Ke Mana Hilangnya Nenek Ku Hjh Fatimah
Kisah ini berlaku pada tahun 2000, disaat I berusia 8 tahun. Nenek i, Fatimah (73tahun) tetiba hilang, & tidak dijumpai sehingga ke hari ini. Kisah ini pada masa tu sangat tergempar, ramai wartawan dr pelbagai pelusuk dunia datang ke Kampung Pangkalan Minyak, Ayer Molek, Melaka untuk mengetahui misteri kehilangan nenek.
Kejadian ini berlaku pada 20 disember 2000, Menurut atuk i, Hj Osman, sekitar pada Pukul 2.30 petang, atuk sedang berbaring di sofa, Manakala nenek pula berada di dapur untuk cuci pinggan. 2 -3 minit kemudian, atuk mula pelik kerana rumah menjadi sunyi sepi dan atuk pun mencari nenek di dapur. Malangnya nenek tiada di situ dan pintu dapur terbuka.
Atuk mula risau dan mencari nenek di serata tempat termasuk di rumah jiran-jiran. Namun, tiada juga. Atuk call anak-anak suruh balik ke kampung. dan misi mencari pun bermula.
Bukit Licin, 1001 Cerita!
Untuk pengetahuan korang, nenek I menghidapi penyakit nyanyuk. Nak di jadikan cerita, beliau sering pergi ke bukit tersebut. Katanya, dekat situlah arwah ibunya yakni moyang i tinggal. Katanya lagi, moyang i tinggal di sebuah mahligai yang besar dan indah. Da berkali-kali beliau mengajak atuk i tinggal dekat sana bersama-sama ibunya.
Ok..Sambung balik cerita. Mereka teruskan operasi mencari dengan di sekitar belukar Bukit Licin yang terletak berhadapan dengan rumah atuk. Polis dan beberapa agensi lain turut terlibat dalam misi mencari nenek. Akan tetapi pencarian itu sia-sia. Nenek masih tidak di jumpai. Pihak polis hanya menjumpai selendang dan beg duit di sekitar bukit tersebut.
Jiran terhidu bau wangi?
Menurut jiran terdekat, mereka sering terhidu bau minyak wangi yang sering dipakai oleh nenek. Dan selalunya bau itu akan terhidu di ruang tamu, dapur, halaman dan di tepi jalan tempat nenek selalu duduk berbual. Malah, menurut sumber lagi seorang kanak-kanak pernah ternampak nenek dekat bawah pokok di kebun atuk. Kesahihan cerita ini tak dapat dipastikan sama ada betul ataupun tidak. Wallahu a'lam (والله أعلمُ). Hanya Allah yang mengetahui.
Masih tidak dijumpai sehingga kini.
Sehingga ke hari ini, nenek tidak dijumpai. Sama ada nenek hidup atau telah meninggal dunia, tidak di ketahui sama sekali. Dalam kesempatan ini, I nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam yang pada ketika itu ketua menteri Melaka kerana turut meluangkan masa bersama-sama membantu mencari nenek. Tidak lupa juga pihak polis, jiran-jiran dan orang ramai yang turut membantu mencari nenek. Mari la sama-masa kita sedekahkan Al-fatihan kepada Nenek dan Arwah Atuk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kisahrissaziela.com/2023/10/ke-mana-hilangnya-nenek-ku-hjh-fatimah.html