Ke Mana Arah Pas



KUALA LUMPUR: Perjuangan PAS adalah kesinambungan daripada Nabi Muhammad S.A.W yang berasas kepada al-Quran, berlandaskan perkara yang tetap dengan tidak berubah yakni dasar, ataupun mengalami perubahan mengikut zaman, situasi atau realiti keadaan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tonggak PAS ialah Perlembagaan PAS itu sendiri menetapkan bahawa hukum tertingginya adalah Quran, Hadis, ijmak ulamak, dan qiyas.

Penegasan tersebut dinyatakan beliau pada program Bicara Minda Bersama Presiden PAS anjuran Sinar Harian yang dilangsungkan dari syarikat media tersebut di Shah Alam, sebentar tadi.

Ianya sebagai menjawab soalan moderator, Tan Sri Johan Jaaffar yang menyoal Ahli Parlimen Marang itu berkenaan arah tuju beliau akan bawa PAS selaku peneraju ketika ini.

"Bagi memelihara tonggak ini, PAS mewujudkan Majlis Syura Ulamak, kerana tidak mungkin kita mempunyai ketokohan seperti Nabi, ketokohan seperti para Khulafa'. Tetapi boleh dibentuk secara kolektif. 


"Kumpulan ulamak yang berpengalaman dalam aspek-aspek Islam ini, digabungkan secara kolektif untuk memelihara dasar dan matlamat PAS. PAS mempunyai pimpinan Pusat yang dipilih oleh muktamar.

"Dan PAS juga mempunyai Lajnah Politik yang mengkaji situasi politik semasa, Lajnah Ekonomi, mempunyai Pusat Penyelidikan yang sentiasa mengkaji perkembangan yang berlaku setiap masa, sama ada di peringkat nasional ataupun global. 


"Berdasarkan kepada aspek-aspek yang ada ini, alhamdulillah kita dapat melangsungkan perjuangan kita sejak ditubuhkan sehingga hari ini," terangnya.

Jelas beliau, usaha PAS itu dilaksanakan dengan menambahkan pengikut-pengikut yang makin ramai di mana ia tidak boleh diukur dengan kerusi pilihan raya sahaja.

Seru beliau umat Islam wajib percaya Quran adalah mukjizat ilmu yang berpanjangan sehingga Hari Kiamat dan tidak mati dengan wafatnya Nabi Muhammad S.A.W kerana ilmu Allah tetap dipelihara.

"Ini keyakinan yang ada dalam diri kita. Dan ini menjadi satu kenyataan yang kita hayati dalam perjuangan PAS ini, sehingga kita sanggup menghadapi setiap perkara yang mencabar di keliling kita dan di hadapan kita," tegasnya. - HARAKAHDAILY 12/12/2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/celahgelegarblogspotcom/~3/SZLxKMZUo8c/ke-mana-arah-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Ke Arah Peneraju K Jaan M Sia Mb Terengganu

Pas Ke Arah Peneraju K Jaan M Sia Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 363 hits
MB dan Presiden PAS tiba di Ijtima Kepimpinan PAS Terengganu di Kemaman semalam KEMAMAN 2 Disember PAS boleh memberi harapan baharu sebagai peneraju Pemerintahan Malaysia selepas Piliahn raya Umum ke 15 apabila parti parti lain gagal menunj...
Umur Umno 72 Pas 70 Nak Nikah Macam Mana

Umur Umno 72 Pas 70 Nak Nikah Macam Mana

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 439 hits
N Faizal Ghazali Hubungan di antara PAS dan Umno tidak perlu begitu akrab sehingga ke jenjang pelamin sebaliknya cukup sekadar berbesan kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa Menurut Annuar sejak dilantik memegang jawatan setiausaha agung p...
Pas Sambut Baik Nasihat Pm Untuk Himpunan 8 Dis

Pas Sambut Baik Nasihat Pm Untuk Himpunan 8 Dis

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 255 hits
SAYA mengikuti pesanan ringkas yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri kepada peserta Himpunan Aman Membantah Ratifikasi ICERD pada hari Sabtu 8 Disember 2018 di Kuala Lumpur PAS menyambut baik kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan...
Jangan Halang Pas Demo Icerd Rakyat Hakim Negara Idris Ahmad

Jangan Halang Pas Demo Icerd Rakyat Hakim Negara Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 526 hits
Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan terutama bekas anggota parti itu bahawa mereka pernah menjadi kaki demo supaya jangan lupa dengan apa yang pernah mereka lakukan dulu Idris berkata bermacam macam usaha dil...
Pas Beri Amaran Di Himpunan Icerd

Pas Beri Amaran Di Himpunan Icerd

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 343 hits
Pas memberi tiga amaran kepada semua pihak termasuk golongan pelampau di negara ini Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Himpunan ICERD yang diadakan hari ini bukan kerana membenci agama mahupun bangsa lain Amaran perta...
Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 796 hits
Melayu Pemalas Di Larang BacaBiarlah kalau orang muda kita sendiri pun kata himpunan Daulat 812 hanya kerja sia2 sahaja Tambahan pula di katanya modal politik UMNO dan PAS sahaja Lagi pun peluang dalam isu ICERD inilah titik penyatuan terba...
Umno Pas Tidak Gabung Sebagai Sebuah Parti Rileksmedia

Umno Pas Tidak Gabung Sebagai Sebuah Parti Rileksmedia

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 304 hits
SEREMBAN Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO dan PAS tidak akan bergabung membentuk sebuah parti Sebaliknya beliau berkata kedua dua parti itu hanya menjalinkan kerjasama dan persefahaman sebagai blok pembangkang...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia