Hukum Mengangkat Kepala Kerana Sujud Di Atas Benda Tajam



SOALAN:
Apakah hukum sujud di atas benda tajam seperti batu atau selainnya? Kebiasaannya kita akan terangkat kepala dan sujud di tempat yang lain pula. Bukankah mengangkat kepala ketika sujud boleh membatalkan sembahyang?

JAWAPAN:
Sujud merupakan suatu perbuatan yang hanya dikhususkan untuk perbuatan ibadah kepada Allah SWT sahaja. Justeru, di dalam al-Quran kerap digunakan lafaz sujud dengan makna solat. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah al-Hajj: 77)

Definisi Sujud

Sujud dari segi bahasa ialah cenderung atau merendah diri. Manakala dari segi istilah pula ialah suatu perbuatan mengenakan sebahagian dahinya pada tempat sujud. (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 1/509)

Sujud adalah merupakan salah satu dari rukun fi’li (perbuatan) daripada rukun-rukun dalam solat. Bagi setiap rukun-rukun tersebut, terdapat syarat-syarat sahnya yang tersendiri. Berkenaan rukun sujud, kami membawakan beberapa hadith Nabi SAW yang menjadi istidlal mazhab Syafi’ie. Antaranya ialah:

إذا سجدت فمكن جبهتك ولا تنقر نقرا
“Apabila kamu sujud, tetapkanlah dahi kamu dan jangan lakukannya terlalu laju.” [Riwayat Ibnu Hibban (1884)]

Sabda Rasulullah SAW:

أمرت أن أسجد على سبعة أعظم , وعلى الجبهة , وأشار بيده على أنفه , واليدين واركبتين وأطراف القدمين
“Aku diperintahkan agar melakukan sujud dengan tujuh anggota sujud; yakni dahi (sambil menunjuk hidung), dua belah tangan, dua lutut dan hujung kedua tapak kaki.” [Riwayat Bukhari (779) dan Muslim (490)]

Dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafie, terdapat 7 syarat sah bagi sujud.

Hendaklah ia sujud diatas tujuh anggota.Hendaklah dahinya terbuka.Meletakkan kepala sekira-kira dahi menempel (ada tekanan) pada tempat sujud.Tidak ada niat lain selain sujud.Tidak sujud diatas barang yang bergerak dengan pergerakannya.Kedudukan punggung lebih tinggi dari kepala.Toma'ninah.
(Rujuk: Nail al-Raja’; 179; Fiqh Manhaji; 1/136)

Berdasarkan soalan di atas, ianya berkait dengan syarat sah sujud yang ke-7 iaitu toma'ninah. Toma'ninah dalam sujud bererti meletakkan dahi di tempat sujud dengan kadar sekira-kira dapat menyebut lafaz ‘subhanallah’. Ia berdasarkan hadith riwayat Ibnu Hibban yang telah disebutkan sebelum ini. Ia juga diambil berdasarkan hadith Nabi SAW:

...ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا، ثم ارفع حتى تطمئن جالسا، ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا...
“...Kemudian sujudlah hingga tetap dalam keadaan itu, kemudian bangunlah sehingga tetap keadaan duduk, kemudian sujudlah lagi sehingga tetap keadaannya (sujud)...” [Riwayat Bukhari (724) dan Muslim (397)]

Mengangkat Kepala Setelah Sujud

Sujud hendaklah dilakukan dengan meletakkan ketujuh-tujuh anggota sujud dengan kadar toma'ninah, namun anggota sujud iaitu dahi merupakan anggota yang perlu diberi perhatian. Hal ini kerana, sekiranya dahinya terhalang oleh sesuatu ia dapat membatalkan sujud seseorang. Begitu juga sekiranya dia mengangkat dahinya setelah sujud tanpa sebarang keuzuran. (Rujuk: Hasyiyah al-Baijuri; 1/350)

Hukum mengangkat kepala ketika sujud boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

Mengangkat kepala tanpa uzur syar’ie – hukumnya boleh membatalkan sujud dan solat secara mutlak.Mengangkat kepala dengan uzur syar’ie – Terdapat beberapa perincian:
Uzur syar’ie yang diiktibar syarak ialah seperti sujud di atas permukaan yang tajam, atau sujud di atas permukaan yang terlalu panas atau apa-apa permukaan yang dapat melukakan dan memberi mudarat kepada kepalanya, maka dibolehkan baginya untuk mengangkat dahinya dengan syarat sujudnya itu belum mencapai kadar toma'ninah. Sekiranya sujudnya itu telah mencapai kadar toma'ninah, maka sujudnya itu terbatal kerana dia telah menambah rukun baru iaitu sujud di dalam solatnya dengan sengaja. (Rujuk: Hasyiyah al-Baijuri; 1/350)

Berkata Syeikh Ibrahim al-Baijuri: “Sekiranya dia sujud di atas permukaan yang kasar hingga mengakibatkan kesakitan pada dahinya sebagai contoh, maka sekiranya dia mengalihkan dahinya tanpa mengangkatnya, ia tidak memudaratkan. Jika dia mengangkat dahinya kemudian mengembalikannya semula, sekiranya belum sempat capai kadar toma'ninah maka tidak memudaratkan. Jika sebaliknya (yakni sujudnya telah mencapai kadar toma'ninah) maka ia memudaratkan kerana dia telah menambah satu sujud. Dan jika dia mengangkat dahinya tanpa uzur dan mengembalikannya (ke tempat sujud) maka memberi kesan (batal solat) secara mutlak.” (Rujuk: Hasyiyah al-Baijuri; 1/350)

Berkata Shaikh Abu Qutaibah Rasyidi: “Maka jika sujud dia di atas sesuatu yang tajam, jika dikesot akan mukanya dengan tiada angkat, tiada mengapa. (Dan jika) diangkat akan dia kemudian dikembali akan dia, maka jika belum lagi ia toma'ninah tiada mengapa, dan jika sudah toma'ninah maka mudarat, kerana bertambah sujud.” (Rujuk: Idhoh al-Misbah, 1/439).

Berkata Shaikh Daud al-Fatoni dalam Bughyah al-Tullab: “(Dan jika) sujud dia atas suatu yang tajam, maka diangkatnya akan dahinya, kemudian sujud pula atas tempat yang lain, batal sembahyangnya, jika diperoleh segala syarat sujud pada yang pertama. Dan jika tiada maka tiada batal, kerana perbuatan itu sedikit, maka hendaklah ia memeliharakan daripada diangkatkan kepalanya, sampai jangan batal sembahyang, tetapi hendaklah dikesotkan dahinya kepada tempat yang lain yang tiada tajam.” (Rujuk: Idhoh al-Misbah, 1/439)

Kesimpulan

Setelah meneliti perbahasan di atas, kami simpulkan hukum sujud di atas benda tajam atau apa-apa permukaan yang menyebabkan mudarat kepada dahi seseorang adalah seperti berikut:

Sekiranya seseorang sujud di atas permukaan tersebut dan belum mencapai kadar toma'ninah (iaitu sekadar sebutan subhanallah), maka dia dibolehkan untuk mengangkat semula kepalanya untuk sujud di atas permukaan lain yang tidak membawa mudarat dan hukum solatnya tetap sah.Sekiranya seseorang sujud di atas permukaaan tersebut dan telah mencapai kadar toma'ninah, maka dia tidak dibolehkan untuk mengangkat semula kepalanya. Sekiranya dia melakukan hal tersebut (mengangkat kepalanya) maka solatnya terbatal dan dia perlu mengulangi solatnya semula.Adapun sekiranya seseorang tidak mahu mengangkat kepalanya, maka dia boleh mengalihkan dahinya dengan mengesotkannya ke permukaan yang tidak membawa mudarat ketika sedang sujud. Hal ini diharuskan oleh para ulama’ dan keadaan solatnya tetap sah.
Wallahu a’lam. Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-mengangkat-kepala-kerana-sujud-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kipas Siling Tengah Berpusing Jatuh Betul Betul Atas Kepala Lelaki

Kipas Siling Tengah Berpusing Jatuh Betul Betul Atas Kepala Lelaki

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 494 hits
Kipas merupakan satu keperluan yang boleh dikatakan mesti ada dalam setiap rumah Di negara kita ni tidak semua rumah yang memasang penghawa dingin tetapi hampir kesemua rumah mesti ada kipas bukan Kes kipas siling jatuh bukanlah perkara bar...
Geram Anak Kencing Atas Tilam Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati

Geram Anak Kencing Atas Tilam Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 667 hits
Seorang ibu dua anak dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun kerana didapati bersalah melemaskan anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan memegang kepala anaknya dan memasukkannya ke dalam air hampir empat tahun yang lalu Wanita 28 ...
Sijil Mpso Mandatori Ke Atas Ladang Sawit 40 Hektar Ke Atas Kata Teresa

Sijil Mpso Mandatori Ke Atas Ladang Sawit 40 Hektar Ke Atas Kata Teresa

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 383 hits
Menurut Kementerian Industri Utama setakat 21 Feb lepas seluas 4 42 juta hektar atau 74 8 daripada 5 9 juta hektar tanaman sawit di Malaysia mendapat pensijilan MSPO TAWAU Mandatori bagi pengusaha tanaman sawit di tanah seluas 40 hektar dan...
Sudah Akrab Suami Emma Maembong Tak Kekok Cium Adik Ipar Atas Pelamin

Sudah Akrab Suami Emma Maembong Tak Kekok Cium Adik Ipar Atas Pelamin

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1111 hits
Tarikh cantik 20 02 2020 telah menjadi pilihan beberapa artis untuk mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka dengan melangsungkan pernikahan Sudah tentu ia akan menjadi tumpuan media berikutan tarikh tersebut hanya berlaku sekali sa...
Penemuan Bayi Di Atas Kap Mobil Orang Tua Minta Anaknya Dirawat

Penemuan Bayi Di Atas Kap Mobil Orang Tua Minta Anaknya Dirawat

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 275 hits
Dia menambahkan mendengar suara tangisan saksi Probo kemudian keluar dan mendekati sumber suara Ternyata di dalam box tersebut terdapat bayi yang tengah menangis
Mauro Icardi Miliki Kuasa Veto Atas Psg Amp Inter

Mauro Icardi Miliki Kuasa Veto Atas Psg Amp Inter

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 165 hits
Pemain yang tidak dikehendaki di Inter Milan Mauro Icardi boleh untuk tidak memilih untuk kekal di Paris Saint Germain walaupun jika kelab Ligue 1 itu mahukan pemain tersebut kekal di Perancis secara tetap selepas berakhir saingan musim ini...
Keangkuhan Dap Berterusan Prosiding Perlucutan Kewarganegaraan Ke Atas Bekas Adun Dap Pujut Perlu Dimulakan Segera

Keangkuhan Dap Berterusan Prosiding Perlucutan Kewarganegaraan Ke Atas Bekas Adun Dap Pujut Perlu Dimulakan Segera

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 332 hits
oleh Dr KamarulBukan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan tetapi tujuh orang iaitu YAA Dato Rohana binti Yusuf YA Datuk Seri Haji Mohd Zawawi bin Salleh YA Dato Abdul Rahman bin Sebli YA Datuk Ong Lam Kiat Vernon YA Datu
Ingatkan Batu Gadis Temui Kelapa Dicucuk Paku Di Atas Jalan Raya

Ingatkan Batu Gadis Temui Kelapa Dicucuk Paku Di Atas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 382 hits
Semasa memandu kereta atau menunggang motosikal kita pasti telah sedaya upaya untuk mengelak dari sebarang kecelakaan yang bukan sahaja boleh memberi kesan kepada kita malahan kepada orang lain juga Pun begitu ada juga sesetengah individu y...
Usai Jalani Pengobatan Kanker Ini 3 Potret Terbaru Vidi Aldiano Di Atas Panggung

Usai Jalani Pengobatan Kanker Ini 3 Potret Terbaru Vidi Aldiano Di Atas Panggung

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 173 hits
Sebelumnya diberitakan bahwa Vidi Aldiano mengidap penyakit kanker pada Jumat yang lalu Ia akan menjalani tindakan operasi di Mount Elizabeth Novena Hospital Singapura Kini ia sudah kembali ke dunia hiburan
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense