Kebaikan Tidur Sekejap Lunch Hour



Ramai beranggapan tidur sebentar pada waktu siang adalah tabiat buruk atau dikaitkan dengan sikap malas, sedangkan tabiat lelapkan mata seketika iaitu sekitar 15 minit hingga ke 30 minit boleh mengembalikan kecergasan jasmani dan mental sebelum menyambung semula rutin harian.

National Sleep Foundation Amerika Syarikat menggalakkan amalan tidur sedemikian yang dipraktikkan beberapa tokoh negara itu seperti John F Kennedy, Ronald Reagan, Albert Einstein, Thomas Edison dan George W Bush selain Napoleon.
Organisasi berkenaan menyarankan tidur bagi tempoh singkat pada waktu siang kerana ia membantu mempertingkatkan mood baik, fokus dan prestasi harian individu berkenaan.

Meskipun dalam kajian saintifik menyenaraikan manusia tergolong dalam kumpulan mamalia yang mengamalkan pola tidur monofasa iaitu hanya tidur pada sebelah malam berbanding beberapa kali tempoh lelap yang menjadi amalan 85 peratus spesies mamalia lain.

Namun, melihat pada situasi hari ini iaitu gaya hidup masyarakat yang kian sibuk membuatkan kualiti tidur terjejas hingga mempengaruhi kesihatan dan prestasi harian mereka.

Malah, sebilangan besar individu mempunyai dua hingga tiga pekerjaan sehari selain mereka terbabit dalam industri berat ataupun tempoh bekerja lebih sembilan jam.

Maka, dengan memperuntukkan masa untuk tidur sekejap itu, mereka dapat mengelak risiko kemalangan akibat keletihan atau tidur tidak mencukupi.

Kebelakangan ini, makin banyak berlaku kes kemalangan disebabkan mangsa terlelap seketika sewaktu bekerja atau memandu. Keadaan ini dipanggil ‘tidur mikro’ dan ia biasanya berlaku pada orang yang memandu dalam jarak jauh, ditambah faktor lain seperti waktu pemanduan, keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu, bentuk dan permukaan jalan raya serta keadaan cuaca boleh mengundang rasa mengantuk.

Keadaan ketika itu juga dipanggil ‘shut down’ kerana segala input daripada deria penglihatan dan pende­ngaran sudah tidak dapat diproses otak meskipun dalam keadaan mata terbuka.

Malah sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr S Ravih pernah menerangkan kepada Bernama mengenai tidur mikro boleh terjadi tanpa amaran dan antara penyebab sering berlakunya kemalangan di jalan raya kerana apabila badan keletihan, otak akan tertidur selama beberapa saat, walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng.

“Jangan paksa diri untuk terus memandu dalam ke­adaan badan letih dan mata mengantuk. Berhentilah di mana-mana tempat selamat dan lelapkan mata sebentar. Lima minit pun cukup atau berhenti setiap dua atau tiga jam jika pemanduan jarak jauh,” katanya.
Justeru amalan tidur seketika pada waktu siang boleh memberi manfaat kepada kualiti hidup pengamalnya.

Dalam kajian dijalankan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) terhadap juruterbang tentera yang mengantuk dan angkasawan, mendapati bahawa tidur selama 40 minit mempertingkatkan prestasi sebanyak 34 peratus selain daya fokus sehingga 100 peratus.


Beberapa tip dapat tidur siang yang berkualiti

Tidur singkat biasa­nya disyorkan 20 hingga 30 minit. Tidur dalam tempoh ini mengelakkan rasa pening dan pada masa sama tidak mengganggu tidur malam anda.

Pastikan tempat tidur selesa dan menenangkan.

Ini merujuk ruang yang tidak bising selain tidak terlalu terang.

Pastikan tempoh anda tidur itu tidak terlalu awal ataupun terlalu lewat kerana dikhuatiri menjejaskan kualiti tidur yang sihat.


Amalan tidur singkat boleh dibezakan kepada tiga jenis iaitu

Tidur Singkat Terancang - yakni menutup mata sebelum rasa mengantuk. Teknik ini biasanya diguna apabila individu berkenaan perlu bangun lebih awal daripada kebiasaan dan biasa­nya untuk elak rasa letih pada tempoh berikutnya.

Tidur Singkat Kecemasan - biasanya terjadi apabila individu tiba-tiba rasa keletihan keterlaluan dan tidak dapat meneruskan aktiviti yang sedang dilakukan ketika itu. Biasanya sering dilakukan pemandu dalam perjalanan jauh atau mereka yang bekerja dalam syif atau industri berat termasuklah ketika mengendalikan mesin berbahaya.

Tabiat Tidur Singkat - ­biasanya individu yang kerap lelap pada waktu sama setiap hari. Contohnya, kanak-kanak yang masih kecil tidur pada waktu tengah hari atau golongan dewasa yang lelap seketika selepas menikmati makan tengah hari.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://blogpetua.blogspot.com/2019/06/ramai-beranggapan-tidur-sebentar-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mainan Hp Saat Sedang Dicharge Pria Ini Ditemukan Tewas Tersetrum Di Tempat Tidur

Mainan Hp Saat Sedang Dicharge Pria Ini Ditemukan Tewas Tersetrum Di Tempat Tidur

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 339 hits
Kejadian tragis baru saja dialami seorang pria berusia 22 tahun asal Thailand Pada tanggal 26 Mei lalu pria ini ditemukan tewas di tempat tidurnya dengan tangan masih memegang HP Melansir dari laman World of Buzz kejadian ini pertama diketa...
Nak Anak Sihat Dan Tak Buat Perangai Tidur Anak Kena Cukup 5 Tanda Anak Kita Tak Cukup Tidur

Nak Anak Sihat Dan Tak Buat Perangai Tidur Anak Kena Cukup 5 Tanda Anak Kita Tak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 560 hits
Musim perayaan yang bakal menjelang tak berapa hari lagi ini mama pastinya sibuk dengan pelbagai hal Ketika sibuk di dapur dan melayan tetamu anak janganlah diabaikan Mulalah buat perangai dan memberontak sepanjang masa Mama papa kenalah ju...
Bahaya Tidur Dengan Bayi Bantal Selimut Penyebab Kematian Mengejut

Bahaya Tidur Dengan Bayi Bantal Selimut Penyebab Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 350 hits
Amalan tidur bersama bayi harus dilakukan dengan kaedah yang betul jika tidak ia berbahaya kepada bayi Kematian bayi yang mengejut berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur Ia jug...
Jadi Pocong Untuk Takuti Warga 2 Remaja Depok Dihukum Tidur Di Kuburan

Jadi Pocong Untuk Takuti Warga 2 Remaja Depok Dihukum Tidur Di Kuburan

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 548 hits
Namanya remaja memang ada ada saja kelakuannya Seperti dua remaja di daerah Sukmajaya Depok Jawa Barat ini Mereka menyamar menjadi pocong Maksud hati ingin lucu lucuan dengan berdandan seperti pocong dan menakuti orang dua remaja ini malah ...
Surah Taha Ar Rahman Peneman Tidur Bekas Isteri Pu Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati

Surah Taha Ar Rahman Peneman Tidur Bekas Isteri Pu Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 418 hits
Bulan lalu viral kisah pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung Ternyata ia telah mengundang kemarahan orang ramai dan ramai menyalahkan pendakwah berkenaan Terpanggil untuk mendapatkan penjelasan lanjut satu sesi temubu...
Anak Yang Sering Tidur Siang Cenderung Lebih Pintar Dan Tak Memiliki Masalah Perilaku

Anak Yang Sering Tidur Siang Cenderung Lebih Pintar Dan Tak Memiliki Masalah Perilaku

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 245 hits
sebuah penelitian terbaru mengungkap bahwa tidur siang dapat meningkatkan mood dan performa anak anak Peneliti dari University of Pennsylvania dan University of California Irvine menemukan bahwa tidur siang dapat meningkatkan kebahagiaan da...
Doa Agar Mudah Tidur

Doa Agar Mudah Tidur

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 308 hits
Doa Agar Mudah TidurMohonlah kepada Allah untuk tidur nyenyak dan tenang Maksudnya Ya Allah telah malap bintang bintang dan telah tenang mata mata manusia dan Engkau maha berkuasa Wahai yang Maha Berkuasa lelapkanlah mataku dan tenangkanlah...
Lawak Aksi Tidur Yang Melampau

Lawak Aksi Tidur Yang Melampau

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 615 hits
Bayangkan anda menaiki komuter atau LRT mungkin untuk ker chowkit road Tun sambanthan tasik titiwangsa atau kemana mana yang anda mahukan Tetapi disebelah anda terdapat seorang insan sedang tidur dengan gaya yang melucukan seperti diatas Ap...
Sebab Kenapa Perempuan Selalu Kena Tindah Waktu Tidur

Sebab Kenapa Perempuan Selalu Kena Tindah Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 757 hits
Antara salah satu teori adalah hantu juga mempunyai nafsu Kalau lelaki kena tindih maknanya sama ada itu hantu kak limah atau hantu gay Dah nama pun hantu mestilah keadaan fizikal dia pun fleksibel juga Kalau korang ditindih hantu maknanya ...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal