Keadaan Dalam Ph Tak Menentu Najib Ingatkan Wakil Rakyat Bn


Datuk Seri Najib Razak menasihatkan ahli Parlimen Barisan Nasional tidak terburu-buru melompat ke Pakatan Harapan (PH) kerana ada banyak ketidaktentuan dalam gabungan parti pemerintah itu.
Bekas perdana menteri itu menyifatkan wakil rakyat yang melompat parti sebagai tidak berprinsip dan “biasanya mereka tidak dapat bertahan lama” kerana akan dihukum pengundi.
Katanya, wakil rakyat yang bertanding atas tiket parti tertentu dan menang kerana sokongan serta kerja keras ahli parti itu, perlu kekal dalam parti sama.
“Kita perlu konsisten dengan prinsip kita, walaupun berada dalam pembangkang. Inilah masanya rakyat akan hormat kita lebih, berbanding kita melompat parti dan kredibiliti kita dipertikaikan.
“Jangan terburu-buru dan lompat ke parti lain. Kita tidak mahu macam mana keadaan di sebelah sana. Sejak beberapa hari ini, kita dengar orang letak jawatan.
“Di sana, ada juga pergolakan. Ada ketidaktentuan,” katanya dalam wawancara yang disiarkan “Nothing to Hide Media” malam tadi.
Wawancara itu dikendalikan Datuk Mohd Puad Zarkashi yang pernah mengetuai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah kerajaan terdahulu.
Menjawab soalan Puad di mana kesilapan Umno yang menyebabkan ramai mahu meneruskan perjuangan negara dalam PH, Najib berkata, ahli Parlimen Umno selama ini ialah anggota kerajaan dan diberikan peruntukan serta projek.
“Tetapi bagi saya, perjuangan kita tidak semestinya bermakna kita mempunyai akses kepada peruntukan besar. Kita boleh selaras pendekatan kita supaya rakyat akan terima, faham dan tidak menyalahkan kita apabila kita tidak boleh mengumumkan peruntukan.
“Walaupun tidak boleh membuat pengumuman sedemikian, ia tidak bermakna kita tidak boleh menjadi wakil rakyat yang baik kepada rakyat.”
Minggu lalu, Umno Sabah yang ditubuhkan pada 1991 lumpuh selepas 36 wakil rakyat, senator dan ketua bahagian di negeri itu keluar parti.
Ia disusuli tindakan beberapa ahli Parlimen Umno dari Semenanjung Malaysia meninggalkan parti itu.
Desakan Zahid letak jawatan
Berhubung desakan supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan presiden Umno disebabkan kesnya di mahkamah dan ramai wakil rakyat meninggalkan parti itu, Najib berkata, pertikaian boleh diselesaikan menerusi saluran dalaman parti.
“Guna proses dalaman parti. Marilah kita lakukan perkara dengan cara musyawarah. Walaupun mempunyai perbezaan pendapat, kita boleh mencari penyelesaian yang akan memanfaatkan parti kita.”
Jumaat lalu, Zahid dilaporkan berkata, hanya ahli parti boleh memaksa beliau meletak jawatan sebagai presiden Umno, susulan desakan beberapa pemimpin parti memintanya berundur.
Katanya, mengikut perlembagaan Umno, undian 2/3 perwakilan dalam mesyuarat agung luar biasa diperlukan untuk menggugurkannya.
Umno akan bangkit semula?
Ditanya jika Umno boleh bangkit semula, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan berkata, kekuatan parti itu terletak pada 2.6 juta ahli dalam 22,000 cawangan di seluruh negara.
“Kita ialah parti politik terbesar di Malaysia. Kenapa kita fikir seolah-olah kita tiada masa depan?
“Sekiranya pada masa dahulu, parti paling kecil dengan disiplin yang betul, komitmen, strategi, usaha dan kesetiaan boleh berkembang. Kita adalah parti terbesar, jangan beritahu saya kita tidak boleh bangkit semula.
“Jika kita sedar, mempunyai komitmen, bersatu dan mempunyai strategi betul, kita boleh lakukannya. Tetapi jangan rasa seperti tiada hari esok untuk Umno. Kita perlu yakin masa depan masih cerah bagi Umno. Jangan hilang kepercayaan itu.”
Katanya, masalah berpunca daripada pemimpin, bukannya ahli akar umbi yang menunjukkan daya tahan, kekuatan dan kesetiaan, walaupun Umno kini menjadi parti pembangkang.
Kes mahkamah
Najib berkata, beliau perlu meminjam wang untuk membayar perbelanjaannya dan ikat jamin kira-kira RM6 juta.
Beliau mengakui tertekan selepas berdepan 39 pertuduhan.
“Saya juga akan menghabiskan masa keluar masuk mahkamah pada tahun depan. Tetapi, apa saya boleh buat? Ini dilakukan pihak tertentu terhadap saya.
“Saya akan terus mempertahankan diri sebaik mungkin.”
Ditanya jika beliau yakin mampu menang di mahkamah, katanya, peguamnya yakin beliau akan bebas selagi perbicaraan dijalankan secara adil.
FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/18/keadaan-dalam-ph-tak-menentu-najib-ingatkan-wakil-rakyat-bn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Pahang Beri Perhatian Gerakan Beli Wakil Rakyat

Bn Pahang Beri Perhatian Gerakan Beli Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 291 hits
Wartawan Watan Online Barisan Nasional Pahang mengambil perhatian pendedahan kewujudan gerakan membeli Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan negeri ini untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhkan kerajaan negeri Pengerusi BN Pahang yang ju...
Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 292 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Mana mana wakil rakyat UMNO boleh meny...
Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat Biar Betul Bukan Biasa Biasa Orangnya

Ameera Khan Kini Menyulam Cinta Dengan Anak Wakil Rakyat Biar Betul Bukan Biasa Biasa Orangnya

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 991 hits
Adik kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kini dikatakan bercinta dengan anak kepada seorang wakil rakyat Menerusi satu instastory Ameera dilihat memuat naik beberapa ke...
Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

Tiada Jaminan Wakil Rakyat Umno Kekal Selepas Zahid Serah Tugas Presiden Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 348 hits
PETALING JAYA Tiada jaminan ahli Parlimen Umno akan kekal bersama parti itu walaupun selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata demikian ...
Bn Yakin Pengundi Cameron Highlands Bijak Pilih Wakil Rakyat

Bn Yakin Pengundi Cameron Highlands Bijak Pilih Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 281 hits
LIPIS Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin pengundi di Parlimen Cameron Highlands bijak untuk memilih wakil rakyat yang terbaik untuk mewakili mereka pada pilihan raya kecil pada 26 Jan nanti Wan Rosdy berkata selepas ...
Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 303 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat mula sedar pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan bukan faktor utama kenaikan harga barang Ini kerana katanya sudah 6 bulan GST dimansuhkan dan digantikan cukai jualan dan perkhidmata...
Zeti Ingatkan Th Tapi Penyokong Najib Tak Hirau

Zeti Ingatkan Th Tapi Penyokong Najib Tak Hirau

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 308 hits
Penasihat media perdana menteri Datuk A Kadir Jasin secara peribadi mengulas isu skandal Tabung Haji Foto Zeti oleh Free Malaysia Todayoleh Kadir JasinBerita buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan tidak memera...
Najib Masih Hendak Kudakan Rakyat

Najib Masih Hendak Kudakan Rakyat

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 419 hits
Nampak gayanya Najib Razak kesunyian Agaknya kalau boleh hendak kembali sebagai Perdana Menteri Ketagih publisiti dan masih merasakan diri dikagumi oleh ahli ahli Umno Untuk melepaskan kesunyian selepas kehilangan jawatan Najib hari ini mem...
Mat Sabu Pula Pelawa Wakil Rakyat Umno Sertai Pan

Mat Sabu Pula Pelawa Wakil Rakyat Umno Sertai Pan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 351 hits
ISMA WEB Barisan Nasional kini umpama patah pinggang dan tulang belakang IPOH Walaupun mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin parti tamak haloba DAP berhubung kemasukan bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia p...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Al Fateh Tak Sihat

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences