Kebaikan Buah Mengkudu Untuk Rawat Penyakit Jantung


Buah mengkudu juga dikenali dengan nama Morinda Citrifolia dalam bahasa Latin merupakan sepohon pokok yang bersaiz sederhana dan kebiasaannya tinggi pohon ini hanya mencapai antara tiga hingga 8 meter sahaja. Khasiat yang ada pada buah mengkudu ini telah lama diketahui sejak dahulu lagi dalam mengubati pelbagai penyakit dan membantu penjagaan kesihatan yang baik untuk semua lapisan umur masyarakat.
Keistimewaan buah ini adalah rupanya yang unik iaitu berkerutu dan seperti berbiji dan mempunyai sejenis bauan yang kuat seperti makanan yang sudah rosak, ini yang menyebabkan tidak ramai yang rela mencuba dan mengamalkan buah ini sebagai penawar kepada sebarang penyakit.
Walaupun baunya agak kuat dan kurang menyenangkan, buah mengkudu mengandungi pelbagai nutrient dan kebaikan tersendiri dalam membantu menjaga kesihatan kita seperti vitamin, zat seperti xeronine, proxeronine, steroid semula jadi, alizarin, sodium, dan sebagainya. Buah mengkudu juga mengandungi scopoletin berfungsi sebagai anti-bakteria dan anti-radang kepada tubuh badan kita.
Dalam merawat penyakit hipertensi, anti-radang yang ada pada buah mengkudu bertindak dalam menurunkan tekanan darah secara berkesan dan selamat untuk diamalkan. Ini kerana, tekanan darah tinggi berpunca daripada saluran darah yang sempit. Justeru, buah mengkudu mengandungi bahan yang mampu membantu melebarkan saluran darah menjadi sedia kala dan tekanan akan berkurangan sekaligus menurunkan tekanan darah.
Antara simptom kesakitan yang boleh dirawat dengan mengamalkan buah mengkudu adalah tekanan darah tinggi, masalah haid untuk kaum wanita, mampu menjadi ubat ‘pain killer’ semula jadi, dan menyembuhkan penyakit jantung.
Dalam merawat penyakit jantung, buah mengkudu mempunyai 1001 kebaikannya tersendiri. Penyakit ini antara salah satu penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu dalam kalangan masyarakat walau di mana berada. Penyakit Jantung akan menyerang apabila terjadinya penyempitan pada dinding atau saluran darah akibat pemendapan dan pengumpulan kolestrol dan lemak yang menyukarkan pengaliran darah masuk ke dalam jantung untuk dipam ke seluruh tubuh badan.
Amalan pemakanan yang tidak menentu, gaya pemakanan yang tidak sihat dan sentiasa mengalami tekanan adalah punca utama wujudnya penyakit jantung pada seseorang. Penghidap penyakit jantung akan menunjukkan beberapa gejala seperti kesakitan yang melampau didada, terutama dibahagian tengah dan melarat ke kawasan belakang tubuh. Ia akan berlaku apabila pesakit melakukan aktiviti fizikal sehingga tiada waktu yang mencukupi untuk berehat.
Buah mengkudu mempunyai kebaikan tersendiri dalam usaha merawat penyakit jantung. Beberapa kebaikan yang boleh anda temui dalam penggunaan buah mengkudu sebagai penawar semula jadi untuk menyihatkan tubuh badan anda. Khasiat daripada buah mengkudu dapat diperolehi dengan menjadikan jus mengkudu.

Terdapat beberapa kebaikan buah mengkudu yang anda bakal perolehi dalam merawat penyakit jantung. Antara kebaikannya ialah buah mengkudu sebagai sumber anti-oksida semula jadi, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesihatan jantung serta menurunkan tekanan darah tinggi menjadi stabil.
Sumber Anti-oksida Semula Jadi Akibat kekurangan vitamin dalam badan, ia akan menyumbang kepada toksik dan menjadikan ia sebagai radikal bebas dalam badan. Peredaran radikal bebas dalam badan berpunca daripada tekanan perasaan dan pencemaran yang berlaku disekeliling. Pembebasan radikal bebas secara berlebihan akan menyebabkan sistem imunisasi badan menjadi lemah.
Oleh itu, ia akan menjurus kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser. Justeru, anda disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang tinggi dengan kandungan anti-oksidan semula jadi terutama sekali buah mengkudu. Buah mengkudu diperkaya dengan kadar anti-oksidan yang tinggi berbanding buah-buahan lain seperti buah epal dan anggur.
Melancarkan peredaran darah Terdapat beberapa kajian telah membuktikan bahawa buah mengkudu mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kesihatan. Antaranya ialah asid amino tryptophan dan vitamin B kompleks iaitu vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6 dan vitamin B12 yang berupaya menurunkan tekanan darah tinggi menjadi normal kembali. Ia adalah sebab utama kepada penyakit jantung dan pelbagai penyakit kronik.
Bagi melihat keberkesanan dalam pengambilan buah mengkudu, anda memerlukan tahap kesabaran dan mengamalkannya secara konsisten dalam membantu menurunkan tekanan darah. Pengambilannya juga perlu dijaga dan kuantiti yang dimakan haruslah betul supaya sistem peredaran darah menjadi lancar dan lebih baik daripada sebelumnya.
Pesakit jantung sangatlah digalakkan untuk mengamalkan pengambilan buah mengkudu sebagai penawar secara konsisten dalam memastikan keberkesanannya dalam merawat dan mencegah penyakit jantung.
Meningkatkan kesihatan jantung Selain daripada melancarkan peredaran darah, buah mengkudu juga mampu meningkatkan kesihatan jantung secara menyeluruh. Lebih tepat, ia akan menjadikan jantung anda lebih sihat dan anda dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa gangguan.
Ia mampu menjadikan otot-otot dalam saluran darah dan jantung lebih rileks dalam melaksanakan tugasan mengepam darah keseluruh tubuh dengan lebih baik dan sempurna. Dalam menjaga jantung, ia juga dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan mengawalnya supaya tidak berlebihan hingga menyebabkan berlaku mendapan pada dinding saluran darah.
Menurunkan tekanan darah tinggi menjadi stabil Bagi anda yang menghidapi tekanan darah tinggi atau rendah, anda disarankan untuk mengambil buah mengkudu sebagai ubat semula jadi. Cara penyediaannya mudah, anda boleh makan buah mengkudu terus dengan hanya mengupas kulitnya terlebih dahulu dan makan begitu sahaja atau anda boleh rebus buah mengkudu menjadi lembut dan makan begitu sahaja.
Kandungan xeronine dalam buah mengkudu mempunyai manfaat yang baik dalam mengawal tekanan darah untuk kembali stabil dan normal seperti sedia kala. Kandungan scopoletin fitonutrien pula berupaya menggembangkan saluran darah yang telah sempit bagi memastikan paras tekanan darah kembali stabil dan tidak bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh tubuh anda.
Manfaat dalam nutrisi Manfaat buah mengkudu dalam membekalkan nutrisi yang lengkap kepada tubuh badan anda. Nutrisi yang anda boleh perolehi dalam buah mengkudu ialah protein, vitamin dan mineral penting. Selain itu, kandungan selenium yang ada dalam buah mengkudu merupakan ejen anti-oksidan terbaik dan semula jadi yang baik untuk kesihatan anda.
Kandungan Terpenoid dalam mengkudu amat berguna dalam membantu proses sintesis organik dan berupaya memperbaiki sel-sel dalam badan anda. Ia juga terkandung ejen anti-bakteria yang baik, di mana ejen aktif yang ada dalam mengkudu mampu membuuh bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan seperti jangkitan Pseudomonas aeruginosa, Staphylococcus aureus, dan Protant morganii, Escherichia coli serta Bacillus subtilis.
Sifat anti-bateria pada buah mengkudu juga amat berguna dalam mengawal bateria patogen (Bakteria yang mematikan sel) seperti S. typhi, Salmonella montivideo, dan S. scotmuelleri. Buah mengkudu juga mempunyai kandungan anti-kanser yang mana ia sangat berkesan menghapuskan sel-sel yang tidak normal dalam tubuh badan anda.
Cara mudah penyediaan Jus Mengkudu Penyediaan jus mengkudu dengan menggunakan buah mengkudu muda. Campurkan buah mengkudu dengan air masak secukupnya ke dalam pengisar, kemudian kisarkan bahan tersebut sehingga lumat. Untuk mengurangkan bau dan rasa yang tidak menyenangkan, anda boleh menambahkan madu ke dalam jus tersebut.

Amalkan minuman ini setiap hari sebagai sajian sarapan pagi. Sebaiknya 30 minit sebelum anda mengambil makanan yang lebih berat. Jika anda lakukan secara konsisten, penyakit jantung anda akan berkurangan dan kesihatan akan bertambah baik. Ramuan ini berupaya membantu anda membersihkan mendapan lemak dalam saluran darah yang menjadi punca kepada serangan jantung.
Ia akan membantu jantung untuk kembali berfungsi dengan baik tanpa memaksa jantung anda untuk bekerja lebih keras dalam menyalurkan darah ke seluruh tubuh. Selain itu, buah mengkudu mampu mengatasi penyerapan, pembentukan dan penghasilan lemak dalam tubuh badan.
Kaedah lain penyediaan buah mengkudu adalah dengan cara potong halus buah mengkudu ranum (telah masak dan tua) yang dicampurkan bersama air masak dan halia. Kemudian, perahkan campuran tersebut dan amalkan minuman setiap hari. Minuman ini dapat membantu pembuangan kolestrol berlebihan dalam badan yang menjadi punca utama kepada penyakit jantung.
Selain penyakit jantung, buah mengkudu dapat menyembuhkan penyakit jaundice (demam kuning), penyakit buah pinggang, radang paru-paru dan penyakit batu karang. Dengan kandungan scopoletin terdapat dalam mengkudu, ia mampu menstabilkan tekanan darah dan kolestrol yang baik untuk jantung.
Jika tekanan darah adalah normal, jantung akan berfungsi secara normal. Namun, jika tekanan darah adalah tinggi dan tidak stabil, jantung juga tidak akan berfungsi dengan baik dan bekerja keras untuk menyalurkan darah keseluruhan tubuh badan. Bagi pencegahan penyakit secara sihat dan semula jadi, amalkan buah mengkudu secara teratur dan dalam kadar yang berpatutan.
Kajian berkaitan buah mengkudu Satu penyelidikan telah dijalankan, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat lebih kurang 61 jenis bahan berkhasiat terkandung dalam buah mengkudu. Ia berfungsi dengan sangat aktif dan misteri. Misalnya, sesetengah sebatian dalam mengkudu berupaya merawat beberapa penyakit tertentu dan memainkan peranan yang besar dalam memberi sumbangan terbaik kepada tubuh badan dengan sokongan daripada sebatian lain yang wujud didalamnya.
Oleh kerana itu, tahap keberkesanan dalam penggunaannya adalah berbeza berbanding mengamalkan jus buah mengkudu secara keseluruhan. Jika ia digunakan untuk tujuan merawat tekanan darah. Buah mengkudu berperanan dalam meningkatkan tekanan darah rendah malahan berupaya menurunkan tekanan darah tinggi menjadi kembali stabil dan pada paras normal.
Keberkesanan ini tidak akan dilihat jika anda mengamalkan buah mengkudu yang telah dijadikan ekstrak atau serbuk. Menurut Dr. Mona Harrison; penyelidik dari Fakulti Perubatan Universiti Bolton, beliau berpendapat bahawa penggunaan jus buah mengkudu dapat membantu membekalkan hormon xeronine kepada tubuh badan.
Hormon xeronine yang terkandung dalam jus buah mengkudu ini berfungsi secara kontradiktif dimana bagi penghidap tekanan darah tinggi, xeronin menurunkan tekanan darah menjadi normal, manakala bagi penghidap tekanan darah rendah, buah mengkudu mampu meningkatkan tekanan darah. Dengan erti kata lain, jus mengkudu berfungsi sebagai adaptogen yang mengimbangi fungsi sel-sel badan.

Kesimpulannya, kebaikan yang ada pada buah mengkudu sangat berguna dan memberi 1001 manfaat yang baik kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Walaupun rupa tidak enak dipandang dan bau yang kurang menyenangkan. Ia mempunyai banyak khasiat yang jarang orang ketahui. Amalkan buah ini untuk menjaga kesihatan jantung anda dan mengelakkan diri daripada serangan penyakit jantung yang kronik.
Sayangi jantung anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan carta pemakanan yang berkhasiat untuk tubuh badan anda. Merawat dengan menggunakan bahan semula jadi itu lebih baik daripada anda perlu bergantung hidup dengan bahan yang telah diproses dan terang-terang mengandungi bahan tambahan yang mungkin akan mendatangkan risiko yang lebih teruk untuk tubuh anda. Pahit-pahit buah atau ulam itu lebih baik daripada pahit ubat-ubatan tau. Jom jaga jantung dengan baik dengan buah mengkudu!
 
The post Kebaikan Buah Mengkudu untuk Rawat Penyakit Jantung appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/uncategorized/kebaikan-buah-mengkudu-untuk-rawat-penyakit-jantung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Punca Utama Penyakit Kencing Manis Wajib Tahu Kalau Sayangkan Buah Pinggang

6 Punca Utama Penyakit Kencing Manis Wajib Tahu Kalau Sayangkan Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 747 hits
Penyakit Kencing Manis atau Diabetis boleh menyebabkan masalah buah pinggang tau Nak tau apa punca penyakit kencing manis Jom baca kat sini
Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

Punca Penyakit Buah Pinggang Kronik Dan Pendedahan Mengejutkan Oleh Pakar Mengapa Wanita Lebih Cenderung Menghidapinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 594 hits
Anda seorang wanita Tahukah anda wanita lebih cenderung menghidap penyakit buah pinggang kronik Statistik Penyakit Buah Pinggang Kronik di MalaysiaMenurut Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia seramai 600 000 kematian di kalan...
Penyakit Kerosakan Buah Pinggang Dan Puncanya

Penyakit Kerosakan Buah Pinggang Dan Puncanya

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 438 hits
Sakit mata memandang sakit lagi bahu memikul Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang Di tebuk perut untuk Peritoneal dialysis Di operate utk AV Fistula Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesi...
Terapi Al Qur An Untuk Menyembuhkan Berbagai Penyakit

Terapi Al Qur An Untuk Menyembuhkan Berbagai Penyakit

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 369 hits
Oleh Fadhil ZA Ada tiga macam penyakit yang selalu menghantui kehidupan manusia didunia ini sejak dahulu sampai sekarang antara lain Penyakit Medis yaitu penyakit fisik yang diakibatkan oleh luka kecelakaan virus bakteri penyimpangan sel da...
Penyakit Ini Bakal Bisa Dideteksi Lewat Kecerdasan Buatan

Penyakit Ini Bakal Bisa Dideteksi Lewat Kecerdasan Buatan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 303 hits
Kecerdasan buatan tengah menjadi pembahasan menarik di kalangan pegiat teknologi Sebab dengan teknologi baru ini akan banyak manfaat yang didapatkan dari penerapan kecerdasan buatan ini
Kusta Atau Leprosi Penyakit Purba Yang Muncul Kembali

Kusta Atau Leprosi Penyakit Purba Yang Muncul Kembali

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 307 hits
Oleh Dr Nurjasmine Aida Jamani Pakar Perubatan Keluarga Pensyarah Perubatan IIUM Pernahkah anda mendengar tentang leprosi Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit kusta yang sememangnya telah lama dibasmi di negara kita Penyakit purba in...
Hoarding Disorder Penyakit Menyimpan Barang

Hoarding Disorder Penyakit Menyimpan Barang

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 828 hits
Ini antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang menjual atau melepaskan apa apa barang miliknya walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya Mungkin...
Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati

Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 363 hits
Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati Ustaz Kazim Elias 2018 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam B...
Jaga Mulut Gigi Anak Sejak Kecil Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik

Jaga Mulut Gigi Anak Sejak Kecil Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 480 hits
Siapa kata penjagaan mulut dan gigi anak kurang penting untuk mama papa fikirkan Masalah mulut dan gigi sebenarnya jika tidak dibendung sejak kecil akan mendedahkan anak anak dengan risiko penyakit kronik Ya ini bukan main main Menurut Dokt...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025