Ke Rompin Makan Udang Galah Kampung Leban Chondong


 Assalamualaikum WBT

SABTU.. lepas hantar Iman balik kolej, Pak Inche ajak pergi Leban Chondong, Rompin, makan udang galah. Lama tak makan dan lagi satu, tapak kaki dia gatal nak berjalan la tu. Bukan tak pernah ya BUAT KERJA GILER cuma lama tak buat. Sk buat carian dalam 'old post', kali terakhir makan di Leban Chondong ni, bulan Februari tahun lepas. Dah lebih setahun rupanya tak makan Udang Galah Leban Chondong, acara wajib tahunan, hahaha.

Pak Inche ajak ke gerai no. 2, terkejut Sk tengok harga udang, hahaha. Walaupun dah janji kena redho berapa jer harga udang, tapi telan ailio banyak kali jugaklah. Maklumlah, kita orang kayangan awangan tapi prinsipnya, anak tekak diutamakan, hahaha. Udang di gerai tu memang besar gedabak ya, seekor RM37, serius besar giler. Sayang duit jugaklah nak bayar sebanyak tu untuk seekor udang. Jadi, Sk ajak Pak Inche ke gerai no 1. Udangnya besar juga tapi tak segedabak di gerai tadi dan tentulah harganya pun kurang sikit. Maaf, Sk tak ambil gambar di gerai no 1 tu. Rasa tak sopan pulak ambil gambar tapi tak makan kat situ

Berbeza harga seekor udang bagi jenis masakan. Udang Sambal harga bermula dari RM30 seekor manakala Udang Masak Lemak Cili Api bermula dari RM25 seekor. Selain udang, ada juga lauk lain seperti Kari Ikan Merah, Asam Pedas Ikan Sembilang dan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Ada juga Sambal Sotong dan Sambal Kupang. Udang saiz kecil pun ada juga yang siap ceduk dalam mangkuk. Senarai harga juga ditampal dengan jelas di kaunter lauk-pauk untuk disesuaikan dengan bajet kita


Udang Masak Sambal dua ekor untuk Pak Inche dan Sk ambil Udang Masak Lemak Cili Api. Pak Inche tanya, tadi kata, nak Patin Tempoyak, kenapa tak ambil? Ah, tak mahulah nanti kacau rasa udang tu. Lagipun, kat Johor hari-hari boleh makan Gulai Tempoyak Ikan Patin kat Anjung Selatan, kalau nak, lagi sodap, huhu


Masak Lemak Cili Api dia boh bawang. Jangan marah ya orang N9, masak lemak cili api ni bukan masakan nogori aje, semua negeri pun ada stail masak lemak cili api cara masing-masing. Malah, ibu Sk dan mak mertua Sk pun ada jugak memasak lemak cili api ni walaupun kedua-dua mereka bukan berasal dari N9 dan zaman muda mereka belum ada lagi socmed ni. Sk pernah ya baca komen dalam satu posting di facebook, yang mengecam masakan lemak cili api Sk yang masukkan serbuk kunyit dan halia, lepas tu berlagak macam tak ada apa-apa. Mujurlah Sk sempat screen shot sebelum dia padamkan komen tu, hahaha


Masa pilih-pilih udang tu, sengaja pilih yang ada sepit paling besar tapi sendiri pulak takut nak gigit. Sudahnya, Pak Inche laaa yang makankan isi sepit tu. Penuh dan pejal isi kat sepit tu, tapi tak apalah.. Sk memang trauma gigit benda-benda berduri macam ni, hahaha


Mula Pak Inche nak ambil Sotong Sambal jugak tapi orang sebelah dia masa kami sama-sama nak pilih lauk tu, terus ambil sotong yang tinggal tiga ekor dalam tray lauk. Kuat jugak rasanya Pak Inche sebut perkataan sotong tu, boleh pulaklah diambilnya. Hampir nak meradang Pak Inche, cepat-cepat Sk sabarkan, karang tak pasal bergaduh pasal sotong, hahaha. Ada lagi sekor sotongnya, tapi Pak Inche dah merajuk, dia ambil Sambal Kupang jer

       
Kemahen eh dapat udang galah. Eh, kami siap tambah nasi lagi sepinggan, hahaha. Ada beberapa jenis masakan udang sambal seperti sambal tomato dan sambal petai

        
Kemudahan tandas dan surau juga telah dinaik taraf. Dulu pun cuma ada satu blok medan selera dan kini telah ditambah lagi. Malah, banyak jugak la gerai masakan udang galah lain di Rompin ni selain dari Gerai Makan Kampung Leban Chondong cuma ada yang dibuka waktu petang dan malam. Kalau nak makan tengahari, memang di sini la paling meriah


Licin nasi, ratah udang. Kami ni memang bukan jenis yang makan lauk banyak kecuali kalau pergi Seafood Restaurant atau Kedai Tomyam, haaa.. tu.. mahu penuh meja macam-macam lauk. Kalau masak kat rumah pun kadang satu lauk aje, hehehe


Tak pasti berapa harga setiap item, tapi Sk anggarkan begini
Udang Sambal 2 x RM30 = RM60Udang MLCA RM25Sambal Kupang RM2Kerabu Mangga RM2Salad & Sambal Belacan RM1Nasi Putih 3 x RM2 = RM6Ais Limau 2 x RM1.50 - RM3
Simpan resit untuk rujukan akan datang, hehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/ke-rompin-makan-udang-galah-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Layan Petang Petang Makan Cucur Udang Campur Di Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang Tasek Gelugor Penang

Layan Petang Petang Makan Cucur Udang Campur Di Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang Tasek Gelugor Penang

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 278 hits
Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang Tasek GelugorWarung ni terletak betul betul di simpang 3 jalan di Kampung Pokok Tampang Senang nak cari Kampung Pokok Tampang ni terletak di Tasek Gelugor Selain cucur udang campur ada juga me...
Makan Makan Di Kampung Morten Melaka

Makan Makan Di Kampung Morten Melaka

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum WBTDAH berapa kali datang Melaka selalu nampak papan tanda Kampung Morten Pernah nampak perkampungan tradisional di tepi sungai ni dari salah sebuah hotel yang pernah kami inap jika bermalam di Melaka untuk santai santai saj...
Terasa Nak Makan Mi Jawa Resipi Homemade Ni Anda Boleh Cuba

Terasa Nak Makan Mi Jawa Resipi Homemade Ni Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 273 hits
Jom masak Mi Jawa yang sedap ni Kita beruntung sebab Malaysia ada banyak hidangan yang enak untuk dicuba Kalau teringin nak makan mi beratus ratus resipi enak yang ada Salah satu yang popular adalah Mi Jawa ni lah Kuah Mi Jawa ni dihasilkan...
Ciri Biri Pulak Najib Razak Jib Makan Apa Kat Dalam Jib

Ciri Biri Pulak Najib Razak Jib Makan Apa Kat Dalam Jib

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 187 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur sekali lagi menangguhkan perbicaraan rasuah 1MDB Najib Abdul Razak bernilai RM2 28 bilion hari ini kerana bekas perdana menteri itu masih mengalami cirit birit Pakar klinikal Hospital Kuala Lumpur Dr Mohd Fad...
Ayam Tandoori Paling Sedap Pernah Saya Makan Di Malaysia Ada Di Shah Alam

Ayam Tandoori Paling Sedap Pernah Saya Makan Di Malaysia Ada Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 209 hits
Kali pertama saya dengar nama makanan ayam tandoori ni lama dulu ketika baru datang ke Lembah Kelang Masa itu seorang kawan belanja makan di Bangsar Dia order ayam tandoori dan roti nan Kami makan kat gerai saja Ketika itu masih ada lagi ka...
Makan Di Nakorn Tomyam

Makan Di Nakorn Tomyam

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum WBTKISAH lagi malam tu kami keluar makan di sekitar bandar saja Pak Inche kata nak makan tomyam Sk buat carian di mukabuku dan tertarik dengan nama kedai ni Nakorn Tomyam Macam pernah ku dengar nama ini macam biasa dengar fe...
Resipi Bubur Oat Sihat Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best

Resipi Bubur Oat Sihat Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 232 hits
Para ibu nak berdiet tapi tak tahu nak makan apa Nak makan bubur tapi taknak makan nasi Jangan risau para ibu boleh gantikan bubur nasi dengan bubur oat Sangat senang untuk dibuat Rasanya juga sedap dan mengenyangkan Rolled oat boleh dijadi...
Kerepek Popia Sira Manis Dan Pedas Dah Makan Susah Nak Berhenti

Kerepek Popia Sira Manis Dan Pedas Dah Makan Susah Nak Berhenti

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 275 hits
Kerepek popia sira manis dan pedas ini memang boleh buat kita rasa ketagih Dah mula makan susah nak berhenti Sesuai dijadikan snek atau kudapan saat menonton TV dan sebagainya Bagaimana caranya nak buat Boleh rujuk resipi yang dikongsikan o...
Makan Kuey Teow Sup Lembu Tangkak

Makan Kuey Teow Sup Lembu Tangkak

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 323 hits
Assalamualaikum WBTSELEPAS check out di kami terus menuju ke Bandar Putra bagi menghadiri Sebelum pergi Segamat Pak Inche minta pendapat Sk sama ada balik tu nak singgah tidur di Muar atau Batu Pahat Terlebih dahulu beliau memujuk memaksa S...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus