Keadaan Malaysia Boleh Jadi Seburuk Sri Lanka Jika Tidak Ditadbir Dengan Betul Rafizi







Malaysia perlu ditadbir dengan lebih baik, anti rasuah dan menerapkan idea yang berguna dalam menyelesaikan masalah import makanan ketika nilai mata wang rendah, bagi mengelakkannya mengikut jejak langkah kemuraman ekonomi di Sri Lanka.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, import makanan yang tinggi negara ini sehingga 90% menyebabkan rakyat menderita kenaikan harga makanan asas, dan memberi kesan rantaian yang besar ke atas keperluan lainnya.
"Berita Sri Lanka kita tengok tiap malam. Oleh kerana pengurusan ekonomi yang tempang, kerajaan dikawal oleh adik beradik. Abang jadi presiden, adik Perdana Menteri. Kemudian berhutang pula untuk projek yang tidak masuk akal. Buat hiway yang tak ada kereta nak lalu
"Dengan Covid berlaku 2 tahun lepas, oleh kerana negara ini banyak berhutang dan sumber pendapatan yang besar pula sektor perlancongan (yang beku), jadi mata wang tunai masuk tak ada. Oleh mata wangnya turun mendadak. Tetapi makanan diimport semua. Harga import mahal maka makanan kena catu
"Itulah Sri Lanka, walau tak ada kena mengena, saya beritahu asas yang menyebabkan berlaku begitu tak banyak berbeza dengan yang ada di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis melancarkan gerak kerja dan aplikasi Ayuh Malaysia, menuju Pilihan Raya Umum ke 15, malam tadi.
Tegas Rafizi, sejak 20 tahun lalu kerajaan BN telah melakukan pelbagai program meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.
Bagaimanapun, apabila projek diberikan kepada pihak yang tidak amanah maka wang peruntukan ke sektor pertanian itu hilang ke tangan golongan elit tertentu dan berakhir dengan perniagaan yang tiada kaitan dengan makanan.
"Kita import 90% makanan kita. Dari tahun 2004 apabila Tun Abdullah Badawi jadi PM beliau tumpu kepada pertanian supaya tidak bergantung import.
"Masalahnya orang di atas ni, bila ada idea baik dia tak fikir tanggungjawab untuk dijalankan idea itu, yang murah dan sesuai dilaksanakan rakyat.
"Soal memastikan kelangsungan makanan di negara ini penting. Dan Umno ada idea untuk tambah makanan negara. Tetapi apa yang kita dapat, ialah Shahrizat, lembu dan kondo.
"Tahun 2004 sampai sekarang berapa bilion wang yang dibazirkan untuk projek pertanian, udang, kerang dan macam macam? Ada audit negara anak syarikat Felda kalau tak silap nak mulakan perniagaan dengan (ternak ikan) sturgeon, audit periksa ikan itu tak sampai pun ke Malaysia," katanya sinis.
Kegagalan struktural di bidang pertanian, kata Rafizi, menyebabkan penggantian import tidak berlaku dengan signifikan dan apabila mata wang negara jatuh nilai maka makanan yang tidak semahal mana di luar negara menjadi melambung harganya di Malaysia.
"Sekarang kita masih menghadapi masalah kebergantungan makanan dari luar. Dalam keadaan mata wang kita jatuh, kita masih import 90% makanan, sampai kobis pun kena import
"Apabila kita beli barang luar dan bayar mata wang rendah kita, maka kita mengimport inflasi. Ini adalah masalah yang jadi beban besar kepada rakyat walau Najib, Muhyiddin dah tak ada nanti.
"Kasihan kepada anak muda yang mewarisi masalah ini. Kita tengok Sri Lanka dengan mata wang lemah. Apa berlaku di Sri Lanka tak musthail akan berlaku di negara kita," katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/keadaan-malaysia-boleh-jadi-seburuk-sri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 195 hits
Biar Betul Buang Air Besar Boleh Kuruskan Badan Cek Fakta Atau Auta SETIAP hari manusia akan membuang air besar bagi mengeluarkan najis yang merupakan sisa makanan dan minuman yang terhasil ketika proses pencernaan selepas tubuh menyerap se...
Minum Susu Kambing Boleh Buat Kulit Muka Jadi Cantik Eh Betul Ke Ni

Minum Susu Kambing Boleh Buat Kulit Muka Jadi Cantik Eh Betul Ke Ni

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 259 hits
MINUM SUSU KAMBING BOLEH BUAT KULIT MUKA JADI CANTIK EH BETUL KE NI Siapa suka minum susu kambing Korang tahu tak sebenarnya ada banyak manfaat susu kambing untuk kulit muka korang Susu kambing ni ada bahan semula jadi untuk kulit korang ta...
Rafizi Ramli Ucapan Penuh Pelancaran Ayuh Malaysia Di Kuala Lumpur Najib Peduli Apa Dia Hanya Nak Bebas

Rafizi Ramli Ucapan Penuh Pelancaran Ayuh Malaysia Di Kuala Lumpur Najib Peduli Apa Dia Hanya Nak Bebas

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 293 hits
26 03 2022 Kuala Lumpur PELANCARAN AYUH MALAYSIA UNTUK MENARIK SOKONGAN PENGUNDI ATAS PAGAR Rafizi Ramli Setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak saya dan sahabat sahabat lain di dalam KEADILAN ...
The Collapse Of Lebanon Pakistan Sri Lanka Egypt Who Is Next

The Collapse Of Lebanon Pakistan Sri Lanka Egypt Who Is Next

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 367 hits
I have repeated a few times that countries like Lebanon Pakistan Sri Lanka Egypt are at serious risk of collapsing internally crumbling from the inside Last week the country of San Salvador saw 60 people violently killed in one week This is...
Balik Malaysia Lana Nodin Buka Kedai Bakeri Rita Rudaini Tanya Yang Tak V4ksin Macam Kami Boleh Masuk Ke

Balik Malaysia Lana Nodin Buka Kedai Bakeri Rita Rudaini Tanya Yang Tak V4ksin Macam Kami Boleh Masuk Ke

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 429 hits
Dalam diam pelakon Lana Nodin rupanya kini sudah kembali ke Malaysia dan mempunyai gudang bakeri terbesar yang bakal dibuka tidak lama lagi Lana memberitahu dia teruja untuk melancarkan gudang jualan bakeri secara borong yang dikatakan terb...
Selamatkan Sapura Entiti Swasta Tidak Boleh Guna Dana Rakyat Rafizi

Selamatkan Sapura Entiti Swasta Tidak Boleh Guna Dana Rakyat Rafizi

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 214 hits
Penyelamatan Sapura Energy Berhad dalam apa keadaan sekali pun tidak boleh menggunakan dana rakyat sebagaimana dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak Menurut Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli tidak kira kerajaan mana yang mah...
Jangan Hukum Anak Kencing Malam Kesannya Boleh Ganggu Emosi Anak Stres

Jangan Hukum Anak Kencing Malam Kesannya Boleh Ganggu Emosi Anak Stres

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 261 hits
Anak kerap kencing malam Ibu ayah jangan ambil mudah Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu Bukan terus menghukum sebaliknya cari penyelesaian yang baik untuk anak Memang tak dinafikan rasa geram itu ada tapi jika terus mengh...
Pm Tak Boleh Bubar Parlimen Sebab Desakan Kumpulan Kecil

Pm Tak Boleh Bubar Parlimen Sebab Desakan Kumpulan Kecil

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 262 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan untuk membubarkan Parlimen tidak perlu dipengaruhi kumpulan kecil yang mendesak pilihan raya umum segera diadakan Sambil mengulangi pendiriannya sebelum ini Ismail yan...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual