Ke Kuala Pilah Sebentar Cuma
Cerita semalam, encik suami dapat panggilan. Katanya dari Pos Laju nak hantar barang tapi tak tahu lokasi rumah. Rumah kat kampung. Pelik pulak tiba-tiba ada bungkusan. Alamat kampung pulak tu. Kalau beli barang, tak mungkin guna alamat kampung.
Lepas dah sahkan terima barang, kami pun siaplah balik kampung kejap. Risaulah kalau bungkusan atau document penting ke, kan. Kalau hilang satu hal lah pulak.
Mujurlah suami macam dah kebah dari demam sikit, saya pun ikut sekali lah. Risau pulak sorang-sorang. Cuaca elok betul semalam. Panas boleh tahan. Kenderaan pun agak banyak sebab semalam hari Jumaat kan. Orang sibuk balik kampung agaknya walaupun masih awal lagi, belum habis waktu kerja.
Lama tak tengok awan putih dan langit biru yang cerah. Semacam rembang. Rembang maksud nya titik di sfera samawi yang berada tegak di atas kepala seseorang pemerhati. Sedangkan masa melalui jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni lebih kurang pukul 3 lebih tapi terang macam tengahari.
Lalu depan Ulu Bendul. Perghhh..Full house! Sakan masing-masing ambil peluang bermandi manda di Ulu Bendul. Last mandi di Ulu Bendul tahun 2015. Ada polis juga, memantau keadaan.
Sampai kampung, check dalam peti pos ada bungkusan pos laju tu. Bungkusan newsletter rupanya. Masuk rumah kejap je. Lepas tu petik daun kari sikit buat stok dan balik sebab nak singgah membeli barang sekali
Singgah menyinggah beli itu ini, balik balik cuaca dah nak gelap. Baru pukul 6 macam tu tapi cuaca dah gelap semacam
Cantik aram temaram. Aram-temaram adalah suasana hampir gelap, suram atau kabur. Aram temaram in english Twilight. Sebut twilight teringat sekual Twilight. Siapa layan? Semua minat kat Edward eh? Saya geng Jacob Black. Blogger Sal, dah marathon Twilight ke belum?
Tak sempat nak menikmati layung, evening glow. Tak dapat ke pantai, kita nikmati permandangan yang sedia ada depan mata
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/09/ke-kuala-pilah-sebentar-cuma.html