Kebakaran Putra Heights Punca Kronologi Perkembangan Terkini


Kebakaran Putra Heights, Subang Jaya, bertukar panik apabila satu letupan dahsyat berlaku pada awal pagi 1 April 2025—punca dikenal pasti sebagai kebocoran saluran paip gas milik Petronas.
Dalam sekelip mata, api menjulang setinggi bangunan 10 tingkat, memusnahkan ratusan rumah dan menyebabkan langit malam diterangi cahaya merah menyala. Bunyi letupan menggegarkan kawasan sejauh beberapa kilometer, manakala penduduk lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Api yang mencecah suhu lebih 1,000 darjah Celsius menjadikan operasi menyelamat satu cabaran besar bagi pihak bomba.
Baca juga: Insentif Rebat Rahmah 2025 – Internet Percuma Hari Raya
Punca Kebakaran Putra Heights ​Kebakaran di Putra Heights pada 1 April 2025 dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran paip gas milik Petronas. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, menyatakan bahawa fenomena letupan wap cecair mengembang atau Boiling Liquid Expanding Vapor Explosion (BLEVE) mungkin menjadi punca kejadian tersebut.
Fenomena ini berlaku apabila gas mudah terbakar bocor dan wap gas terapung di udara sebelum berlaku pencucuhan yang mencetuskan letupan besar.
Selain itu, pihak polis sedang menyiasat dakwaan bahawa kerja mengorek tanah di kawasan rizab Petronas mungkin telah menyebabkan kebakaran tersebut. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa siasatan akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan pihak yang bertanggungjawab.
Setakat ini, siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca sebenar kebakaran tersebut.
Tragedi ini menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan infrastruktur gas dan keperluan pemantauan yang lebih ketat di kawasan berisiko tinggi.
Kredit: Bernama Kredit: Mingguan Wanita Kredit: Mingguan Wanita Kredit: FB Khairul Azri Kredit: FB Khairul Azri Kredit: FB Khairul Azri Kredit: FB Khairul Azri Kredit: Mingguan Wanita Baca juga: Diskaun Tol 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025
Apa itu Boiling Liquid Expanding Vapor Explosion (BLVE)? Fenomena BLEVE atau Boiling Liquid Expanding Vapor Explosion (Letupan Wap Cecair Mengembang) ialah letupan yang berlaku apabila cecair yang sangat mudah terbakar atau bertekanan tinggi mendidih secara tiba-tiba dalam bekas tertutup atau separa tertutup, lalu menyebabkan bekas itu meletup dan menghamburkan wap panas dan api ke sekeliling.
Fenomena ini sangat merbahaya dan biasa dikaitkan dengan tangki simpanan gas atau bahan kimia mudah terbakar, seperti gas petroleum cecair (LPG), propan, butana, atau amonia.
Bagaimana BLEVE Berlaku? 1. Bahan cecair berada dalam tekanan tinggi
Biasanya, bahan seperti gas LPG disimpan dalam bentuk cecair di bawah tekanan dalam bekas logam seperti tangki atau paip saluran gas.
2. Pendedahan kepada haba luar (contohnya api)
Apabila tangki terdedah kepada api luar, haba, atau geseran, tekanan di dalam tangki akan meningkat dengan cepat.
3. Struktur tangki gagal – kebocoran atau pecah
Bila tangki tak dapat menampung tekanan atau suhu tinggi, ia akan pecah atau bocor secara tiba-tiba. Ini menyebabkan cecair dalam tangki mendidih serta-merta kerana tekanan luar jatuh mendadak.
4. Letupan mendidih dan pelepasan wap besar-besaran
Cecair yang panas tadi akan berubah menjadi wap dalam jumlah besar dalam masa yang sangat singkat. Wap ini mengembang secara ganas, menghasilkan gelombang letupan kuat yang menghancurkan struktur sekitar.
5. Kemungkinan pencucuhan (jika bahan mudah terbakar)
Jika wap itu mudah terbakar (contohnya gas LPG), dan terdapat sumber pencucuh (spark, api terbuka), maka akan berlaku letupan api besar (fireball) selepas letupan awal.
Kronologi Kebakaran Berikut adalah kronologi kes kebakaran Putra Heights secara lengkap dari awal kebakaran sehingga api berjaya dipadamkan.
1 April 2025, 8.23 Pagi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terima panggilan kecemasan. Anggota dari 9 BBP dikejarkan ke lokasi kejadian. 1 April 2025, 8.46 Pagi
4 injap utama di Dengkil, Puchong, Batu Tiga dan Meru ditutup untuk melepaskan saki baki gas asli. Proses melepaskan gas ambil masa sekitar 4 jam. 1 April 2025, 9.30 Pagi
Penduduk di perumahan berhampiran dipindahkan. 1 April 2025, 10.35 Pagi
25 mangsa di terima rawatan awal, beberapa lagi dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Antara kecederaan : Luka, melecur, dan kesukaran bernafas. 1 April 2025, 11.06 Pagi
Masjid Putra Heights, masjid lain dan kuil Sri Maha Kaliamman digunakan sebagai pusat pemiindahan sementara. 1 April 2025, 11.20 Pagi
Laporan awal bomba sahkan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas sepanjang 500 meter. 1 April 2025, 11.25 Pagi
Petronas Dagangan Bhd sahkan kebakaran tidak berlaku di mana-mana stesen minyak petronas. 1 April 2025, 11.54 Pagi
Jabatan Alam Sekitar pantau kualiti udara di sekitar lokasi kejadian. 1 April 2025, 1 Tengah hari
82 mangsa diselamatkan dengan 12 dilaporkan cedera. CAAM sahkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Subang berjalan seperti biasa. 1 April 2025, 1.25 Tengah hari
63 mangsa melecur dihantar ke hospital. 1 April 2025, 1.30 Tengah hari
JBPM sahkan 112 mangsa & 49 rumah terjejas setakat ini. 1 April 2025, 1.55 Tengah hari
Kebakaran saluran paip gas semakin berkurangan. 1 April 2025, 2 Petang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minta kerajaan negeri Selangor & agensi terlibat beri bantuan sewajarnya kepada mangsa terjejas. 1 April 2025, 3.40 petang
JBPM mengesahkan 190 unit rumah, 14B kereta & 11 motosikal rosak dalam kebakaran itu. 1 April 2025, 3.45 petang
Kebakaran bwrjaya dipadam sepenuhnya menurut JBPM. 1 April 2025, 4.58 petang
PM Anwar umum bantuan tunai RM5,000 untuk pemilik rumah terjejas & RM2,500 kepada lebihh 100 pemilik rumah rosak sebahagian. Kerajaan Persekutuan negeri & Petronas akan ambil tanggungjawab perbaiki ganti sepenuhnya perumahan rosak. Penduduk terjejas belum dibenarkan pulang ke rumah demi keselamatan. 1 April 2025, 5.00 petang
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sahkan 305 mangsa diselamatkan dalam insiden kebakaran itu. 1 April 2025, 6.23 petang
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan tiad kematian setakat ini. 1 April 2025, 6.50 petang
JBPM maklumkan 237 rumah terjejas 305 mangsa cedera akibat melecur & tersedut haba panas. 365 kenderaan terbakar melibatkan 275 kereta & 56 motosikal keseluruhannya. Kredit: Bernama @zeanse34 *SSOC menerima laporan tentang kejadian kebakaran pipe line gas Petronas yang melalui kawasan berhampiran stesen minyak Petronas Putra Heights, Subang Jaya terbakar, kawasan sekitar dihujani pasir dan debu* Media sosial kini dihujani perkongsian video mengenai kebakaran yang sedang berlaku. Ada yang mendakwa, kebakaran yang berlaku berpunca daripada paip gas di stesen minyak terbabit. Malah, ada penduduk sekitar memaklumkan seluruh Puchong dan Putra Heights kini dihujani batu pasir dan debu kesan daripada kebakaran tersebut. “Bencana yg sedang berlaku. Kebakaran di Petronas Putra Height. Habis seluruh Puchong dan Putra Height kena hujan batu pasir debu. Bunyi api terbakar sangat kuat dan dasyat,” kongsi Azizee Bos Abul. “Terkini, paip gas Petronas dikatakan punca berlaku kebakaran di Putra Height ketika ini,” kata seorang pengguna. Terdahulu Kosmo! melaporkan, satu kebakaran besar dikesan sedang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya pagi ini. Menerusi video secara langsung yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Navan, kebakaran jelas dilihat kerana api yang menjulang tinggi selain bahangnya dapat dirasai menerusi balkoni tempat tinggalnya dipercayai sebuah apartmen. – KOSMO! ONLINE https://www.kosmo.com.my/2025/04/01/stesen-minyak-petronas-putra-heights-terbakar-kawasan-sekitar-dihujani-pasir-dan-debu ===================== #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #foryoupage #subang #fyp
♬ Washing Machine Heart (Instrumental) – 13Aurora & Pet Kredit: Tiktok @zeanse34 @netizenketapang Kebakaran besar akibat kebocoran pipa gas Petronas di Putra Heights, Puchong, Selangor Malaysia pada Selasa 1 April 2025 menyebabkan 112 orang terluka. Kobaran api dilaporkan mencapai ketinggian 20 lantai dan dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer.
♬ suara asli – KETAPANG – KETAPANG Kredit: Tiktok @netizenketapang @daddyofficial_01 Pray For Putra Heights 🤲🏻 Semoga Dipermudah Segala Urusan #fyp #eidmubarak
♬ original sound – QhaiReeq – QhaiReeq Kredit: Tiktok @daddyofficial_01 Bantuan Yang Diberikan Kerajaan Berikutan tragedi tersebut, Kerajaan Persekutuan dan Petronas bersedia untuk menyalurkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya, manakala RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.
Kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Putra Heights. Buat mangsa yang masih menerima rawatan, semoga diberi kesembuhan dengan segera.
Bagi yang kehilangan rumah dan harta benda, semoga Tuhan menggantikan dengan lebih baik serta dipermudahkan segala urusan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kebakaran-putra-heights/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kebakaran-putra-heights

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cbp Tawar Bantuan Untuk Pelanggan Yang Terjejas Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights

Cbp Tawar Bantuan Untuk Pelanggan Yang Terjejas Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 124 hits
KUALA LUMPUR Co opbank Pertama bertekad untuk memberikan sokongan kepada pelanggan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights Subang Jaya Selangor yang berlaku pada Selasa lepas Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Moh...
Hiburan Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights Proton Derma Rm250 000 Aktifkan 6 Pusat Servis

Hiburan Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights Proton Derma Rm250 000 Aktifkan 6 Pusat Servis

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 94 hits
Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights baru baru ini Proton Holdings Bhd telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM250 000 Sumbangan ini bertujuan untuk melengkapi bantuan kewangan kerajaan serta memenuh...
Kebakaran Putra Heights Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

Kebakaran Putra Heights Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR 4 April Polis mengesahkan terdapat aktiviti pengorekan tanah dijalankan bagi menggantikan paip kumbahan 30 meter daripada kawasan insiden kebakaran di Putra Heights Subang Jaya pada Selasa lepas Ketua Polis Selangor Datuk Husse...
20 Agensi Mula Siasat Kebakaran Paip Gas Putra Heights

20 Agensi Mula Siasat Kebakaran Paip Gas Putra Heights

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 148 hits
Dalam tempoh 24 jam selepas kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya yang berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3 45 petang semalam 20 agensi hari ini mula digerakkan untuk memulakan siasatan dan pemeriksaan ...
Jpn Selangor Permudah Proses Ganti Dokumen Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights

Jpn Selangor Permudah Proses Ganti Dokumen Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 90 hits
Jabatan Pendaftaran Negara Selangor menjangkakan lebih 500 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights perlu memperbaharui dokumen penting mereka seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran Memetik laporan Kosmo Online Pengarah JPN Se...
Mohamad Sabu Minta Mangsa Kebakaran Putra Heights Buat Laporan Polis

Mohamad Sabu Minta Mangsa Kebakaran Putra Heights Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR 3 April Ahli Parlimen Kota Raja Datuk Seri Mohamad Sabu meminta semua mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights Subang Jaya pada Selasa lepas membuat laporan polis bagi memudahkan proses sia...
Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

papar berkaitan - pada 1/4/2025 - jumlah : 208 hits
Kemaskini perkembangan kebakaran saluran gas di Putra HeightsSatu letupan kuat menggegarkan kawasan perumahan di Putra Heights mengakibatkan beberapa rumah terjejas Petronas Gas Bhd mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utamanya ber...
Hiburan Penyewa Akui Trauma Tidak Mahu Tinggal Di Putra Heights Lagi Kesan Kebakaran Tidak Masuk Akal

Hiburan Penyewa Akui Trauma Tidak Mahu Tinggal Di Putra Heights Lagi Kesan Kebakaran Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 87 hits
Seorang penyewa rumah di Putra Heights Diyana Abdul Rahim nekad untuk berpindah apabila kediamannya rosak teruk akibat letupan saluran paip gas pada raya kedua yang lalu Memetik laporan Harian Metro Diyana mengakui dia sukar untuk menerima ...
Aktiviti Toqqi Lawat Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Dewan Masjid Putra Heights Ppim 03 04 2025

Aktiviti Toqqi Lawat Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Dewan Masjid Putra Heights Ppim 03 04 2025

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 121 hits
3 April 2025 Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi mengadakan lawatan ke Dewan Masjid Putra Heights untuk meninjau keadaan mangsa kebakaran paip gas serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang terjejas akibat insiden ini
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan