Ke Genting Bersama Geng Zumba

Pada 30/06/2025 aku serta lagi 6 orang rakan kerja ke Genting Highland untuk healing dan me time bersama-sama sambil main Game indoor di sana. Untik Pengetahuan semua walau tak ada yang tanya ini kali ke dua aku ke Genting dalam hidup aku sebab aku ni sejenis yang tak suka main game macam ni. Kalau ke Fun Fair pun memang tak la nak naik game yang extreme gini
Aku, Ain, Kak Ita, Nina, Fiza, Nor dan Ulfah bertolak dari Seremban pukul 8.00pagi, singgah sarapan di Nasi Lemak Saleha di Pandan Prima Kuala Lumpur. Sampai situ pukul 9.00 pagi lebih kurang la, makanan dia sedap. Situ aku makan roti canai dan ada yang order nasi lemak. Tak menghampakan makanan dia sedap dan Fiza cakap restoran ni agak famos, patut la ramai orang datang makan.

habis je sarapan kami memulakan perjalanan ke Genting dengan menaiki Kereta Alza yang telah kami sewa. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah
lepas parking kami terus ke Cable Car, memang tenang je sebab bukan weekend kan so kami gerak chill2 je. Naik cable car (dalam gambar tu macam tak ramai kan) masing-masing dengan pelbagai ragam tapi memang seronok. Ada yang gayat, ada yang takut beralun dan macam-macam lagi la perangai masing-masing. Aku memang chill je la hahahaha...

Rasa sampai atas sana lebih kurang pukul 11.00 pagi, orang ramai tapi tak padat so kami bebas je nak berjalan.



Game yang kami sempat main dalam INDOOR THEME PARK adalag seperti dibawah :
Bumper Boss - Serlahkan jiwa pelumba dalaman kanak-kanak anda dengan permainan kereta bumper.
Tetamu di bawah ketinggian 120cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak
berketinggian antara 120sm dan 130sm mesti ditemani oleh teman selia
yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Spin Crazy -Bandul berputar raksasa dengan putaran 360 darjah di udara. Para tetamu
di bawah 130cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik.
Chariot Cruise - Pelayaran terbang mesra keluarga yang berputar di sekitar taman. Tetamu
di bawah 110cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik. Had
ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 110cm hingga
122cm dan mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas
dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Music Express - Lonjakan, berpusing dan berputar pada tunggangan bergelora berputar
pantas ini dengan cerun mengejut dan gerakan ke belakang. Tetamu di
bawah ketinggian 130cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak yang tingginya
antara 130sm dan 140sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16
tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Space Cadets - Permainan mesra keluarga dengan gerakan kapal terbang yang boleh
dikawal. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak boleh bermain. Tinggi
kanak-kanak antara 80sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman seliaan
berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Lepas dah main permainan ni kami gi CU minum-minum sebab masa ni dah pukul 2.00 petang. Habis je minum kami ke Ripley's Adventureland dan 4 Attraction yang kami masuk iaitu :
Ripley's Believe It Or Not!


Jurassic Research Centre





Zombie Outbreak
Infinity Room


Selesai semua tempat baru la perut berkeroncong... waktu ni dah hampir ke pukul 4.00 petang. so kami turun ke GPO terus cari kedai makan so decide ke Peranakan Place. Aku order nyonya laksa




lepas makan sambung jenjalan, ada yang shopping macam2 aku tak ada nak beli apa just beli buah tangan untuk suami dan anak-anak. Diorang suka chocolate so borong la sikit chocolate buat ole2 untuk mereka

Gambar-gambar OOTD kami :




Kami bergerak dari GPO anggaran pukul 6.45 petang, dalam perjalanan tu macam-macam la yang kami borakkan. Borak kosong je untuk isi masa lapang dan tak nak driver mengantok
Next Distination.... tunggu (kot aku bleh follow) hahahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://penulisanyus.blogspot.com/2025/07/ke-genting-bersama-geng-zumba.html