Ke Pasar Tani Di Hari Cuti Peristiwa
Assalamualaikum wbt
BARU berangan nak jadi permaisuri apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengumumkan Cuti Peristiwa sehari, hari ini, sempena kemenangan Pasukan Johor Darul Ta'zim ke atas Terengganu FC dalam peringkat akhir Piala FA malam tadi. Biasanya hari ahad, Pak Inche akan ke Pasar Tani disamping membeli sarapan pagi. Jadi, kita naklah bersenang lenang menanti sarapan dihidang, tapi berangan ajelah yang mampu. Seboleh tidak, Pak Inchenya suruh ikut. Bila dah berdua, berbondong-bondonglah membeli nampaknya.
Sesi pemanasan badan, kita tinjau-tinjaulah apa yang menarik. Beli sotong, RM42 sekilo, pilih lima ekor, kena RM38. Urut dada. Lepas tu, Pak Inche ajak beli Mee Kuah kegemaran dia. Sk pilih Lontong (Basah) untuk diri sendiri dan Iman. Telur rebus habis, dia ganti dengan bergedil. Sk whatsapp Iman suruh rebus telur tiga biji
Abang baju oren tu pandai cakap cina, tentu dah biasa sebelum ni bekerja dengan tauke cina. Kelakar pulak dengar dia cakap 'take the basket.. take the basket..' dengan seorang makcik tu. Sistemnya di sini, layan diri. Plastik ambil sendiri, pilih haiwan laut yang nak dibeli, kemudian beratur untuk timbang dan bayar. Total hangus RM95 untuk tiga jenis haiwan laut yang kami beli. Urut dada lagi
Sampai rumah, Iman dah siap buat Teh O dan rebus telur. Terus hidang semua makanan dalam mangkuk. Lontong lengkap dengan sambal kacang, sambal tumis dan serunding kelapa
Bihun Kuah atau Bihun Singapore kegemaran Pak Inche. Cili harus lebih. Melimpah-limpah sampai nak terkeluar dari mangkuk. Lepas makan, Pak Inche kata, lambat sikit la makan tengahari. Lambat ke.. cepat ke.. tetaplah kita kena memasaknya. Musnah singgahsana permaisuri beta 😜
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/09/ke-pasar-tani-di-hari-cuti-peristiwa.html