Ke Sana Ke Sini Lantik Sana Lantik Sini Kenapa Muhyiddin Masih Penakut Lagi



Sudah sah sekarang sidang Parlimen pada 18 Mei depan hanya akan dilangsungkan selama sehari saja, tidak sekurang-kurangnya dua hari sebagaimana yang diminta oleh PH.
Dalam surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ahli-Ahli Parlimen bertarikh 17 April 2020, diberitahu bahawa sidang selama sehari itu akan merangkumi:-
⁃ Istiadat Perasmian Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada jam 10.00 pagi dan,
⁃ Mesyuarat Dewan Rakyat selama satu hari selepas saja keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Seterusnya, dimaklumkan bahawa susulan perintah PKP yang sedang dilaksanakan, persidangan Dewan Rakyat hanya akan membincangkan Rang Undang-Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja serta tiada sessi soal jawab, tiada pertanyaan dan tiada sebarang usul akan dibenarkan.
Apakah makna semua semua ini?
Ini bermakna, sidang Parlimen pada 18 Mei itu bukan saja tidak dibuka ruang untuk Ahli-Ahli Parlimen membincangkan isu-isu berkaitan Covid-19, khususnya tentang pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan, malah yang lebih penting tentulah menutup peluang untuk usul tidak percaya dikemukakan kepada Muhyiddin Yassin.
Untuk makluman, sidang Parlimen pada 18 Mei ini adalah penangguhan daripada sidang yang sepatutnya dijadualkan pada 9 Mac lalu.
Oleh kerana Muhyiddin baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu dan beliau masih ada keraguan berkenaan sokongan majoriti yang dimilikinya, maka beliau telah menangguhkannya kepada 18 Mei.
Tetapi, mengapakah sidang pada pada 18 Mei nanti hanya diadakan selama sehari saja tanpa sebarang sessi soal jawab, pertanyaan dan mengemukakan usul dibenarkan?
Kalau pun Muhyiddin begitu bimbang dengan usul undi tidak percaya yang bakal dikemukakan oleh PH kepadanya, mengapa pula sessi soal jawab dan pertanyaan turut tidak diizinkan?



Apa yang beliau takutkan?
Apakah Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang hanya berani muncul melalui perutusan khas di kaca tv dengan bercakap tentang Makcik Kiah secara sehala dan di depan kamera saja?
Jika benar kerajaan tebuk atap yang dipimpinnya benar-benar telus dan ada kewibawaan, kenapa mesti takut untuk berhujah dan bersoal jawab, lebih-lebih lagi berkaitan Covid-19?
Begitu juga dengan kedudukan kerajaan yang dipimpinnya sekarang, Muhyiddin seharusnya berani menunjukkan kepada dunia tentang sokongan majoriti yang diperolehinya dengan tidak gentar sama sekali terhadap usul tidak percaya yang mahu dikemukakan terhadapnya.
Bukankah seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan bahawa semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tiada jawatan menteri dan timbalan menteri akan dilantik menjadi pengerusi-pengerusi GLC?
Sehingga ini, sebagaimana dilaporkan media, hampir setiap hari ada perlantikan baru pengerusi GLC melibatkan Ahli-Ahli Parlimen dan sudah pasti ia akan berterusan sehingga tarikh sidang Parlimen 18 Mei depan.
Apakah dengan habuan dan imbuhan berpuluh ribu setiap bulan kepada Ahli-Ahli Parlimen penyokong kerajaan itu masih belum cukup memberi keberanian kepada Muhyiddin untuk membuktikan sokongan yang ada padanya?
Ke sana ke sini, lantik sana lantik sini, tetapi kenapa masih jadi penakut lagi?
Sampai bila Muhyiddin mahu melarikan diri dan takut berdepan realiti? 
(ShahbudinHusin 18/04/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/ke-sana-ke-sini-lantik-sana-lantik-sini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Ini Salah Muhyiddin Masih Meniru Cara Mahathir Manjakan Azmin

Semua Ini Salah Muhyiddin Masih Meniru Cara Mahathir Manjakan Azmin

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 281 hits
Kritikan orang lama UMNO Shahrir Samad terhadap karektor dan cara kerja Azmin Ali yang mengemudi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI sambil dalam waktu yang sama beliau turut dianugerahkan jawatan menteri kanan bukan...
Lagu Rap Ke Sana Ke Sini Jadi Modal Sindiran Politik Pula

Lagu Rap Ke Sana Ke Sini Jadi Modal Sindiran Politik Pula

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 312 hits
Provided by Projek MM Lagu rap ke sana ke sini yang disunting daripada petikan ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini jadikan modal sindiran politik oleh sesetengah pihak Foto ihsan Twitter Nalina NairKUALA LUMPUR 10 April Pet...
Solo Fenomena Cacing Di Sana Sini Penduduk Jijik Hilang Selera Makan

Solo Fenomena Cacing Di Sana Sini Penduduk Jijik Hilang Selera Makan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 351 hits
HEBOH apabila beberapa kawasan di daerah Solo berdepan situasi misteri susulan fenomena munculnya cacing dari dalam tanah di kawasan persekitaran Misalnya pada hubung minggu lalu kawasan Pasar Gede Solo Jawa Tengah dipenuhi cacing itu sekit...
Umno Sabah Tuntut Muhyiddin Lantik Pemimpin Mereka Ke Jawatan Penting

Umno Sabah Tuntut Muhyiddin Lantik Pemimpin Mereka Ke Jawatan Penting

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 447 hits
INI SURAT TUNTUTAN Umno Sabah terhadap Muhyiddin Yassin yang sedang VIRAL di media sosial ketika ini Elok Muhyiddin ikut cakap mereka ini walaupun pun Bung Mokhtar Radin ada kes mahkamah Tan Sri jangan peduli Kalau Tan Sri buat tak peduli n...
Bila Anwar Agaknya Nak Saman Hadi Asyik Pot Pet Sana Sini

Bila Anwar Agaknya Nak Saman Hadi Asyik Pot Pet Sana Sini

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 272 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini tidak cenderung untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang meskipun dinasihatkan peguam berbuat demikian Ia berhubung tuduhan Abdul Hadi yang mengait...
Ke Sana Ke Sini Dari Buletin Utama Buat Netizen Tergelak

Ke Sana Ke Sini Dari Buletin Utama Buat Netizen Tergelak

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 712 hits
Terbaru Buletin Utama TV3 telah membuat liputan berkenaan keadaan di pusat komuniti Sentul Perdana yang menempatkan ratusan gelandangan itu dan menemubual beberapa individu yang menghargai usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan ter...
Muka Pucat Luka Sana Sini Food Rider Gigih Hantar Pesanan Walaupun Baru Lepas Kemalangan

Muka Pucat Luka Sana Sini Food Rider Gigih Hantar Pesanan Walaupun Baru Lepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 478 hits
Penghantar makanan pada waktu ini boleh dikatakan sebagai antara golongan yang paling sibuk ke sana dan ke sini bagi menghantar pesanan Tanpa menghiraukan panas terik lapar dan dahaga mereka ini adalah antara kategori frontliner yang wajar ...
Remix Ke Sana Ke Sini Rupanya Hasil Kreatif Najwa Mahiaddin

Remix Ke Sana Ke Sini Rupanya Hasil Kreatif Najwa Mahiaddin

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 966 hits
Baru baru ini lagu remix Ke Sana ke Sini menjadi tular di sosial media Ayat Ke Sana Ke sini itu diambil dari salah satu perutusan dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan kini Remix t...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Al Fateh Tak Sihat

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Spm Eskayvie Mindtropic

Nak Jalan Jepun Ini Itinerari Ke Osaka Tokyo Untuk 9 Hari

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan