengan faktor tersebut semata-mata

Mereka yang mengalami kebotakan atau rambut beruban mempunyai kaitan dengan usia vaskular (salur darah) tanpa mengira usia kronologikal (usia anda sebenar)

Faktor tersebut menggambarkan risiko sakit jantung dari sudut biologikal

Perkara ini turut penting bagi mengelakkan insiden penyakit jantung terus meningkat

Sebelum kajian ini diterbitkan, saintis hanya mengukur usia biologi berdasarkan kepada usia kronologi

Hakikatnya, kita memerlukan skala yang sah berdasarkan kepada kajian terkini bagi menambah baik keupayaan untuk meramal risiko penyakit jantung dengan lebih efisien

Apa yang boleh dipelajari daripada kajian faktor penyakit jantung tersebut?Meskipun dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara masalah kebotakan dan rambut beruban dengan penyakit jantung, kajian lanjut perlu dilakukan bagi memahami kaitan di antaranya

Sekiranya terbukti benar, maka kita berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam usaha untuk  memahami potensi punca di sebalik peningkatan insiden penyakit jantung dalam kalangan populasi muda

Lelaki yang mengalami masalah kebotakan dan rambut beruban perlu dipantau dengan lebih teliti
Mereka juga perlu dididik untuk mengubah faktor gaya hidup seperti pemakanan, aktiviti sukan dan pengurusan tekanan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.


Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia (lelaki) dengan kadar kematian setinggi 17.8 peratus direkodkan pada tahun 2018

Lebih teruk lagi, masalah kesihatan seperti kencing manis boleh menyebabkan simptom yang dialami oleh pesakit jantung berbeza berbanding normal

Sebagai contoh, mereka yang mengalami masalah kencing manis teruk (tidak terkawal) boleh mengalami serangan jantung tanpa simptom sakit dada

Dalam keadaan tersebut, pesakit tidak cenderung untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital menyebabkan risiko kematian mereka meningkat
Penemuan faktor risiko baharu boleh memberikan perspektif yang lebih meluas dalam penjagaan dan rawatan bagi penghidap penyakit jantung

Konklusi
Penyakit jantung bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi insidennya semakin meningkat tahun demi tahun

Terdapat pelbagai jenis faktor risiko yang dikaitkan dengannya dan baru-baru ini, kajian telah menunjukkan fokus turut perlu diberikan kepada lelaki yang mengalami masalah kebotakan dan rambut beruban pada usia muda

Sekiranya kajian lanjut menunjukkan dapatan yang signifikan, pemeriksaan secara berkala dan pemantauan kesihatan perlu dibuat pada mereka yang mengalami keadaan tersebut

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Sumber artikel : Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2020/09/kebotakan-dan-beruban-tanda-sakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gastrik Perut Kembung Rasa Macam Sakit Jantung Simptom Angin

Gastrik Perut Kembung Rasa Macam Sakit Jantung Simptom Angin

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 1355 hits
Rasa tak selesa perut Sakit kepala Nak muntah Lemah badan Rasa mcm sakit jantung Kerap sendawa Sembelit INI SIMPTOM ANGIN BERLEBIHAN DALAM BADANDoktor selalu cakap GASTRIK ni Ni ANGIN ni Awas Angin bukan setakat dari PEMAKANAN sahajaSalah s...
Inilah 9 Tanda Hati Anda Sudah Rosak Atau Sakit Jangan Abaikan

Inilah 9 Tanda Hati Anda Sudah Rosak Atau Sakit Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 473 hits
Tanda tanda megalami penyakit hati boleh di kenali dengan anda memberi perhatian kepada perolehan yang berjalan pada tubuh Liver atau hati iaitu organ terbesar pada tubuh yang mempunyai banyak manfaat Satu di antara manfaat daripada organ h...
Terungkap Bocah Ajaib Ini Ternyata Ingin Hafal Al Quran Tak Henti Mengaji Meski Sakit

Terungkap Bocah Ajaib Ini Ternyata Ingin Hafal Al Quran Tak Henti Mengaji Meski Sakit

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 268 hits
Ibrahim alias Baim bocah lelaki asal Bekasi Jawa Barat viral di media sosial Videonya melantunkan ayat ayat suci Al Quran meski terbaring tak berdaya dengan kondisi tidak sadarkan diri di rumah sakit beredar dan membuat takjud banyak orang ...
Pengalaman Pertama Kali Buat Pico Laser Di Dr Chong Clinic Shah Alam Serius Tak Sakit Pun

Pengalaman Pertama Kali Buat Pico Laser Di Dr Chong Clinic Shah Alam Serius Tak Sakit Pun

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 878 hits
Dah lama sebenarnya sis pasang hasrat nak try buat Pico Laser Kebetulan ada member bagi tahu Dr Chong Clinic tengah buat promosi kaw kaw sempena Ulang Tahun Ke 4 Rugilah katanya rugi kalau sis tak rebut peluang baik ini Mana taknya sebelum ...
Bocah Ini Terus Lantunkan Ayat Ayat Al Quran Meski Tak Sadarkan Diri Akibat Sakit

Bocah Ini Terus Lantunkan Ayat Ayat Al Quran Meski Tak Sadarkan Diri Akibat Sakit

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 274 hits
Seorang bocah lelaki tak berhenti melantunkan ayat ayat suci Al Quran meski dalam kondisi sakit Wajah dan sekujurnya dipasangi alat alat medis Sedang bocah tersebut hanya tampak terbaring tak berdaya Belum diketahui identitas lengkap bocah ...
Lelaki Ipoh Yang Sakit Jiwa Dituduh Membunuh Bapa Sendiri

Lelaki Ipoh Yang Sakit Jiwa Dituduh Membunuh Bapa Sendiri

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 252 hits
Pang Kar Fong kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus Gambar IPOH Seorang lelaki berusia 49 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh ayahn...
Hilang Sakit Fawwaz Selepas Dihempap Peti Ais Terima Kasih 6 Tahun Jadi Anak Ibu Ayah

Hilang Sakit Fawwaz Selepas Dihempap Peti Ais Terima Kasih 6 Tahun Jadi Anak Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 381 hits
Pemergian anak syurga Muhammad Fawwaz Adli pada 28 Ogos lalu selepas setahun dua bulan terlantar sakit akibat dihempap peti ais masih dirasai oleh kedua ibu bapanya Mana tidaknya sepanjang arwah Fawwaz sakit pelbagai ikhtiar dilakukan untuk...
Tak Suka Makan Ubat Doktor Kongsi Petua Mudah Hilangkan Sakit Kepala Memang Menjadi

Tak Suka Makan Ubat Doktor Kongsi Petua Mudah Hilangkan Sakit Kepala Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 457 hits
Sakitnya kepala asyik sakit kepala je Kadang kadang tak tahu dah nak buat macam mana Rasa pening kadang kadang kita alami dalam hidup kita Ia tidak berbahaya Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti kepala ringan rasa tidak seimbang tu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki