Kebaikkan Dan Manfaat Pengambilan Vitamin C Masa Terbaik Mengambil Tanda Badan Kurang Vit C
Kebaikkan dan Manfaat Pengambilan Vitamin C P/s Post ini lebih kepada Vitamin C Sustained Release Vita-C Plus Shaklee. Musim covid ini ramai yang ada kesedaran bertapa pentingnya vitamin C ini. Banyak persoalan bermain diminda, berapa mg adakah 1000mg elok untuk badan? Apa kebaikkan vitamin C shaklee mahupun 21st century, mahupun berocca. Bila waktu terbaik makan vitamin C? Apa tanda-tanda badan kekurangan vitamin C. Vitamin C ini boleh memutihkan kulit ke? Vitamin C ini boleh elak demam dan selsema?
Kebaikkan dan Manfaat Pengambilan Vitamin C
Dalam postingan kali ini sangat panjang. Ada 3 perkara saya bincangkan dalam post ini.
1. Kebaikkan dan Manfaat Pengambilan Vitamin C.
2. Tanda-tanda Badan kekurangan Vitamin C.
3. Waktu Terbaik Makan Vitamin C.
Assalammualaikum pembaca blog yang setia daripada follower mahupun daripada google. Kali ini aku nak share beberap pengalaman aku semenjak dah konsisten makan vit c ini. Aku start mengamalkan vit c ni last year 2020 sebab takut dengan virus corona kan. Jadi, selain dari elak covid, banyak jugak lah perubahan yang berlaku pada diriku. cara makan vitamin c shaklee dengan betul, waktu terbaik. Dalam post ini lebi kepada testimoni aku selepas mengamalkan vitamin C selama setahun. Harga vitamin C korang boleh tanya saya di ruangan comment di bawah. memang mampu milil. Jadi di bawah ini aku share kenapa perlu kita mengambil vitamin C hari-hari.
Sebelun itu, apa itu vitamin C. So senang ceritalah Vitamin C ni vitamin yang mudah untuk larut dalam air. Vitamin C ini tidak disimpan dalam tubuh akan dibuang melalui air kencing jika vitamin C itu berlebihan dalam badan. Badan tidak boleh menghasilkan vitamin C secara sendiri sebab itu kita perlu mengambil vitamin C. Vitamin C ini perlu didapatkan dengan pemakanan harian kita. Jadi, dibawah ini adalah sebab, kenapa perlu consume Vitamin C.
Kebaikan dan Manfaat Pengambilan Vitamin C
1. Imun Badan Tinggi.
Aku cuak gila, kalau musim covid ini aku tak sihat. Kalau ikutkan, dalam setahun, 2 bulan dalam tahun tu mesti aku demam teruk, selsema, sakit tekak then asma. Wah meriah sungguh kan penyakit aku. Memang berantai. Dimulakan dengan selsema dulu. Ps aku ini ada resdung. Jadi faham fahamkan perasaan selsema kalau kena resdung. Member aku siap gelak kalau aku bersin, macam machine gun wei aku bersin tak henti dalam satu masa. Nasib baik hidup lagi.
Selepas selsema, maka datanglah demam, lepas demam datanglah sakit tekak, settle sakit tekak, barulah datang asma. Kalau dulu kan aku memang tak suka makan ubat. Sebab kepala aku otak aku ni dimomokan, ubat macam ubat selsema tu semua akan merosakkan system imuniasisi badan. Badan kita sendiri, ade system imun untuk lawan virus selsema mahupun demam.
Jadi aku pun bengonglah, layan je sakit, kalau rasa nak selsema, layan je lah selsema, aku x nak manjakan badan aku dengan mengambil vit c mahupun pil selsema. Then, tu dia demam seminggu nak kebah wei dengan badan panas nya.
So cerita ini bermula last year, aku mula consume vit C hari hari. Memang banyak perubahan. Aku rasa badan aku susah nak dijangkit penyakit. Kalau musim batu, satu tmpt kerja mula batuk, aku pulak tak kena effect dia, virus dia sebab alhamdullilah imun badan aku tinggi selepas consume vitamin C. Sama jugak musim selsema, orang sama office aku dok tarik tarik hingus cair di hidung depa. Aku plak, takut jugak lah dengar. Tapi, aku tak yah risau la dah consume vitamin c kan.
Ada ketikanya, bila kau rasa badan kau lain semacam. Rasa nak demam, barulah aku akan consume vit C sebelah pagi dan sebelah malam. Untuk kuatkan system imun badan aku agar tidak kalah dengan virus demam mahupun selsema. P/s, pesan doctor aku, kalau ambik suplimen Vit C ni, pastikan banyak minum air masak. Memang betul, ade sekali tu aku makan vit c, esoknya, sembelit, susah nak membuang, haha doctor cakap sebab badan aku kurang air. Vit C ni perlu banyak air untuk mencerna dalam badan.
2. Pembentukkan Collagen Badan.
Tahu tak collagen tu apa? Sebenarnya aku pun tak berapa mahir pasal collagen ni. So, kalau korang rasa kulit korang tu cepat bersalin kulit, kulit menjadi cerah dan fresh. Itu sebab badan korang cukup collagen. Kan banyak product permutih tu, mestin ada collagen dalam tu. Same goes to vit c ini, dia membantu membentuk collagen dalam badan. So, sihat dapat, cantik pun dapat. Muka aku ni, jerawat memang masih ada, tapi orang akan tegur muka aku Nampak glowing. Aku macam, ermm ok. Niat sebenar aku consume vit c ni supaya tak cepat sakit demam sebagainya. Bukan untuk handsome. Tapi kalau dah hensem tu. Kira bonus lah kan.
3. Bantu turunkan paras kolestrol dan terkenan darah.
So, kalau ikutkan vit c ni memang boleh menurunkan terkanan darah kepada normal. Aku akui, aku punya tekanan darah memang normal. Tak tahu la kalau sebelum aku consume vit c ni memang tekanan normal ke camne kan. Ok untuk kolestrol pula, badan aku memang banyak kolestrol, itu sebab lah dekat leher aku banyak tumbuh biji kolestrol yang menyakitkan m ata. Jadi, aku consume vit c ini adalah untuk menurunkan paras kolestrol jahat dalam badan aku selain mengamalkan oat. So, selepas aku buat pemeriksaan kesihatan, alhamdullilah, doctor brief aku, yang aaku punya tekanan darah dan paras kolestrol dalam badan ok. :D Happy wei.
4. Menghasilkan kulit halus dan cantik berseri.
Tips ini lebih kurang macam tips kollagen tu. Aku takut, ade orang baca main point je, huraiain panjang berjela tak baca. So, memang terbukti, dengan consume vit c ini boleh membantu badan untuk menghasilkan kulit halus dan cantik berseri. Ini disebabkan vitamin C ini membantu buatkan collagen dalam badan. Cumanya, jerawat still tumbuh atas sebab kebersihan seperti, towel kena tukar selalu, cadar pun kena tukar selalu, dan juga atas factor tidur lewat ataupun makan kacang. Rupanya, aku memang tak boleh makan kacang, hahaha. Banyak wei kacang aku beli kedai eco shop. Ingatkan nak makan makanan sihat tak bergula. Nahh, jerawat naik macam esok nak raya.
5. Tubuh Tak Boleh Buat Vitamin C Sendiri.
Ok sebab yang last paling penting kenapa kita perlu ambik vitamin C setiap hari adalah sebab badan kita tak boleh nak generate atau hasilkan vitamin C itu sendiri. Jadi kita kenalah rajin rajinkan diri untuk makan buah buahan seperti buah orange yang banyak kandungan Vitamin C dalam buah tersebut. Saya tahu, buah orang bukan nye murah, lagipun, kalau beli, nak kopek buah tu punya lah malas, ada yang jenis susah nak kopek, guna pisau baru boleh kopek. Jadinya, terus lupa nak consume vitamin C. rugi betulkan.
Apa tanda-tanda badan kekurangan vitamin C?
Banyak tanda-2 badan kita kekurangan vitamin C. Kita sendiri dapat rasa, bila tak mengambil vitamin C ini, seperti lesu, tak bermaya dan rasa malas. Jadi dibawah ini saya nak terangkan tanda-tanda badan kita kekurangan Vitamin C.
1. Mood mudah berubah dan cepat rasa lelah.
Tahu tak bila kita tak ambil vitamin C yang mencukupi untuk badan, badan akan menjadi stress sebab tak ada vitamin C untuk melancarkan proses membaik pulih sel dalam badan. Itulah sebab, mood kita mudah berubah-ubah. Sebab kita tak berikan apa yang badan kita nak seperti Vitamin C. Tak ambil vitamin C ini juga akan membuat rasa lelah sebab badan tak cukup vitamin C.
2. Berat Badan Cepat Naik.
Tahu tak, kalau kita kurang ambil vitamin C badan kita cenderung untuk menggemuk dengan cepatnya. Para ahli kajian percaya yang Vitamin C ini turut mengatur pelepasan lemak dari sel. Beberapa kajian telah menemukan tubuh badan kita yang kekurangan Vitamin C ini cenderung untuk gemuk.
3. Kulit mudah berkedut dan kering.
Bila kita tak mengambil vitamin C yang mencukupi dalam kehidupan seharian kita, kita cenderung untuk memiliki kulit yang mudah berkedut dan kering. Berlaianan pula untuk kita yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil pemakanan yang tinggi Vitamin C. Kulit kita lebih lembut dan licin. Ini mungkin atas factor vitamin C bersifat antioksidan dan membantu melindungi kulit dari radikal bebas yang boleh merosakkan minyak, protein dan DNA.
4. Menyebabkan gangguan emosi dan keletihan.
Base on kajian lah kan, 6 daripada 7 individu lelaki yang mempunya tahap vitamin C yang rendah dalam badan mengakui bahawa mereka mudah untuk berasa letih dan mudah untuk marah. Jadi, kita boleh tengok dekat ini, bertapa pentingnya pengambilan vitamin C ini untuk memberi tenaga kepada badan kita untuk berasa lebih bertenaga dan meningkatkan mood dan menggelakkan cepat marah.
5. Sistem Imun Badan Lemah.
Ini memang tak dinafkikan lah, aku, dulu memang malas nak makan makanan yang ada vitamin C ini. Sayur sayuran lagi lag. Jadi apa yang terjadi dekat aku? Dalam 2 bulan tu, confirm ada demam teruk selsema teruk. Tapi, bila lepas mengamalkan vitamin C. Memang jaranglah nak demam mahupun selsema. Vitamin C ini memainkan peranan dalam hal berkaitan dengan system imun badan kita, jadi bila kekurangan vitamin C ini boleh menyebabkan kita untuk jatuh sakit.
Bila Waktu Terbaik Makan Vitamin C
Bila Waktu Terbaik Makan Vitamin C?
Dulu awal-awal aku berkecimpung dalam mengambil vitamin C ini, aku pun dilemma, nak makan sebelah malam ataupun sebelah pagi. Nak makan sebelum makan atau selepas makan? Untuk aku lah, aku akan makan sebelah malam. Sebelum nak tidur. Kenapa begitu? Tahu tak, base on my reading on internet. Vitamin C ini boleh menyebabkan badan gemuk. Sebab apa pulak tu? Vitamin C ini dapat meningkatkan selera makan kita dan membuatkan kita selalu rasa lapar. Hahaha. Sebab ada member aku, dia tanya, tak gemuk ke makan vitamin C? haha. Rupanya, memang pun badan aku mudah naik. Sebab awal-awal aku consume vitamin C ini, aku makan sebelah pagi dengan harapan waktu pagi badan lebih cepat meresap vitamin yang kita makan.
Bila tahu effect vitamin C ini boleh meningkatkan selera makan, aku pun, makan sebelah malam. Memang, aku makan waktu pagi kan, selera makan aku membuak buak. Badan cepat naik. Lepas kena tegur dengan member, barulah aku tukar. Makan vitamin C waktu malam sebelum tidur. So, dalam tidur takdelah selera kau membuak nak makan. Sebab kau focus nak tidur kan.
Jadi, kalau what if aku nak jugak makan waktu pagi? Boleh je makan waktu pagi. Selepas makan pagi atau sebelum? Its depend dengan korang punya perut. Tapi seeloknya, makan vitamin C tu selepas makan pagi untuk alas perut. Ada certain suplimen Vitamin C ni agak berasid sikit, jadi tak baik lah untuk perut kalau makan macam tu je kan.
Terima Kasih. Kerana sudi membaca postingan saya yang panjang ini. Banyak yang saya taip ini adalah testimoni daripada saya sendiri. Saya pengamal vitamin C Shaklee ini dari tahun 2017 lagi. Tapi, tahun 2020 barulah consisten makan, sebab nak kuatkan imun badan elak virus-virus bahaya seperti covid.
Sebarang soalan berkenaan vitamin C ini bolehlah diajukan di ruangan comment di bawah ya. terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.amerjaya.com/2021/02/vitamin-c-shaklee-kebaikan-maanfaat-waktu%20terbaik-.html