Keadaan Seseorang Bergantung Pada Pengakhirannya



Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu, dia berkata:

حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar lagi dibenarkan: “Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di perut ibunya sebagai setitis air mani selama empat puluh hari, lalu berubah menjadi segumpal darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang Malaikat lalu ditiupkan kepadanya roh dan diperintahkan untuk mencatat empat perkara; mencatat rezekinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, sesungguhnya di antara kamu ada orang yang melakukan perbuatan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanya tinggal sehasta, akan tetapi catatan (ketetapan takdir) mendahuluinya, akhirnya dia melakukan perbuatan ahli neraka, dia pun masuk ke neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada orang yang melakukan perbuatan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya tinggal sehasta, akan tetapi catatan (ketetapan takdir) mendahuluinya, akhirnya dia melakukan perbuatan ahli syurga, dia pun masuk ke syurga” (HR. Bukhari dan Muslim)

Syarah/Penjelasan

Maksud kata-kata “yang benar lagi dibenarkan” adalah yang benar ucapannya lagi dibenarkan wahyu yang dibawanya.

Maksud kata-kata “sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di perut ibunya” menurut sebagian ulama’ adalah, bahawa air mani dalam rahim seorang ibu berhamburan, lalu Allah Subhanahu wa Taala menghimpunnya di rahim di tempat kelahiran dalam masa tersebut (40 hari).

Hadith di atas juga menunjukkan beberapa hal berikut:

1. Allah Subhanahu wa Taala mengetahui tentang keadaan makhluknya sebelum mereka diciptakan dan apa yang akan mereka alami nanti, termasuklah sama ada di kalangan yang bahagia atau celaka.

2. Tidak mungkin bagi manusia di dunia ini untuk memutuskan bahawa dirinya masuk syurga atau neraka, akan tetapi amal perbuatan boleh menjadi asbab untuk memasuki keduanya.

3. Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Oleh kerana itu, hendaklah manusia tidak terpedaya dengan keadaannya ketika ini, justeru dia harus selalu memohon kepada Allah agar diberikan keteguhan dan pengakhiran yang baik (husnul khotimah).

4. Hendaknya dia tenang dalam masalah rezeki, dan qana’ah (menerima apa adanya) dengan menjalani sebab-sebabnya serta tidak terlalu mengejarnya dan mencurahkan hati kepadanya.

5. Kehidupan ada di tangan Allah. Seseorang tidak akan mati kecuali apabila dia telah menyempurnakan umurnya.

6. Hadith ini juga menjelaskan bahawa taubat dapat menghapuskan amal yang dikerjakannya di masa lalu.

7. Hadith ini menyuruh kita untuk tidak hanya memiliki rasa rajaa’ (berharap) saja, namun hendaknya kita menyertakan rasa khauf (khuatir).

8. Sabda Beliau: “Sesungguhnya di antara kalian ada orang yang melakukan perbuatan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga hanya tinggal sehasta akan tetapi catatan itu mendahuluinya, akhirnya dia melakukan perbuatan ahli neraka, dia pun masuk ke neraka”, hal ini menunjukkan bahawa tidak selamanya orang yang mengerjakan amalan ahli syurga niatnya baik, kerana orang tersebut meskipun tampak di hadapan manusia mengerjakan amalan penduduk syurga namun memiliki niat yang buruk, dan niat buruk itu menguasai dirinya sehingga dia mendapatkan su’ul khotimah (pengakhiran yang buruk).

9. Perubahan keadaan manusia dari buruk menjadi baik banyak terjadi, tetapi perubahan keadaan manusia dari baik menjadi buruk sangat jarang. Hal ini kerana kelembutan Allah Subhanahu wa Taala dan rahmat-Nya.

10. Sebahagian ulama’ dan bijak pandai mengatakan bahawa dijadikannya pertumbuhan janin manusia dalam kandungan seorang ibu secara berangsur-angsur adalah sebagai rasa kasih sayang kepada ibu. Meskipun sebenarnya Allah mampu menciptakannya langsung sekaligus.

11. Janin manusia apabila di bawah usia empat bulan (120 hari), maka dia belum dihukum sebagai manusia yang hidup. Oleh kerana itu, jika keguguran terjadi setelahnya baru berlaku dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

12. Dalam hadith ini terdapat dalil terhadap adanya qadar, dimana hal ini merupakan akidah Ahlussunnah wal Jamaah, dan bahawa semua yang terjadi adalah dengan takdir Allah. Allah tidaklah ditanya terhadap apa yang Dia lakukan, sedangkan merekalah (hamba) yang ditanya, dan Allah tidak boleh diprotes dalam kerajaan-Nya, Dia berbuat dalam kerajaan-Nya apa yang Dia kehendaki, dan perbuatan-Nya di atas hikmah, ihsan dan keadilan-Nya. Dia tidak pernah menzalimi seorang pun meskipun seberat zarrah.

Imam As Sam’aniy berkata: “Untuk mengetahui hal ini jalannya adalah taufiq dari Al-Quran dan As-Sunnah, bukan qiyas dan akal semata. Barangsiapa yang berpindah dari taufiq, maka dia akan sesat dan kebingungan dan tidak akan sampai kepuasan jiwa serta ketenangan hati, kerana qadar itu rahsia di antara rahsia Allah, dimana terhadapnya telah dibuatkan tirai, sehingga hanya diketahui oleh-Nya Subhanahu wa Taala, dan Dia menutupnya dari akal makhluk serta pengetahuan mereka. Allah Taala telah menutup pengetahuan qadar dari alam semesta, sehingga ia tidaklah diketahui oleh Malaikat mahupun Nabi yang diutus.”

13. Telah disebutkan dalam banyak hadith larangan meninggalkan beramal kerana bersandar dengan takdir, bahkan kita tetap diperintahkan beramal, dan masing-masing akan dimudahkan kepada sesuatu yang untuknya ia diciptakan. Oleh kerana itu, siapa yang termasuk orang bahagia, maka Allah Subhanahu wa Taala akan memudahkan kepadanya untuk mengerjakan amalan orang yang berbahagia, dan siapa yang termasuk orang celaka, maka Allah akan mudahkan untuk mengerjakan amal orang yang celaka.

Para ulama’ berkata: “Kitab Allah Taala, Lauh (tempat dituliskan takdir)-Nya dan pena-Nya, semua itu wajib diimani, adapun bentuk dan sifat-Nya, maka pengetahuan hal itu dikembalikan kepada Allah Taala, manusia tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah, kecuali apa yang dikhendaki-Nya.”

Wallahua’lam.

Oleh: Marwan Hadidi
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/keadaan-seseorang-bergantung-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doakan Ainul Selepas 12 Jam Dibedah Alami Komplikasi Paru Paru Bergantung Mesin Pernafasan

Doakan Ainul Selepas 12 Jam Dibedah Alami Komplikasi Paru Paru Bergantung Mesin Pernafasan

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 426 hits
Sebelum ini pelawak Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh pernah berkongsi keadaan anak keduanya yang menghidap masalah jantung kronik dan terpaksa berkampung di hospital sehinggalah pembedahan dilakukan B...
Begini 5 Tahapan Ketika Seseorang Jatuh Cinta Menurut Sains Semua Fase Ada Penjelasannya

Begini 5 Tahapan Ketika Seseorang Jatuh Cinta Menurut Sains Semua Fase Ada Penjelasannya

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 311 hits
Jadi bukan ujug ujug langsung cinta dan jadian semua ada prosesnya Walau awalnya benci setengah mati bisa jadi itu fase awalnya
Rita Bermimpi Ada Seseorang Tunjuk Kedudukan Arw4h Pitt Akhirnya Rita Menceritakan Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu

Rita Bermimpi Ada Seseorang Tunjuk Kedudukan Arw4h Pitt Akhirnya Rita Menceritakan Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 182 hits
PELAKON Rita Rudaini 43 terkilan kerana tidak sempat membelanja Pitt Hanif minum kopi sebagaimana yang dirancangnya sebaik penggambaran filem Coast Guard berakhir Rita Bermimpi Ada Seseorang Tunjuk Kedudukan Arw4h Pitt Akhirnya Rita Menceri...
10 Tanda Saat Seseorang Terbutakan Oleh Cinta Kamu Juga Mengalaminya

10 Tanda Saat Seseorang Terbutakan Oleh Cinta Kamu Juga Mengalaminya

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 274 hits
10 Tanda saat seseorang terbutakan oleh cinta antara lain bersikap tidak seperti diri sendiri dan memandang pasangan tak bercela
Itf Sunter Bakal Rampung 2022 Jakarta Tak Lagi Bergantung Pada Tpst Bantargebang

Itf Sunter Bakal Rampung 2022 Jakarta Tak Lagi Bergantung Pada Tpst Bantargebang

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 198 hits
Proyek ITF adalah salah satu tempat pengolahan sampah terbesar di dunia sebab mampu mengolah 2 200 ton sampah Untuk itu Pemprov DKI sedang gencar mengejar pembangunan empat unit ITF
Rayyan Bergantung Mesin Untuk Bernafas Bateri Talian Hayat Rosak Pergerakan Terbatas

Rayyan Bergantung Mesin Untuk Bernafas Bateri Talian Hayat Rosak Pergerakan Terbatas

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 261 hits
Kanak kanak berusia lima tahun terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan kerana menderita penyakit jantung kompleks sejak lahir Lebih malang talian hayatnya itu mengalami kerosakan pada bahagian bateri menyebabkan pergerakan Muham...
Seniman Tak Bergantung Penaja Bantu Ahli

Seniman Tak Bergantung Penaja Bantu Ahli

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 270 hits
PERSATUAN Seniman Malaysia mengalu alukan mana mana pihak daripada syarikat korporat atau individu yang ingin membantu menjayakan aktiviti Ziarah Prihatin Seniman Presidennya Zed Zaidi berkata program yang diadakan sejak dua tahun lalu itu ...
Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

Siswa Miskin Terpaksa Ikat Perut Hanya Makan Sekali Sehari Kerap Berpuasa Dan Bergantung Sebuku Roti Untuk Dua Hari

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 313 hits
Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari antara ikhtiar hidup sebilangan pelajar di Universiti Malaya yang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan Inilah antara ke...
Anak Jadi Mudah Marah Sedih Sebab Terlalu Bergantung Pada Gajet Tolonglah Hadkan Penggunaannya

Anak Jadi Mudah Marah Sedih Sebab Terlalu Bergantung Pada Gajet Tolonglah Hadkan Penggunaannya

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 386 hits
Dunia sekarang gajet dah jadi satu keperluan Kalau tak ada gajet hidup macam tak lengkap Tapi masalah ini bukan sahaja kepada orang dewasa malah anak anak kecil yang didedahkan terlalu awal dengan gajet turut menjadi mangsa ketagihan perant...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Nasi Ulam Simple Sedap

Panduan Pintar Menguruskan Wang Simpanan Untuk Masa Hadapan

Koleksi Resepi Dan Cara Mudah Buat Roti Bun Homemade Sendiri Di Rumah

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran