Keahlian Tun M Terhenti Secara Undang Undang Bukan Dipecat Hamzah Zainuddin



Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin  hari ini tampil mempertahankan keputusan parti memberhentikan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen parti yang lain, semalam.

Katanya, mereka bukan dipecat daripada Bersatu tetapi secara undang-undang keahlian kelima-lima mereka terhenti kerana bersama dengan blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

“Saya ingin tegaskan bahawa kelima-lima mereka tidak dipecat daripada parti, tetapi keahlian mereka telah terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.

“Ini adalah berlandaskan perlembagaan parti kerana kepentingan parti adalah lebih utama dari mana-mana individu.


“Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri,” katanya membaca teks yang disediakan dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Hamzah lagi antara aduan  yang telah diterima mengenai salah laku mereka, antara lain adalah seperti:

1. YB Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan untuk masih bersama-sama dengan Pakatan Harapan sebaik sahaja Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk dibawah kepimpinan Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. YB Tun Dr. Mahathir pada 4 Mei telah pun membuat kenyataan bersama dengan ketua-ketua parti Pakatan Harapan mendesak supaya Sidang Parlimen dilanjutkan.

3. YB Tun Dr. Mahathir telah pun mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik dengan sahnya oleh YDPA.

4. YB Tun Dr. Mahathir pada 18 Mei juga mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan dengan membuat pengumuman untuk terus berusaha menjatuhkan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam hal ini, Tan Sri Megat Najimuddin sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin telah memaklumkan kepada saya sebagai Setiausaha Agung bahawa perkara di atas tidak lagi relevan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin apabila kedudukan keahlian mereka terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3. katanya lagi

Mengulas mengenai tindakan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan katanya keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan telah pun diputuskan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Februari, yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri.

” Pengumuman keputusan MPT telah diumumkan oleh Tan Sri Presiden, sebagai Pemangku Pengerusi pada 24 Februari selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya pada hari yang sama.”

Mengulas mengenai kedudukan Setiausaha Agung pula katanya Sebagai Pemangku Pengerusi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun memberhentikan YB Senator Datuk Wira Hj. Marzuki Yahya melalui notis yang bertarikh 18 Mac berkuatkuasa serta-merta.

Selanjutnya pada 26 Mac, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik saya sebagai Setiausaha Agung yang baharu menggantikan YB Senator Datuk Wira Marzuki Yahya.

Dengan perlantikan ini, semua arahan atau kenyataan yang dikeluarkan YB Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah serta merupakan satu salah guna kedudukan.

Sidang media itu diadakan lebih kurang sejam selepas Dr Mahathir mengadakan sidang media di bangunan sama menegaskan pemberhentiannya tidak sah dan beliau masih lagi pengerusi dan ahli Bersatu.

29052020 KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG BERSATU

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/keahlian-tun-m-terhenti-secara-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Tun M Dan 4 Ahli Parlimen Tidak Dipecat Hamzah Zainuddi

Terkini Tun M Dan 4 Ahli Parlimen Tidak Dipecat Hamzah Zainuddi

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1676 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti kerana melanggar perlembagaan parti Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zai...
Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1023 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkuatkuasa serta merta Selain Dr Mahathir turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir Datuk Amiruddin Hamzah Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed ...
Tun M Mukhriz Syed Saddiq Maszlee Dan Amiruddin Dipecat Keahlian Bersatu

Tun M Mukhriz Syed Saddiq Maszlee Dan Amiruddin Dipecat Keahlian Bersatu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 867 hits
Lima barisan pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU terhenti keahlian mereka berkuatkuasa serta merta Ia membabitkan Pengerusi BERSATU yang juga mantan Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad Mantan Menteri Besar Ked...
Saya Lakukan Apa Yang Mahathir Mahu Hamzah Zainuddin

Saya Lakukan Apa Yang Mahathir Mahu Hamzah Zainuddin

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 325 hits
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang memihak kepada Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harap...
Mesyuarat Mpt Ppbm Sah Keahlian Dr M Terhenti Muktamad Sertai Pn

Mesyuarat Mpt Ppbm Sah Keahlian Dr M Terhenti Muktamad Sertai Pn

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 354 hits
June 5 2020 11 09 AMPETALING JAYA Mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PPBM semalam mengesahkan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan 4 pemimpin lain terhenti serta merta menurut perlembagaan parti itu Tafsiran MPT berhubung terhentinya keahlian ...
Tun Dr Mahathir Dipecat Dari Parti Bersatu

Tun Dr Mahathir Dipecat Dari Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 591 hits
SHAH ALAM Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada parti itu serta merta hari ini Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan parti itu selain Dr Mahatir yang juga...
Tun M Dipecat Seperti Najib Pecat Muhyididn

Tun M Dipecat Seperti Najib Pecat Muhyididn

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 327 hits
A Kadir Jasin ULASAN Daripada zaman kleptokrasi dan autokrasi Umno BN kita kini memasuki era perampas kuasa yang berciri diktator Muhyiddin Mohd Yassin melakukan ke atas Dr Mahathir Mohamad sebiji apa yang Mohd Najib Abdul Razak lakukan kep...
Hamzah Zainuddin Dedah Yang Minta Dan Desak Mencari Jalan Meninggalkan Ph Adalah Mahathir Sendiri

Hamzah Zainuddin Dedah Yang Minta Dan Desak Mencari Jalan Meninggalkan Ph Adalah Mahathir Sendiri

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 524 hits
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang memihak kepada Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah berulang kali meminta pemimpin parti itu supaya mencari jalan meninggalkan Pakatan Harap...
Keahlian Dr M Mukhriz Dan 3 Yang Lain Dalam Bersatu Terhenti Serta Merta

Keahlian Dr M Mukhriz Dan 3 Yang Lain Dalam Bersatu Terhenti Serta Merta

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 482 hits
Keahlian Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan Dr Mahathir Mohamad Timbalan Presidennya Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain terhenti serta merta daripada parti itu hari ini Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini kelima lima mereka dihen...
Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Sepanyol Ugut Boikot Piala Dunia 2026 Jika Israel Layak

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls

Dasar Kecuali Bayaran Balik Pinjaman Kekal Kuat Kuasa Jelas Ptptn

Ultimate Gravy Recipe No Beef


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Pitch Your Startup To Investors

Nasi Goreng Daging Salai

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Gaji Cleaner Rm13k Saya Menangis Dengan Gaji Rm2k Iklan Kerja Di Singapura Buat Rakyat Malaysia Tergamam