Kebebasan Bersuara Mereka Semua Hipokrit Kata Muhyiddin


malaysiakini.com
Shamz Johan
Diterbitkan: Mar 9, 2024 12:36 PM
PN hari ini menegaskan kerajaan perpaduan - yang turut disertai PH - ketika ini beramal dengan sistem autokrasi dan petanda itu terjelma seawal mereka membentuk kerajaan

Muhyiddin Yassin berkata, PN sebaliknya memang tidak bercakap mengenai demokrasi dengan berlebihan seperti PH namun menurutnya terbukti lebih demokratik.

"Kita tak bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi kita amalkan demokrasi.

"Mereka (PH) bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi mengamalkan autokrasi," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Wakil-wakil Rakyat PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Ia disertai 220 wakil rakyat PN sama ada ahli parlimen atau Adun di seluruh negara.

Turut hadir pemimpin kanan parti komponen PN termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Konvensyen tersebut diadakan tidak lama selepas Bersatu meminda perlembagaannya sebagai langkah mengekang lebih ramai wakil rakyat mereka memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN sebelum itu menyentuh pendirian kerajaan perpaduan mengenai kebebasan media termasuk media sosial.

Negara ada undang-undang

Bekas perdana menteri itu merujuk kepada hantaran video TikTok Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin, yang didakwa disekat kerana mengulas mengenai kejatuhan nilai ringgit.

"Kenapa harus disekat? Bukankah dahulu mereka yang paling lantang memperjuangkan kebebasan media?

"Kononnya mereka memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia. Kenapa apabila jadi kerajaan, mereka dengan rakusnya menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan?

"Ternyata, mereka semua hipokrit," katanya lagi.

Dia yang juga presiden Bersatu turut mendakwa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim cuba mengawal naratif politik di media sosial kerana mereka mula kehilangan keyakinan daripada rakyat.
Radzi JidinMuhyiddin berkata sekarang rakyat mengeluh dengan pelbagai isu yang timbul termasuk kenaikan harga barang serta penurunan nilai ringgit.

"Mungkin Kerajaan Madani sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan masalah “trust deficit” rakyat yang kronik. Maka dengan itu mereka cuba mengawal naratif di media sosial.

"Mereka tak mahu rakyat mengkritik kerajaan kerana kelemahan-kelemahan mereka sendiri dan menjadikan mereka semakin tak popular.

"Kerana itu media sosial dikawal ketat," tambahnya.

Kata Muhyiddin lagi, ketika dia menjadi perdana menteri, pelbagai tohmahan dilemparkan terhadapnya dan kerajaan PN namun di sebalik semua itu tiada sekatan dikenakan ke atas suara rakyat.

"Tak pernah sekali pun saya arahkan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) atau TikTok sekat video atau hantaran rakyat di media sosial.

"Itu prinsip kita (PN) dalam mentadbir negara.

"Negara kita ada undang-undang dan kuasa kerajaan dihadkan oleh undang-undang. Kerajaan tak boleh bertindak sesuka hati menyekat hak kebebasan rakyat melainkan mereka melakukan kesalahan di sisi undang-undang," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/kebebasan-bersuara-mereka-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Bantuan Untuk Keluarga Ini Mereka Perlukan Bantuan Anda Semua

Mohon Bantuan Untuk Keluarga Ini Mereka Perlukan Bantuan Anda Semua

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 123 hits
Assalammualaikum W B T Salam Sejahtera Sahabat Khairul Idhham dari Taman Desa Baru Melaka dengan rendah diri memohon bantuan daripada Tuan Puan untuk membantu mengumpul dana kos rawatan anaknya NUR KAYLA AZZAHRA BINTI MOHAMED KHAIRUL IDHHAM...
Saya Dah Lama Fikir Tentang Mereka Adira Nafi Gosok Baju Untuk Datuk Red Keputusan Dibuat Semua Demi Anak

Saya Dah Lama Fikir Tentang Mereka Adira Nafi Gosok Baju Untuk Datuk Red Keputusan Dibuat Semua Demi Anak

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 159 hits
Susulan isu kes penceraian yang difailkan oleh penyanyi Adira Suhaimi kepada suaminya Datuk Seri Adnan atau Datuk Red tampil menyatakan dirinya sedang berusaha ingin menyelamatkan rumah tangga mereka namun penyanyi itu menafikan ada berubah...
Didakwa Hina Golongan B40 Rozita Che Wan Kesal Kenyataan Disalah Erti Demi Allah Saya Tak Pernah Kata Begitu

Didakwa Hina Golongan B40 Rozita Che Wan Kesal Kenyataan Disalah Erti Demi Allah Saya Tak Pernah Kata Begitu

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 258 hits
Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal dengan laporan sesetengah media yang seolah olah menampakkan dia membuat perbandingan kehidupan anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana sebagai golongan berada dengan golongan B40 Nafi hi...
Hafiz Mahamad Berhimpit Depan Hajar Aswad Hingga Kain Ihram Terbuka Bekas Mufti Kata Haram Jika Bahayakan Diri

Hafiz Mahamad Berhimpit Depan Hajar Aswad Hingga Kain Ihram Terbuka Bekas Mufti Kata Haram Jika Bahayakan Diri

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 212 hits
TULAR video usahawan dan pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad yang sanggup berhimpit dalam kesesakan orang ramai di hadapan Kaabah bagi memastikan pasukannya berpeluang mencium Hajar Aswad ketika mengerjakan umrah
Kata Penganalisis Bersatu Mungkin Hilang 2 Kerusi Jika Prk

Kata Penganalisis Bersatu Mungkin Hilang 2 Kerusi Jika Prk

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 156 hits
Nora MahparSuhaili Abdul Rahman dan Syed Abu Hussin dikatakan berkemampuan mempertahankan Labuan dan Bukit Gantang sekiranya PRK diadakan PETALING JAYA Dua daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dik...
Anwar Patut Jawab Kejatuhan Ringgit Bukan Orang Lain Kata Ahli Parlimen

Anwar Patut Jawab Kejatuhan Ringgit Bukan Orang Lain Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 481 hits
agendaily com5 Mac 2024Ringgit jatuh ke paras terendah sejak 26 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan penjelasan dan menjawab berhubung isu kejatuhan nilai ringgit yang mencecah ke paras terendah sejak 26 tahun kata beberapa ...
Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

Rafizi Ramli Not Entitled To Just Walk Out

The Rosetta Stone Decoding The Secrets Of Ancient Egypt

Ai Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia Ini Peranan Korea Selatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Asean All Stars Vs Manchester United Terus Demam

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Pasaran As Mahkamah Membatalkan Tarif Trump

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya