Keberahian Anwar Dan Video Itu




Video lelaki yang memanggil dirinya Haziq Aziz di atas katil dengan jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali itu bukan watikah. Watikah memberi makna surat tauliah atau surat kuasa. Justeru video Haziq bukan surat watikah, bukan surat tauliah dan bukan surat kuasa untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri Malaysia. Amin.
Keberahian Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri telah meluap dan melampau-lampau. Kerana itu, ada puak yang menganggap dengan terpancut keluarnya video Haziq maka inilah watikah untuk Anwar Ibrahim.
Watikah rasmi untuk menobatkan Anwar sebagai pengganti Mahathir. Salah. Ia bukan pandangan songsang. Ini pandangan salah.
Biar saya jelaskan kenapa video Haziq ini bukan watikah.
Video itu tidak menjadi watikah bukan kerana lakonan Haziq yang kaku. Atau cara sondolan Haziq tidak memberahikan. Tidak. Juga bukan kerana klip video itu tidak erotik – membosankan dan hinggakan dinobatkan ke dalam genre pinoy gay sebagai klip ‘potong stim’.
Video Haziq bukan watikah bukan kerana klip itu boleh ditafsirkan sebagai menghina babak ranjang dua lelaki. Atau kerana video itu tidak berjaya menggambarkan gelora ranjang demi membuktikan hubungan cinta kasih sayang yang telah terjalin bertahun-tahun.
Haziq mengakui yang dia telah mengenali Azmin lebih dari empat tahun. Tapi hanya ada peluang bersama-sama sebanyak empat kali.
Empat kali sekatil dalam empat tahun – ini pengakuan Haziq. Ini fakta sedih. Cinta terhalang. Lebih sedih daripada cinta Uda dan Dara. Lebih berair mata daripada cinta Tragedi Oktober tulisan Yusof Haslam. Lebih trajis daripada kisah cinta Ali dan Nino garapan Kurban Said.
Kalaulah pencahayaan baik
Tapi untuk pasangan yang lama tak berjumpa, jika ada peluang tentulah boleh dibayangkan kesannya.
Seharusnya Haziq dilihat sebagai seorang matador yang mahu menundudukan seekor lembu jantan ganas. Tapi ia gagal digambarkan. Dua jantan dalam video itu seolah-olah tertelan pil tidur atau terhisap hashih dari Mazari Sharif Afghanistan. Kah kah kah.
Lupakan bagaimana teknik pencahayaan yang gagal sehinggakan Hamid Bador terpaksa membuat kenyataan rasmi. Menurut Ketua Polis Negara itu pihak penyelidik gagal untuk mengenal pasti siapa watak utama dalam video berkenaan.
Pada hemat saya jika pencahayaannya baik mungkin ada peluang untuk polis – dan juga kita semua – dapat mengenal siapakah sosok dalam video tersebut.
Kalau pencahayaan video itu dibuat dengan teliti pasti tidak perlu si Haziq duduk di kerusi kayu Maharaja China untuk membuat pengakuan. Brad Pitt tidak perlu membuat satu klip video “…. I am the actor Brad Pitt in the film Fight Club…”. Tak pernah – tak perlu dan mustahil – pekara ini akan berlaku di Holywood.
Video kedua pengakuan Haziq selama 33 saat muncul sehari sesudah video pertama tersebar. Ia pengakuan bersumpah Haziq yang duduk di atas kerusi kayu Maharaja China.
Klip berkenaan akan diingati dalam sejarah YouTube Malaysia sebagai klip Bangang bin Bodoh.
Haziq yang sado dengan bangganya membuka mulut mengaku bahawa dirinya adalah sosok yang diranjang bersama jantan yang dikatakan bernama Azmin Ali.
Selesai sahaja ayat pengakuan bersumpah itu si Haziq terus mendesak agar SPRM menyiasat kes rasuah Azmin Ali. Kemudian si Haziq membuat rumusan bahawa Azmin tidak layak untuk menjadi pemimpin. Kah kah kah.
Apa sangkut-paut bersemburit dengan tugas kerja SPRM? Apakah setelah di atas ranjang maka Haziq berpendapat bahawa Azmin Ali tidak layak untuk menjadi pemimpin?
Apa hubungan sosok Azmin dengan keupayan menjadi pemimpin? Apakah kerana sosok itu lembik dan pahit atau pedas maka Haziq kecewa lalu mahu membuat laporan kepada SPRM?
Projek khas tuntas berahi
Apakah Latifah Koya a.k.a Kat Lat ketua SPRM yang baru dilantik akan tertarik dengan kes mulut Haziq yang terkena lada? Hairan bin Takjub. Pelik anak lelaki Melik. Amin.
Sampai dunia kiamat dan selagi YouTube wujud klip berkenaan akan menjadi bahan ilmu. Menjadi contoh untuk dijadikan sempadan agar tidak ada lagi penulis skrip yang akan menulis skrip sedemikan. Melainkan…
Melainkan apa?
Melainkan sang penulis mahu menulis skrip untuk menggarap filem surreal seperti filem surreal tersohor, Un Chien Andalou atau Anjing Andalusia.
Filem surreal itu adalah garapan Louise Bunuel dan Salvador Dali.
Saya ulangi: filem itu garapan pelukis surreal Salvador Dali. Pelukis itu tidak ada sangkut-paut dan tidak ada bau-bau bacang dengan Salvador Wafa setiausaha politik Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan dari lokap.
Hakikatnya, amat jelas anggapan video Haziq sebagai watikah untuk Anwar menjadi PM telah bocor meleset. Apabila watikah yang digarap gagal, maka apa seterusnya?
Jeng jeng jeng.
Sebenarnya keberahian Anwar Ibrahimlah yang menjadi latar belakang terpancutnya video Haziq. Video itu sebahagian daripada projek untuk menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Justeru video Haziq boleh ditafsirkan sebagai satu projek khas untuk mentuntaskan keberahian Anwar Ibrahim. Khalas.
Sebelum berlabon panjang ada beberapa perkara yang wajib saya jelaskan. Pekara ini wajib saya terangkan sebagai fakta hitam putih dalam tulisan ini.
Adalah benar lagi tepat bahawa ketika PH berkempen dalam PRU14 dahulu ada dinyatakan dalam ceramah: Mahathir dicadangkan sebagai pedana menteri, Dr Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menunggu.
Kempen mengolah persetujuan
Kempen PRU14 – Jelajah Harapan – bermula pada 25 Feb 2018 di Alor Gajah, Melaka dan berakhir pada 4 Mei, juga di Melaka. Di setiap ceramah Jelajah Harapan pasti ada seorang – atau lebih – penceramah yang akan mengeluarkan pekara siapa akan menjadi perdana menteri dan siapa timbalan.
Hanya Mahathir dan Wan Azizah sahaja yang tidak pernah bersuara tentang pekara itu dalam Jelajah Pakatan. Jadi lawak jika Mahathir atau Wan Azizah akan berkata: “… Sayalah Mahathir bakal perdana menteri…” atau “Saya Wan Azizah bakal timbalan perdana menteri… undilah Pakatan Harapan…”
Semua itu tidak terjadi.
Pada 6 Apr 2018 Jelajah Harapan sampai ke Pasir Gudang, Johor. Pada malam itu logo bersama telah diumum secara rasmi. PH akan menggunakan hanya satu logo – lambang PKR. Gedebe-gedebe PH ramai yang hadir di Pasir Gudang.
Dan pada malam bersejarah itu Mat Sabu secara rasmi mengumumkan Mahathir dan Wan Azizah sebagai pucuk pimpinan kerajaan PH. Jika PH menang PRU14 maka Anwar – yang masih dalam penjara kerana kesalahan meliwat – akan dicadangkan untuk diberi pengampunan.
Dalam kempen PRU14 Anwar dihebohkan sebagai perdana menteri menunggu. Amin.
Apa makna ucapan tersebut? Apa makna Mahathir dicalonkan untuk menjadi perdana menteri sekali lagi? Apa makna Wan Azizah menjadi timbalan perdana menteri?
Hakikatnya – isi ucapan itu adalah kempen untuk mengolah persetujuan orang ramai. Jelajah Harapan bertujuan untuk mendapatkan undi orang ramai. Kempen untuk memperlihatkan bahawa PH memiliki calon perdana menteri dan calon timbalan perdana menteri.
Jelajah Harapan mewujudkan persepsi kepada bakal pengundi bahawa PH yang baru bergabung adalah gabungan mantap. PH adalah pengganti BN yang dipimpin oleh Najib.
Baca Tiada negara pilih PM lanjut usia, kata Najib
Berkempen ialah bekerja untuk mengolah persetujuan. Isi kempen inilah yang akan menjaya atau menggagalkan pengolahan. Anak semua bangsa, bangsa semua agama, di Malaysia mahu tahu siapa yang akan meneraju kerajaan baru jika PH menang.
Justeru nama Mahathir dikedepankan.
Hasil pengolahan itu berjaya. Pada 9 Mei 2018 PH mendapat sokongan rakyat. Pada malam 9 Mei 2018 pucuk pimpinan PH pergi ke Istana Negara. Tujuannya, untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah PH yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad.
Jeng jeng jeng.
Apa terjadi? Saya telah menulis panjang lebar tentang projek sailang Mat Songel. Bagaimana wujudnya satu perancangan licik untuk membatalkan pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri pada malam 9 Mei 2018.
Ini bukan dongeng. Ini bukan penglipur lara daripada Hishamuddin Rais. Fakta demi fakta sudah muncul untuk mengabsahkan apa yang saya tulis.
Tulisan saya kali ini sedikit sebanyak pasti berjaya memberi pencerahan terhadap makna, tanda dan latar belakang video Haziq.
Tapi saya masih gagal memberi jawapan kepada soalan kurun ini. Soalan hot hot hot. Soalan penyelamat nyawa. Soalan ini pernah ditanyakan kepada Hishamuddin Rais oleh ketua pengarang majalah Time edisi Asia, Tuan John Colmey pada 1997.
“Mister Rais, will Anwar Ibrahim be the next Prime Minister of Malaysia…?”
Terjemahan: “Encik Rais, apakah Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia…?”
Pada 1998 – saya langsung tidak marah apabila si Mat Salleh itu menggunakan nama arwah saya untuk memanggil saya. Ini budaya Eropah.
Pengarang majalah Time ini amat yakin yang Anwar akan menjadi perdana menteri. Pembacaan politik agak rendah pada ketika itu. Ini kerana saya baru saja pulang dari 20 tahun berkelana.
Tapi bacaaan politik saya tepat. Pada 1997 lagi saya berpendapat Anwar akan diketepikan dan tidak akan menjadi perdana menteri Malaysia. Konsep perdana menteri menunggu belum wujud lagi pada ketika itu.
Semenjak 9 Mei 2018 pertanyan apakah Awar akan menjadi PM terus berkumandang. Malah keberahian Anwar hendak menjadi PM terus menimbulkan pertanyan yang sama daripada anak semua bangsa.
Keberahian Anwar mewujudkakan hukum politik. Hukum politik yang muncul daripada keberahian Anwar ialah: semakin kuat keberahian Anwar hendak menjadi perdana menteri, semakin menyampah orang melihat Anwar. Hukum ini sedang berjalan.
Tapi soalan kepada Hishamuddin Rais, apakah Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri masih belum dijawab. Sila tunggu minggu hadapan.
Mkini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/07/keberahian-anwar-dan-video-itu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Penonton Rakam Video Di Pawagam Ini Yang Dilakukan Negara China Halang Jenayah Itu Berlaku

Elak Penonton Rakam Video Di Pawagam Ini Yang Dilakukan Negara China Halang Jenayah Itu Berlaku

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 262 hits
Tahun ini menyaksikan lambakan pelbagai filem tidak kira sama ada dari dalam mahupun luar negara Kemeriahan industri perfileman dalam mengeluarkan cerita berkualiti tentunya menimbulkan keterujaan orang ramai untuk menonton sendiri di pawag...
Video Semburit Akhirnya Mahathir Pilih Azmin Atau Anwar

Video Semburit Akhirnya Mahathir Pilih Azmin Atau Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 594 hits
Apabila Dr Mahathir keluarkan statement terbaru tentu ramai yang bertanya apakah Mahathir sudah lupa dengan segala yang beliau kata tentang isu liwat 1 2 serta video pelacur China Doll yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim Statement terbaru M...
Video Ucapan Anwar Dan Gambar Gambar Di Malam Harapan Baru Sarawak

Video Ucapan Anwar Dan Gambar Gambar Di Malam Harapan Baru Sarawak

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 384 hits
Dalam ucapan sewaktu majlis makan malam Harapan Sarawak Baru malam tadi saya turut membangkitkan berkenaan isu penebangan hutan di Sarawak dan Sabah yang kian meruncing Saya tekankan bahawa kita mesti mempunyai kekuatan dan tekad politik ya...
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 650 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Anwar For Pm Min Semburit Video Dipotong

Anwar For Pm Min Semburit Video Dipotong

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 513 hits
Rupa rupanya portal portal pro PH seperti Malaysiakini telah potong video ucapan Farhash Wafa setpol Anwar Ibrahim Sebenarnya Farhash bukan saja melaung laungkan reformasi dan Anwar for PM Portal portal pro PH potong part setpol Anwar melau...
Video Ucapan Anwar Di Majlis Penutupan Simposium Ekonomi Malaysia

Video Ucapan Anwar Di Majlis Penutupan Simposium Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 374 hits
Saya hadir ke Parlimen pagi tadi bagi menyampaikan ucapan penutup bersempena dengan acara atau simposium yang berkisar tentang ekonomi Malaysia Acara itu dilangsungkan secara bersama antara Pejabat Speaker Dewan Rakyat Pejabat Kaukus Reform...
Video Intim Menguji Ketelusan Kerajaan Malaysia Baharu

Video Intim Menguji Ketelusan Kerajaan Malaysia Baharu

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 421 hits
Video skandal semburit Sandakan sebenarnya menguji ketelusan sejauh mana ketelusan sebuah kerajaan yang bergelar Malaysia Baharu Lebih penting dari itu ianya menguji pemimpin pemimpin kerajaan apakah mereka mengutamakan kepentingan negara a...
Kimjaehwan In Kl Penyanyi Korea Selatan Dibatalkan Saat Akhir Ini Video Peminat Berang

Kimjaehwan In Kl Penyanyi Korea Selatan Dibatalkan Saat Akhir Ini Video Peminat Berang

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 247 hits
Peminat Kim Jae hwan sepatutnya berlangsung hari ini di Stadium Malawati HALAMAN HIBURANSHAH ALAM Peminat setia penyanyi Korea Selatan Kim Jae hwan hampa selepas acara bertemu peminat Kim Jae hwan Fan Meeting MIN D In Kuala Lumpur 2019 yang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut