Keadilan Sarawak Gesa Gps Tarik Sokongan Dari Pn


 



Kenyataan Istana Negara semalam yang membidas tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendahului Yang di-Pertuan Agong dalam memansuhkan Ordinan Darurat sepatutnya menjadi titik nokhtah kepada rakan-rakan politik dalam PN untuk menghentikan kerjasama dengan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin





Sehubungan itu, KEADILAN Sarawak menggesa agar Gabungan Parti Sarawak (GPS) - salah satu sekutu PN - menarik balik sokongan kepada PM Mahiaddin.





Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, tindakan berkenaan perlu dilakukan agar tidak mencemar maruah GPS dan Kerajaan Negeri Sawarak yang dituduh bersubahat menderhaka kepada Agong.





"Dengan perkembangan terbaharu ini menunjukkan PN telah melakukan perbuatan membelakangkan semangat Perlembagaan Persekutuan atau secara spesifik telah menderhaka kepada titah Tuanku Agong.





"Maka KEADILAN Sarawak menggesa agar GPS untuk menarik balik sokongan kepada Kerajaan PN berkuatkuasa serta merta, jika tidak ingin terpalit atau dilihat bersekongkol dengan perbuatan menderhaka kepada Tuanku YDPA," kata kenyataan tersebut.





Selain itu, Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, kata Abun, turut menyokong kenyataan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mencadangkan PM Tan Sri Mahiaddin meletak jawatan dan satu langkah diambil untuk mengangkat Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM baharu.





"KEADILAN Sarawak menyokong penuh kenyataan media Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang mendesak Tan Sri Mahiaddin meletak jawatan segera dan digantikan oleh Datuk Seri Anwar, Presiden Parti Keadilan Rakyat," katanya.





Selain itu, KEADILAN Sarawak juga menyatakan rasa syukur di atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda di atas teguran terhadap pentadbiran PM Mahiaddin yang secara semberono melanggar Perlembagaan dan menyalahgunakan kuasa.





"KEADILAN Sarawak sangat bersyukur di atas kebenaran yang dinyatakan di dalam kenyataan media Istana Negara yang sekurang-kurangnya menjernihkan polemik krisis Perlembagaan berkaitan Perkara 150 Perlembagaan





"Kenyataan Media Istana Negara juga telah membuktikan bahawa pihak pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar adalah tepat dan di pihak yang benar bahawa Ordinan-Ordinan Darurat yang dikatakan telah dibatalkan pada 21.07.2021 sebelum ini sememangnya belum diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi.





Semalam, kenyataan media Istana Negara membidas tindakan kabinet PN serta Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan yang mendahului Agong dalam memutuskan serta mengumumkan Ordinan Darurat dimansuhkan pada 21 Julai.





Sedangkan dalam majlis mengadap Agong secara maya pada 24 Julai, Baginda menitahkan agar ordinan tersebut dibawa ke Parlimen untuk proses pengungkaian.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/keadilan-sarawak-gesa-gps-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gps Seharusnya Tarik Sokongan Dari Kerajaan Pn

Gps Seharusnya Tarik Sokongan Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 224 hits
Kenyataan Istana Negara semalam yang membidas tindakan kerajaan Perikatan Nasional mendahului Yang di Pertuan Agong dalam memansuhkan Ordinan Darurat sepatutnya menjadi titik nokhtah kepada rakan rakan politik dalam PN untuk menghentikan ke...
Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 283 hits
The ReporterUnited Malays National Organisation hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMN...
Umno Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Apa Seterusnya

Umno Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Apa Seterusnya

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 250 hits
suaramerdeka com4 8 2021SELEPAS UMNO melalui presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pelbagai persoalan timbul Antaranya apakah kerajaan hari ini tumbang Kerajaan ha...
Umno Tidak Akan Khianati Kerajaan Pn Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

Umno Tidak Akan Khianati Kerajaan Pn Zahidi Gesa Zahid Turut Tandatangan Surat Sokongan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan parti itu tidak akan sesekali mengkhianati kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan secara bersama Sehubungan itu beliau meminta seluruh ahli UMN...
Akuan Tarik Sokongan Pada Pm Telah Diserah Pada Agong Umno

Akuan Tarik Sokongan Pada Pm Telah Diserah Pada Agong Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 187 hits
Malaysiakini Umno telah menyerahkan surat akuan yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah...
Tidak Akan Sokong Pm Akuan Tarik Sokongan Sudah Dipersembah Kepada Agong

Tidak Akan Sokong Pm Akuan Tarik Sokongan Sudah Dipersembah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 136 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONMajlis Kerja Tertinggi Umno hari ini memutuskan untuk tidak lagi berpihak kepada kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan ...
Umno Tarik Sokongan Situasi Sekarang Hampir Sama Langkah Sheraton Penganalisis

Umno Tarik Sokongan Situasi Sekarang Hampir Sama Langkah Sheraton Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 178 hits
Awang Azman berkata dalam politik tidak ada satu lawan atau kawan yang kekal yang kekal hanyalah kepentingan Gambar Astro AWANIJelasnya langkah seterusnya yang boleh dijangka adalah campur tangan institusi raja di mana Yang di Pertuan Agong...
Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku

Perlis Tak Ada Airport Tapi Ada Flight