Kebas Jari Dan Tangan Masa Hamil Ini Cara Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel


Bukan hanya individu yang bekerja di pejabat, atlet, pemain muzik atau individu yang bekerja menggunakan keupayaan tangan mereka, ibu mengandung juga terdedah kepada masalah Carpal Tunnel. Jika ini berlaku kepada wanita hamil, jangan panik kerana ia adalah masalah biasa. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung.
Menurut perkongsian Hellodoktor.com, perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil akan mengakibatkan pelbagai perubahan lain termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini.

Semasa dalam fasa kehamilan, pelbagai perubahan yang akan berlaku kepada tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal serta mental. Antara yang paling jelas kelihatan adalah bentuk badan wanita akan mulai mengembang dan membesar serta ‘breakout’ pada wajah.
Untuk pengetahuan anda, ada juga segelintir wanita yang akan mengalami sindrom carpal tunnel semasa hamil!
Persoalannya, adakah ia satu perkara yang normal? Selain itu, apa yang perlu dilakukan untuk menanganinya?

Apa itu sindrom carpal tunnel?
Buat anda yang belum tahu, carpal tunnel adalah satu kawasan atau laluan yang terletak pada pergelangan tangan. Ia dipenuhi dengan saraf dan tendon yang bersambung dengan tapak tangan dan jari.
Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak normal pada saraf dan tendon di tempat ini, ia akan mengakibatkan rasa sakit dan pedih. Inilah kondisi yang dipanggil sebagai sindrom carpal tunnel.
Ia biasa berlaku kepada golongan atlet, pekerja pejabat, pemain alat muzik serta individu yang banyak menggunakan tangan mereka dalam aktiviti seharian. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung. Pun begitu, adakah ia normal?

Adakah ia normal berlaku semasa hamil?
Ketika sedang mengandung, akan berlaku banyak perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini.
Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan tubuh badan anda mengekalkan banyak cecair pada tangan serta melembutkan ligamen tempat ini. Inilah yang akan menyebabkan tempat tersebut membengkak (oedema).
Akibatnya, saraf dan tendon pada tempat ini akan terhimpit dan tertekan seterusnya mengakibatkan rasa kebas, panas, sakit dan pedih – seperti dicucuk dengan jarum.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak National Health Service di UK, ia adalah kondisi yang normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita hamil.

 
Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?
Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang boleh dilakukan adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut:
#1. Pakai pendakap tangan
Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak.
Jika ya, boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.
Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan anda.

#2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan
Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif. Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu). Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
#3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi
Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan anda pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi. Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.
#4. Jaga posisi tidur anda dengan cermat
Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda. Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.
#5. Bersenam
Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan.
#6. Berehat
Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.

#7. Berjumpa doktor untuk rawatan
Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.
Sumber: Hellodoktor.com
The post Kebas Jari Dan Tangan Masa Hamil, Ini Cara Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kebas-jari-dan-tangan-masa-hamil-ini-cara-nak-kurangkan-simptom-carpal-tunnel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cermin Hexagon Jadi Tular Sampai Habis Stok Ini Cara Nak Buat Nampak Mahal Cara Susunan Yang Sesuai

Cermin Hexagon Jadi Tular Sampai Habis Stok Ini Cara Nak Buat Nampak Mahal Cara Susunan Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 1431 hits
Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai yang mempunyai masa lapang untuk mereka cipta sesuatu untuk kegunaan seisi keluarga Ya tambah tambah lagi mereka yang gemar dengan dekorasi rumah sangat sesuai menggunakan masa terluang ...
Rujukan Ujian Psikometrik Untuk Anda Yang Dah Kesuntukkan Masa Nak Exam

Rujukan Ujian Psikometrik Untuk Anda Yang Dah Kesuntukkan Masa Nak Exam

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 383 hits
Khas untuk anda yang bakal hadapi exam Psikometrik dalam masa terdekat tapi masih risau tak tahu apa yang bakal hadap masa ujian ni admin cadang bolehlah rujuk panduan yang disediakan oleh Team info Kerjaya ni Mereka telah berpengalaman mem...
Hiburan Fathia Latiff Ambil Masa 5 Tahun Untuk Lupakan Aiman Hakim Hanya Allah Tahu Betapa Sukarnya Nak Move On

Hiburan Fathia Latiff Ambil Masa 5 Tahun Untuk Lupakan Aiman Hakim Hanya Allah Tahu Betapa Sukarnya Nak Move On

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 618 hits
Mencetus kontroversi baru baru ini apabila mengambil keputusan untuk berhijab semula sejak Ramadhan lalu Fathia Latiff mengakui dia sebelum ini menghadapi fasa sukar untuk melupakan bekas kekasihnya Aiman Hakim Ridza Dia yang ketika ditemui...
Buat Cili Kering Kisar Halus Tak Berbiji Tangan Tak Pijar Nak Buat Pun Senang

Buat Cili Kering Kisar Halus Tak Berbiji Tangan Tak Pijar Nak Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 375 hits
Para ibu lebih suka menyediakan semua bahan masakan lebih awal bagi memudahkan mereka untuk memasak kemudian Cara ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja kerja di dapur Salah satu bahan masakan yang akan dibuat sendiri adalah cili k...
Cara Nak Letak Icon Wasap Pada Blog

Cara Nak Letak Icon Wasap Pada Blog

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 507 hits
Assalamualaikum wbtKak Ngah nak share dengan korang macam mana cara nak letak icon wasap pada blog bagi memudahkan sesiapa yang berhajat untuk wasap korang Biasanya orang bisnes yang ramai letak icon wasap dalam blog dorang sebab nak memuda...
Masa Berlaku Sim Habis Ini Cara Daftar Perpanjangan Sim Secara Online Ada Kebijakan Dispensasi

Masa Berlaku Sim Habis Ini Cara Daftar Perpanjangan Sim Secara Online Ada Kebijakan Dispensasi

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 392 hits
Buat kamu yang ingin memperpanjang SIM kini kepolisian sudah menyiapkan registrasi online Berikut tata caranya
Belajar Cara Menghadapi Masa Sulit Dari Rasulullah

Belajar Cara Menghadapi Masa Sulit Dari Rasulullah

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 557 hits
Manusia sering kali dihadapkan masa sulit di dalam hidupnya Merekan hidup di antara harapan dan ketakutan Memang Kehidupan ini dipenuhi dengan masa sulit seperti saat pandemi virus corona ini Namun cara terbaik untuk mengatasi masa sulit bi...
Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas Pkp Buat Wanita Hamil Ini Bahaya Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas Pkp Buat Wanita Hamil Ini Bahaya Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 438 hits
Berkelah dan berjemur di pantai pastinya aktiviti kesukaan ramai individu Namun bagi wanita mengandung wujud kesan bahaya yang perlu anda ketahui Bahaya berjemur di pantaiHakikatnya secara teknikal aktiviti berjemur di pantai adalah 1 perka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi