Kebangkitan Damai Se Dunia Burung Unta Sorok Kepala





Palestin: PAS sertai persidangan politik tertinggi di Tehran
KUALA LUMPUR: Persidangan Perundingan Politik Peringkat Tertinggi berkenaan isu Palestin yang dianjurkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Iran berlangsung di Tehran, Iran, hari ini.
PAS selaku parti politik yang menjuarai isu Palestin di dalam negara telah menerima jemputan dan menghantar dua orang wakil menghadirinya iaitu Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Menurut Muhammad Khalil, persidangan yang dianjurkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Iran bertujuan mengumpulkan tokoh-tokoh ternama, ahli poltik, ilmuan, think tank, pertubuhan dan gerakan-gerakan Islam bagi membincangkan kaedah dan strategi terbaik serta mewujudkan platform bagi menyokong dan membantu mengukuhkan perjuangan pembebasan bumi Palestin serta cabaran yang dihadapinya ketika ini.
Katanya, berikutan cabaran semasa yang dihadapi Palestin dan rakyatnya ketika ini yang berhadapan dengan serangan dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel, kepungan dan sekatan ke atas Semenanjung Gaza berserta sikap double standard Barat yang membela dan membantu rejim pengganas zionis Israel, persidangan itu adalah tepat pada masanya khususnya dalam merangka strategi yang berkesan dalam usaha membela nasib Palestin dan rakyatnya yang amat terkesan ketika ini.
Tambahnya, turut hadir sama dalam persidangan itu adalah cucu kepada negarawan ulung Afrika Selatan, Nelson Mandela iaitu Nkosi Zwelivelile Mandela.


Menariknya, kata Khalil, Nkosi Zwelivelile telah memeluk Islam sejak 2019 dan lebih kurang dua minggu yang lalu telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kelima Solidariti Untuk Palestin di Johannesburg, Afrika Selatan yang turut dihadiri oleh wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Termizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 23/12/2023  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kebangkitan 'damai' se dunia..& burung unta sorok kepala!
Lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah, demi 'damai' yang dituntut oleh Islam, 'Iraq hantar kapal tangki bahan api pertama ke Gaza'.


Di Tehran, kapal tangki pertama Iraq yang membawa bahan api ke Semenanjung Gaza meninggalkan pelabuhan Khor Al Zubair di Basra menuju ke Terusan Suez.

Penasihat Perdana Menteri Iraq mengenai Hak Asasi Manusia berkata,  kapal tangki itu membawa 10 juta liter diesel dan mula-mula akan ke Pelabuhan Suez di Mesir, lapor media Iraq, Zidan Khalaf Obaid.
(Lanjut sila rujuk ''Iraq hantar kapal tangki bahan api pertama ke Gaza'  -HARAKAHDAILY 23/12/2023)
(ii) Walaupun usaha ke arah kebangkitan 'damai' se dunia sedang digembelingkan, namun di M'sia sendiri perlu dijelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh 'puak-puak sengaja buat keliru'.
Mari kita lihat kenyataan Presiden PAS 'Penentuan bangsa menjadi ketua negara dan kekhilafan mazhab'..   – HARAKAHDAILY 22/12/2023. 

TIDAK ada kekhilafan wajibnya pemimpin negara yang dilantik itu mestilah seorang Muslim yang beriman, budiman dan berilmu. Islam secara tegas mengharamkan kepimpinan bukan Islam menguasai sesebuah negara. Firman Allah SWT:
﴿لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨﴾
“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Sesiapa yang berbuat demikian, nescaya terlepaslah dia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (siasat) memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (seksaan-Nya). Dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali.” [Surah Ali ‘Imran: 28]
(Lihat seterusnya seperti di atas kenyataan Presiden PAS itu dari sudut hukum dan syar'ie..)
Burung unta sembunyi kepala dalam pasir..
Cuma akhirnya beiau menjelaskan..
"Konsep tiada paksaan beragama dan adil kepada semua menjadikan Melayu Islam berjaya memimpin masyarakat majmuk dalam sejarahnya, dan sehingga kini kesannya masih dihayati di Malaysia dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam.
"Kenyataan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengambil alih kepimpinan Melayu Islam adalah provokasi yang merosakkan hubungan kaum yang terjalin dan makin terancam dengan sebab beberapa kenyataan politik yang menjurus ke arahnya, seperti cadangan diadakan Pilihan Raya PBT, peranan medianya menyokong orang Melayu murtad dan menghalang sesiapa yang mahu memeluk Islam serta mencabar undang-undang syariat yang telah dimusnahkan oleh penjajah dahulu dengan cara yang halus tetapi dapat dilihat dengan nyata.
"Keadaan ini laksana pepatah yang menyebutkan burung unta yang menyelamatkan diri, menyembunyikan kepalanya yang kecil ke dalam pasir dalam keadaan badannya yang besar dapat dilihat dengan nyata. Hanya orang-orang Melayu yang bodoh sahaja kabur fikirannya dan kelabu pandangannya masih tidak memahami politik DAP dan rakan-rakannya.
"PAS mendukung perpaduan rakyat Melayu Islam, bumiputera dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Dalam pada itu, menolak DAP dan sekutunya yang menegakkan sekularisme dan liberal pragmatik yang sesat serta merosakkan negara.
ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 9 Jumada al-Akhirah 1445 / 22 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 22/12/2023"
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.







Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...2. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?3.Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..4.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++5. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..6. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?7. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...8. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..9. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...10. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/kebangkitan-damai-se-dunia-burung-unta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Minta Kepala Desa Jaga Pemilu 2024 Agar Damai Dan Tak Ada Kecurangan

Jokowi Minta Kepala Desa Jaga Pemilu 2024 Agar Damai Dan Tak Ada Kecurangan

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 183 hits
Pak Presiden tadi menitipkan kepada kami para kepala desa yang hadir ini untuk menjaga pemilu
Kabar Duka Kepala Lan Adi Suryanto Meninggal Dunia

Kabar Duka Kepala Lan Adi Suryanto Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 260 hits
Kepala LAN Adi Suryanto Meninggal Dunia pada hari Jumat di Yogyakarta
Hoki Piala Dunia Remaja Perancis Atasi Sepanyol Untuk Raih Tiket Ke Final

Hoki Piala Dunia Remaja Perancis Atasi Sepanyol Untuk Raih Tiket Ke Final

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 151 hits
Perancis mengiringi Jerman ke pentas akhir setelah mengenepikan cabaran Sepanyol dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023 Perancis tidak menunggu lama untuk mempimpin perlawanan menerusi Brieuc Delemazure yang menyudahkan pukul...
Ganjar Komitmen Berantas Pungli Dan Calo Di Dunia Industri

Ganjar Komitmen Berantas Pungli Dan Calo Di Dunia Industri

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 254 hits
Ganjar juga berbicara komitmen bersama calon wakil presidennya yakni Mahfud MD untuk menyikat korupsi lantaran merugikan masyarakat
Kereta Feeder Whoosh Hantam Mobil Di Bandung Barat Dua Orang Meninggal Dunia

Kereta Feeder Whoosh Hantam Mobil Di Bandung Barat Dua Orang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 160 hits
Kereta feeder Whoosh relasi Padalarang Bandung terlibat dalam kecelakaan dengan sebuah mobil Sigra
Relawan Nilai Gibran Buka Celah Anak Muda Di Seluruh Dunia Untuk Jadi Pemimpin

Relawan Nilai Gibran Buka Celah Anak Muda Di Seluruh Dunia Untuk Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 228 hits
Salah satu program Prabowo Gibran ialah makan siang dan susu gratis bagi anak anak
Pelakon Captain Raymond Holt Dalam Siri Brooklyn Nine Nine Meninggal Dunia

Pelakon Captain Raymond Holt Dalam Siri Brooklyn Nine Nine Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 183 hits
Pelakon Andre Braugher yang popular menerusi watak Captain Raymond Holt dalam siri hit Brooklyn Nine Nine meninggal dunia pada usia 61 tahun semalam Menurut laporan The Guardian punca kematian tidak diperincikan namun jurucakap pelakon terb...
Pernah Tak Terfikir Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati Sebabnya Ramai Tak Sangka

Pernah Tak Terfikir Kenapa Tak Pernah Nampak Anak Burung Merpati Sebabnya Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 110 hits
Burung merpati adalah antara burung yang mudah ditemui di kawasan bandar Kalau anda perasan haiwan bersayap ini seperti hidup dalam koloni yang besar di tengah tengah kota Jadi tak hairanlah apabila anda cuba memberi makan kepada haiwan ini...
Ini Fakta Menarik Tentang Burung Gagak Yang Di Anggap Pengotor Oleh Masyarakat

Ini Fakta Menarik Tentang Burung Gagak Yang Di Anggap Pengotor Oleh Masyarakat

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 200 hits
Burung gagak adalah sejenis burung yang sangat menarik dan telah menjadi subjek penyelidikan mitologi dan budaya di seluruh dunia Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang gagak 1 Kecerdasan Burung gagak terkenal dengan kecerdasan luar ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan