Kebaikan Khasiat Dan Perbezaan Antara Matcha Dan Teh Hijau
Kebaikan, Khasiat dan Perbezaan antara Matcha dan Teh HijauKebaikan, Khasiat dan Perbezaan antara Matcha dan Teh Hijau | Matcha dan teh hijau mempunyai rasa, warna dan dihasilkan daripada pokok Camellia Sinesis yang sama.
Perbezaan antara matcha dengan teh hijau.
1. Secara fizikal
Kedua-duanya dihasilkan daripada tumbuhan yang sama, tapi hasil selepas diproses menjadikan matcha dan teh hijau berbeza. Matcha adalah serbuk halus, untuk membuat matcha daun teh difermentasi selama 20-30 hari sebelum dikeringkan dalam masa yang singkat supaya warna hijau daun tidak pudar. Kemudian ia dikisar menjadi serbuk halus. Sedangkan teh hijau secara mata kasar masih nampak kepingan halus daun teh yang dikeringkan. Sama seperti serbuk biasa yang ada dijual di pasaran.
2. Perbezaan warna
Warna matcha dan teh hijau juga berbeza, matcha lebih cenderung menghasilkan warna hijau yang lebih pekat berbanding teh hijau biasa. Teh hijau cenderung menghasilkan warna kuning kehijauan.
3. Rasa
Matcha dan teh hijau, kedua-duanya mempunyai rasa yang tersendiri apabila dibancuh dengan air panas. Namun matcha cenderung lebih creamy tekstur dan rasanya hampir sama dengan rumpai laut dan boleh dilihat dengan warna hijau segar dan tidak rasa pahit selepas meminumnya.
Teh hijau pula, selepas dibancuh ia lebih jernih sedikit hijau kekuningan. Sebaik menikmatinya, anda akan mendapatkan sensasi rasa segar yang ringan. Dan selepas meminumnya, anda akan merasa sedikit kelat dan pahit.
4. Cara pengambilan
Matcha boleh diambil dengan pelbagai cara berbanding teh hijau. Sebagai minuman matcha boleh dibancuh dengan air panas untuk dijadikan latte atau dicampur bersama susu dan untuk makanan, matcha boleh dicampur ke dalam adunan kuih, puding dan juga aiskrim. Sedangkan teh hijau hanya sesuai dinikmati sebagai minuman sahaja. Ia mesti dibancuh dengan air panas, kemudian dibiarkan teh larut hingga 3-4 minit sebelum ditapis dan dituang ke dalam cawan. Untuk menikmati rasa secara maksimun, ambilnya tanpa gula, madu atau pemanis lainnya.
5. Perbezaan harga
Teh hijau dijual dengan harga yang lebih murah dibandingkan dengan matcha, terutama jika membelinya dalam bentuk minuman. Selain itu matcha juga dijual dengan harga yang berbeza bergantung dengan kualitinya. Matcha untuk memasak biasanya lebih murah dibanding dengan matcha yang digunakan untuk upacara-upacara khusus.
Teh Hijau Terbaik Untuk Tenaga
Cinch Energy Tea Mix hasil adunan dari pelbagai jenis teh terpilih yang tinggi khasiatnya seperti Matcha Green Tea, Red Tea Extract, White Tea dan Rooibos Red Tea.
Kandungan gula yang rendah ( boleh diambil oleh pesakit diabetes )
Rendah kandungan kafein ( boleh jadi alternatif kepada penggemar kopi )
Dipek dalam bentuk sachet jadi mudah dibawa kemana-mana
Tiada perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan
Bebas gluten
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
Boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.uminazrah.com/2020/05/kebaikan-khasiat-dan-perbezaan-antara-matcha-teh-hijau.html