Kebimbangan Saifuddin Tentang Kehilangan Rafizi Semacam Akan Jadi Kenyataan






5 July 2025


Pada Kongres PKR di Johor Bahru Mei lalu, Saifuddin Nasition Ismail pernah melahirkan kebimbangan  jika parti kehilangan Rafizi Ramli.


Sebaik pengumuman keputusan pemilihan yang menyaksikan kekalahan Rafizi kepada Nurul Izzah Anwar ketika itu, Saifuddin merupakan satu-satunya pimpinan PKR yang memilih untuk bersama Rafizi sehingga ke keretanya.


Beliau berkata, perasaannya bercampur-baur usai pengumuman keputusan pemilihan itu.


“Ketika yang menang sedang sambut gembira, saya memilih untuk menemani saudara Rafizi turun pentas.


“Saya hantar beliau sampai ke kereta, kami berpeluk dan saling minta maaf.


“Saya akui saya takut kehilangan beliau dalam parti kita ini,” kata Menteri Dalam Negeri itu ketika menyampaikan ucapannya dalam keadaan sedih dan sebaik di Kongres PKR itu.


Tidak sampai dua bulan selepas Saifuddin melahirkan kebimbangn itu, ia kini semacam tidak dapat terelak lagi daripada menjadi kenyataan.


Rafizi sekarang terlihat sudah tawar hati dan ingin pergi dengan haluannya sendiri.


Dalam podcast malam tadi, Ahli Parlimen Pandan itu tanpa berselindung memberi bayangan untuk meninggalkan PKR selepas tamat penggal Parlimen akan datang, sekali gus tidak bertanding lagi dalam PRU akan datang.


Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, beliau tidak mahu lagi menjadi sebahagian daripada ‘budaya’ politik yang ditunjukkan parti itu semasa pemilihan pada Mei lalu.


Bekas Timbalan Presiden PKR itu seterusnya menegaskan, beliau tidak yakin terhadap keupayaan parti untuk menyingkirkan budaya tersebut.


“Budaya yang ditunjukkan dalam PKR pada pemilihan lepas, bukanlah sesuatu yang saya mahu jadi sebahagian daripadanya.


“Jika ada pemilihan baharu, saya tidak rasa kita ada kemampuan untuk membersihkan parti daripada budaya itu,” katanya.


Beliau menjelaskan perkara itu ketika ditanya sama ada sedia bertanding lagi kiranya pemilihan PKR lalu dibatalkan dan diadakan pemilihan semula berikutan banyak protes dikemukakan kepada RoS ketika ini.


Selain itu, Rafizi turut memberi bayangan tidak akan bertanding lagi dalam parti pada masa-masa akan datang.


Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU16 akan datang, Rafizi mendedahkan beliau masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu.


Malah, beliau tidak menolak kemungkinan untuk tidak bertanding langsung.


“Kalau jawatan menteri pun saya sanggup lepaskan, apatah lagi sekadar tidak bertanding dalam pilihan raya,” ujarnya.


Menurut Rafizi lagi, beliau akan melangkah ke fasa baharu tanpa menoleh ke belakang walaupun pernah memainkan peranan penting dalam PKR. – ShahbudinHusin 05July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/kebimbangan-saifuddin-tentang-kehilangan-rafizi-semacam-akan-jadi-kenyataan/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/kebimbangan-saifuddin-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Rafizi Ramli

Kenyataan Media Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 205 hits
Saya terus dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penglibatan saya dalam politik selepas ini Lain orang lain niat dan matlamatnya apabila memilih menjadi seorang ahli politik Saya tidak bermula sebagai seorang politik Saya bermula sebagai...
Rafizi Fears Hasty Revamp Will Lead To Botched 13mp

Rafizi Fears Hasty Revamp Will Lead To Botched 13mp

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 281 hits
The former economy minister says the education ministry helmed by PKR colleague Fadhlina Sidek had the most objections to his version of the 13th Malaysia Plan Former economy minister Rafizi Ramli had advice for finance minister II Amir Ham...
Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 290 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli memberi bayangan untuk meninggalkan PKR selepas tamat penggal Parlimen ini dan tidak bertanding dalam PRU akan datang Ahli Parlimen dua penggal itu berkata beliau tidak mahu menja...
Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 228 hits
Malaysiakini nbsp Rafizi balas Puad Jangan lebih bakar saya tak gentar penjaraAhli Parlimen Pandan yang juga bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli membalas kenyataan pemimpin Umno Puad Zarkashi semalam yang mengingatkannya agar tidak terlebih ...
Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Kuantan Pekan Rompin To See Very Heavy Rain Until Tomorrow

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Perak Man Menyingkap Kehidupan Dan Minda Manusia Prasejarah

Putusnya Doa Seorang Mak

Santan Pekat Rahsia Hebat Yang Membezakan Santan Kelapa Kerisik Dalam Dapur Melayu

Denny Caknan Tunggal Eka Gampang Chord