Keadaan Yang Disunatkan Untuk Sujud Syukur



SOALAN:
Saya sering melazimi sujud syukur setiap kali selepas solat. Hal ini adalah sebagai tanda saya berterima kasih kepada Allah yang masih mengizinkan saya untuk hidup di dalam iman dan islam. Namun begitu, saya ada terdengar bahawa tidak boleh melakukan sujud syukur kecuali ketika mendapat nikmat yang jarang-jarang berlaku sahaja. Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Firman Allah SWT:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُم وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengatakan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih”. (Surah Ibrahim: 7)

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah akan menambahkan nikmat bagi seseorang Mukmin sekiranya dia bersyukur dengan nikmat tersebut. Justeru, di antara cara untuk menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT ialah dengan melakukan sujud syukur. Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan kerana memperoleh sesuatu nikmat atau terselamat daripada sesuatu bencana. (Rujuk: Hasyiyah Qalyubi wa ‘Umairah, 1/208)

Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah R.A:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ
“Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.” [Riwayat Abu Daud (2774)]

Para ulama’ menyenaraikan beberapa keadaan yang disunatkan untuk melakukan sujud syukur. Di antaranya ialah:

1. Ketika mendapat sesuatu nikmat (هجوم نعمة)

Iaitu mendapat nikmat yang tidak disangka-sangka samada nikmat tersebut nikmat zahir (yang dapat dilihat dengan mata kasar) seperti mendapat anak atau kepulangan seseorang yang telah lama menghilang atau sembuh daripada sesuatu penyakit, ataupun nikmat batin (yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar) seperti memperoleh sesuatu ilmu atau kemuliaan dalam masyarakat.

Yang dimaksudkan dengan hujum al-ni'mah (mendapat sesuatu nikmat) ialah nikmat yang jarang-jarang berlaku, justeru keluar daripadanya nikmat kurniaan yang berterusan seperti mendapat kesihatan yang baik atau kekayaan kerana hal tersebut boleh menyebabkan kita berterusan dalam sujud sepanjang masa. Maka dalam keadaan tersebut (medapat nikmat berterusan) tidak disunatkan untuk melakukan sujud. (Rujuk: Busyra al-Karim Syarh Muqaddimah al-Hadhramiah, hlm. 336)

2. Ketika terselamat daripada bencana (اندفاع نقمة)

Iaitu terselamat daripada bencana zahir yang tidak disangka-sangka, seperti terselamat daripada runtuhan bangunan atau terselamat dari banjir besar atau dari suatu kemalangan atau malapetaka. (Rujuk: Busyra al-Karim Syarh Muqaddimah al-Hadhramiah, hlm. 337)

3. Ketika melihat orang yang fasiq (رؤية فاسق)

Iaitu ketika melihat orang fasiq yang mempamerkan kefasiqannya atau orang kafir atau orang yang merompak di pertengahan jalan, maka disunatkan untuk melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkannya daripada perkara tersebut. Hal ini kerana kefasiqan adalah suatu musibah di dalam agama sehingga Rasulullah SAW mengajarkan doa agar kita dijauhkan daripada musibah dalam urusan agama:

‎وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا
“Ya Allah janganlah engkau jadikan musibah yang menimpa kami dalam urusan agama kami dan jangan pula engkau jadikan (harta dan kemewahan) dunia sebagai cita-cita kami yang paling besar dan tujuan utama dari ilmu yang kami miliki.” [Riwayat al-Tirmidzi (3502)]

Dan disunatkan untuk menzahirkan perbuatan (sujud syukur) itu kepada orang yang fasiq supaya mudah-mudahan dia bertaubat, sekiranya hal tersebut aman daripada sebarang fitnah dan mudarat, adapun sekiranya tidak aman daripada fitnah atau terdedah kepada ancaman maka tidak disunatkan. (Rujuk: Busyra al-Karim Syarh Muqaddimah al-Hadhramiah, hlm. 337)

Seterusnya, sekiranya dia melihat ramai orang fasiq, maka cukuplah baginya untuk melakukan sekali sujud sahaja. (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal, 1/476).

4. Ketika melihat orang yang diuji dengan kesakitan (رؤية مبتلى)

Iaitu orang yang diuji dengan kesakitan pada tubuh badan atau akal fikiran maka disunatkan untuk melakukan sujud syukur kerana mengikut sunnah Nabi SAW yang melakukan sujud ketika melihat orang yang sakit sebagaimana hadith Nabi SAW:

أَنَّهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - سَجَدَ لِرُؤْيَةِ زَمِن
“Bahawasanya Rasululullah SAW telah bersujud ketika melihat orang yang sakit kerana penyakit zamin (sakit yang berpanjangan atau sakit kerana tua).” [Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak (1/276)]

Dan disunatkan untuk menyembunyikan (tidak menzahirkan) perbuatan (sujud syukur) itu di hadapan pesakit kerana hal itu boleh menyinggung perasaannya.

Selain itu, disunatkan bagi orang yang melihat mereka yang diuji dengan kesakitan membacakan doa sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Umar al-Khattab R.A:

الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاك به وفضّلني على كثير ممن خلق تفضيلا
“Segala puji bagi Allah yang telah mengafiatkan (melindungi) aku dari musibah yang kamu hadapi dan melebihkanku ke atas kebanyakan orang yang diberikan kelebihan.” [Riwayat al-Tirmidzi (3431)]

Para ulama’ mengatakan barangsiapa yang membaca doa ini maka dia tidak akan ditimpa bala atau penyakit tersebut selama mana dia hidup. (Rujuk: Busyra al-Karim Syarh Muqaddimah al-Hadhramiah, hlm. 338)

Justeru, berbalik kepada persoalan di atas, adalah boleh kita melakukan sujud syukur setiap kali selepas solat kerana mendapat nikmat berterusan?

Para ulama’ mazhab Syafie menyatakan bahawa disunatkan untuk melakukan sujud syukur ketika mendapat nikmat yang tidak disangka-sangka atau nikmat yang baru kunjung tiba sahaja. Justeru tidak disunatkan untuk melakukan sujud syukur ketika mendapat nikmat yang berterusan seperti nikmat kesihatan atau nikmat hidup di dalam iman dan islam atau nikmat menghirup udara setiap hari.

Berkata Imam Al-Nawawi: “Dan tidak disunatkan untuk bersujud ketika mendapat nikmat yang berterusan kerana nikmat tersebut tidak akan habis.” (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 4/68)

Berkata Imam Mustofa al-Suyuti: “Dan orang-orang yang berakal berasa bersyukur ketika terselamat daripada perkara bahaya atau malapetaka yang mendatang dan mereka tidak melakukannya (sujud syukur) setiap saat.” (Rujuk: Matholib Uli al-Nuha, 1/950)

Berkata Imam Ibnu Hajar al-Haitami: “Dan terkeluar daripada keadaan yang disunatkan untuk sujud syukur ketika mendapat nikmat ialah ketika mana mendapat nikmat yang berterusan kerana hal tersebut boleh membawa kepada menghabiskan umurnya di dalam sujud sepanjang waktu.” (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, 2/216)

Kesimpulan

Setelah meneliti perbahasan di atas, secara ringkasnya kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara:

• Hukum melakukan sujud syukur ialah disunatkan pada keadaan-keadaan tertentu seperti mendapat nikmat yang baru mendatang atau terselamat daripada bala atau ketika melihat orang yang fasiq, kafir atau seumpamanya atau ketika melihat orang yang diuji dengan kesakitan tubuh badan atau akal fikiran.

• Justeru, hukum melakukan sujud syukur adalah tidak disunatkan ketika mendapat nikmat yang berterusan seperti nikmat iman dan islam, nikmat kesihatan dan nikmat keselesaan hidup. Hal ini disebabkan nikmat tersebut tidak akan habis dan boleh menyebabkan seseorang menghabiskan umurnya dalam keadaan sentiasa bersujud. Oleh itu, tidak disunatkan melakukan sujud syukur kecuali ketika mendapat nikmat yang mendatang atau tidak disangka-sangka sahaja. Wallahu a’lam.

Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/keadaan-yang-disunatkan-untuk-sujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Sujud Syukur

Perlukah Sujud Syukur

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 342 hits
W FaudzinPerlu ke sujud syukur bila 1 Subahat rampas kerajaan ikut pintu belakang tanpa mandat rakyat 2 Bersekongkol jadi kerajaan pintu belakang dgn parti yg pernah dikenali dunia sbg kleptokrasi 3 Bersama dlm kerajaan pintu belakang yg di...
Muhyiddin Sujud Syukur Tadah Tangan Berdoa Selepas Dilantik Pm Ke 8

Muhyiddin Sujud Syukur Tadah Tangan Berdoa Selepas Dilantik Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 353 hits
Sejurus diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucupkan sujud syukur di atas pemilihannya Menerusi sebuah video yang berdurasi 0 26 saat Muhyiddin Yassin dilihat bersujud dan menadah tangan berdoa Beliau telah...
Cita Cita Jadi Polis Tercapai Tular Gambar Anak Hiba Sujud Kaki Ayah Si Penjual Sate

Cita Cita Jadi Polis Tercapai Tular Gambar Anak Hiba Sujud Kaki Ayah Si Penjual Sate

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 575 hits
Terharu berjaya mencapai cita cita menjadi seorang polis seorang anak bersujud syukur di kaki ayahnya yang selama ini telah banyak berkorban untuk mereka sekeluarga Detik mengharukan Mohammad Risky Saputra 19 bersama ayahnya Supriyadi sempa...
Lulus Jadi Polisi Kisah Anak Tukang Sate Sujud Dan Cium Kaki Bapak Depan Komandannya

Lulus Jadi Polisi Kisah Anak Tukang Sate Sujud Dan Cium Kaki Bapak Depan Komandannya

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 521 hits
Pemandangan tidak biasa terjadi di Baruga Polres Palu Senin Saat para siswa Sekolah Pendidikan Kepolisian Negara Labuan Panimba tengah melakukan kegiatan latihan kerja tiba tiba ada seorang lelaki paruh baya masuk Laki laki itu disambut seo...
13 Manfaat Sujud Bagi Kesehatan Tubuh Bantu Jaga Kondisi Jantung Dan Otak

13 Manfaat Sujud Bagi Kesehatan Tubuh Bantu Jaga Kondisi Jantung Dan Otak

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 284 hits
Sujud memiliki postur yang sekilas menyerupai gerakan yoga yakni child s pose Jika dalam sujud posisi tubuh menungging dengan meletakkan kedua tangan lutut ujung kaki dan dahi pada lantai
Hukum Mengangkat Kepala Kerana Sujud Di Atas Benda Tajam

Hukum Mengangkat Kepala Kerana Sujud Di Atas Benda Tajam

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 301 hits
SOALAN Apakah hukum sujud di atas benda tajam seperti batu atau selainnya Kebiasaannya kita akan terangkat kepala dan sujud di tempat yang lain pula Bukankah mengangkat kepala ketika sujud boleh membatalkan sembahyang JAWAPAN Sujud merupaka...
Dia Yang Kami Tunggu Dah Masuk 4 Bulan Rizman Syukur Allah Makbulkan Doanya

Dia Yang Kami Tunggu Dah Masuk 4 Bulan Rizman Syukur Allah Makbulkan Doanya

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 313 hits
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin mengumumkan bahawa isteri tercinta Nurida Suraya kini sedang hamil dan usia kandungannya sudah memasuki empat bulan Rizman yang merupakan sebahagian daripada empayar fesyen Rizman Ruzaini ternyata sangat...
Syukur Jadi Sebahagian Daripada Detik Bersejarah Zuraida

Syukur Jadi Sebahagian Daripada Detik Bersejarah Zuraida

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 181 hits
Zuraida Mohd NoorOleh Syazwana M ZohirKUALA TERENGGANU 5 Mac Ahli Dewan Undangan Negeri Wanita Zuraida Md Noor menzahirkan kesyukuran kerana ditakdirkan untuk menjadi sebahagian daripada parti yang terlibat dalam detik bersejarah politik ne...
Dua Hari Demam Tak Baik Baik Ibu Ini Cuba Cara Berurut Syukur Anak Sembuh Kembali Aktif

Dua Hari Demam Tak Baik Baik Ibu Ini Cuba Cara Berurut Syukur Anak Sembuh Kembali Aktif

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 333 hits
Bila anak anak demam mak dengan ayah memang tak senang duduk Ye lah tengok anak yang tak bermaya tak aktif macam biasa Makan dan minum susu pun kurang lagilah tambah risau dengan keadaan anak yang dijangkiti demam Ubat dah bagi tapi demam t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord