Kebetulan Atau Dirancang




⁃ Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 14 April 2020.⁃ Umat Islam mula berpuasa pada 24 April 2020.⁃ Pembukaan penggal pertama Sidang Parlimen di mana PH dijangka akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ialah 18 Mei 2020.⁃ Berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan atau RoS yang tidak membenarkan sebarang aktiviti parti sebelum 30 Jun, ini bermakna pemilhan pucuk pimpinan Bersatu di mana persaingan paling menarik adalah antara Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden, dijangka akan berlangsung pada Julai atau Ogos 2020.⁃ Selepas 14 April 2020 apabila PKP berakhir, momentum rakyat diramalkan akan berubah kerana tekanan ekonomi yang dihadapi oleh majoriti rakyat akan membuatkan mereka lebih menuntut pelbagai perkara daripada kerajaan, sekaligus memberi lebih tekanan kepada Muhyiddin, kecuali jika pelan rangsangan ekonomi yang diumumkannya 30 Mac nanti benar-benar dapat memberi kelegaan.Berdasarkan rentetan peristiwa mendatang itu, persoalan paling penting ialah dapatkan Muhyiddin meloloskan diri daripada usul undi tidak percaya di Parlimen dalam sidangnya yang bermula 18 Mei nanti?Meskipun perlanjutan tarikh PKP sehingga 14 April adalah sesuatu yang mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi dengan Sidang Parlimen akan bermula pada 18 Mei, ramai yang beranggapan lanjutan itu dengan sendirinya memberi kelebihan kepada Muhyiddin untuk berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya.Masa yang suntuk, selain bulan puasa, ia dikatakan akan menghadkan ruang untuk Tun Mahathir dan PH untuk bergerak dan mencari persefahaman berhubung usul tersebut.Dalam hal ini, ada laporan daripada mereka yang bertemu dengan Tun Mahathir menyebut bahawa bekas Perdana Menteri itu akan mula pusing ke seluruh negara berkempen untuk menjatuhkan Muhyiddin sebaik saja arahan PKP berakhir.Kempen Tun Mahathir itu merangkumi dua fasa – fasa pertama melalui usul undi tidak percaya dan fasa kedua, menerusi pemilihan Bersatu.Dengan PKP dilanjutkan sehingga 14 April dan Parlimen mula bersidang pada 18 Mei, apakah ia mampu menyempitkan masa Tun Mahathir berkempen untuk menjatuhkan Muhyiddin?Atau melalui kesan ekonomi yang merata dan membuatkan rakyat lebih menekan kerajaan selepas PKP berakhir, ia akan dengan sendirinya membuatkan ramai Ahli-Ahli Parlimen merasakan perubahan adalah lebih baik daripada terus mengekalkan Muhyiddin memimpin negara yang daripada penampilannya jelas menampakkan beliau kurang cergas dan tidak meyakinkan?Kemudian, kalau pun Muhyiddin mampu melepasi halangan pertama usul undi tidak percaya di Parlimen, mampukah juga beliau mempertahanlan kedudukannya daripada disingkirkan oleh Tun Mahathir sebagai Presiden dalam pemilihan Bersatu?Memandangkan Tun Mahathir sudah diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu dan ini memberi kelebihan kepadanya untuk menjelajah ke seluruh negara, manakala Muhyiddin lebih ditekan dengan kesibukan dan beban tugas sebagai Perdana Menteri kesan daripada PKP yang membuatkan ramai ditimpa kesusahan, apakah wabak Covid-19 gelombang kedua ini lebih mungkin menjadi penamat awal kepada karier seorang Perdana Menteri yang menurut kata Hadi Awang, ia diperolehi melalui tebukan atap? 

(ShahbudinHusin 26/03/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/kebetulan-atau-dirancang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Ini Muslihat China Atau Hanya 1 Kebetulan

Apakah Ini Muslihat China Atau Hanya 1 Kebetulan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 393 hits
SCENE 1 Tirai dibuka China menjadi sakit memasuki krisis dan melumpuhkan perdagangannya Tirai ditutup SCENE II Tirai dibuka Mata wang China jatuh teruk Mereka tidak berbuat apa apa Tirai ditutup SCENE III Tirai dibuka Oleh kerana kekurangan...
Cara Menonton Netflix Bersama Rakan Atau Ahli Keluarga Yang Jauh Dari Anda

Cara Menonton Netflix Bersama Rakan Atau Ahli Keluarga Yang Jauh Dari Anda

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 528 hits
Di musim kita perlu kuarantin diri sendiri di rumah ini ada eloknya juga jika kita masih dapat bersosial bersama rakan rakan yang berada di kejauhan Tetapi bagaimana caranya Disinilah satu extension untuk Chrome memainkan peranannya Ia bern...
Guan Eng Keliru Atau Sengaja Cari Isu

Guan Eng Keliru Atau Sengaja Cari Isu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 291 hits
Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Permintaan Lim Guan Eng yang meminta pencerahan berhubung pergerakan 300 000 pekerja Malaysia yang berulang alik ke Singapura dan mempertikai penutupan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan menimbulkan pert...
Video Jenis Tak Faham Bahasa Atau Memang Jenis Pentingkan Diri Sendiri Arahan Dah Dikeluarkan Tapi Masih Berdegil

Video Jenis Tak Faham Bahasa Atau Memang Jenis Pentingkan Diri Sendiri Arahan Dah Dikeluarkan Tapi Masih Berdegil

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 562 hits
KUALA LANGAT Tanpa menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa hari ini kira kira 30 peniaga di Pasar Pagi Teluk Bunut Banting dan Jenjarom di sini terus berdegil dengan menjalankan perniagaan seperti biasa VIDEO Jenis t...
Doa Doa Untuk Mengangkat Bala Atau Musibah

Doa Doa Untuk Mengangkat Bala Atau Musibah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 326 hits
DALAM hadits hadits Nabi disebutkan bahwa doa bisa mengangkat bala atau musibah Berikut ini adalah beberapa doa yang disarikan dari sabda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam Pertama doa untuk melindungi diri dari penyakit yang membahayakan Vir...
Covid 19 Lockout Atau Lockdown

Covid 19 Lockout Atau Lockdown

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 467 hits
Tolong fahamkan betul betul LOCKOUT Menutup semua sempadan dan tidak membenarkan orang luar masuk Aktiviti dalaman berjalan seperti biasa LOCKDOWN Situasi macam perintah berkurung Aktiviti dalaman terhad LOCKLUCK Mangkuk yang tak dengar cak...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti