Ke Arah Melahirkan Atlit Cemerlang Dan Bermaruah
Pengerusi dan Pengarah MSN bersama Pengarah U-BeS menunjukkan logo KASUKEL 2019
KASUKEL PENANDA ARAS ATLIT KELANTAN KE SUKMA 2020
KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan prihatin terhadap pembangunan atlit peringkat akar umbi. Pelbagai program dilaksanakan untuk melahirkan atlit cemerlang dan bermaruah yang diyakini mampu memberi sumbangan kepada negeri dan negara. Penganjuran Karnival Sukan Kelantan (KASUKEL) adalah platform tepat bagi memenuhi tujuan berkenaan.Kejohanan julung-julung kali ini melibatkan kerjasama strategik antara Majlis Sukan Negeri Kelantan dengan Persatuan Sukan Negeri dengan bantuan Jabatan Kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Kelantan, Pihak Berkuasa Tempatan, Institut Pengajian Tinggi Awam, Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta sokongan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Sukan Negara.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN), YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, MSN terus komited mempromosikan sukan sebagai satu ibadah melalui pengenalan pematuhan pakaian menutup aurat untuk lebih 2000 atlit bertanding selaras dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam yang didukung oleh Kerajaan Negeri Kelantan.“Karnival ini medan pendedahan mempamerkan kehebatan dan sesi pemanas badan atlit-atlit remaja berumur antara 9 hingga 20 tahun yang bernaung di bawah Pusat Latihan Negeri bagi persediaan menghadapi SUKMA ke 20 pada tahun 2020 di Johor Baharu, Johor Darul Takzim pada 11 hingga 19 Julai 2020. Selain itu karnival ini juga untuk mengenalpasti bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan oleh Persatuan Sukan Negeri di samping mewujudkan semangat dan silaturahim antara atlit-atlit terlibat”, katanya.“Bagi pelan jangka panjang, MSN merancang mengadakan karnival sukan ini secara dwi-tahunan bagi menyemarakkan aktiviti sukan di negeri Kelantan. Setiap Majlis Sukan Jajahan juga akan berperanan menganjurkan sekurang-kurangnya satu jenis sukan di jajahan masing-masing.“Peranan Majlis Sukan Jajahan akan dipergiatkan dan pada tahun mendatang kita merancang untuk mengadakan karnival ini melibatkan pertandingan antara jajahan. Dalam masa yang sama, penganjuran ini akan memberi tanda aras persediaan Kelantan dari segi atlit dan prasarana sukan untuk menjadi tuan rumah SUKMA sekiranya diberi peluang nanti”, tambahnya.Edisi pertama Kasukel tahun 2019 bermula 1 hingga 3 Ogos 2019 melibatkan 17 jenis sukan di 16 lokasi sekitar Kota Bharu kecuali sukan hoki di Pasir Mas dan berbasikal di Bachok. Penyertaan pasukan undangan dari Perak, Selangor, Perlis, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Phatalung, Thailand turut memeriahkan kejohanan bagi sukan angkat berat manakala tinju pula disertai oleh pasukan dari Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi acara gimnastik artistik pula, gimnas Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah, Perak dan Johor sedia menyahut cabaran.Majlis perasmian KASUKEL 2019 bakal disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj. Ahmad Yacob pada Khamis, 1 Ogos 2019 bertempat di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI jam 2.30 petang. Semua masyarakat, penggiat dan penggemar sukan dipersilakan hadir bagi menyaksikan majlis perasmian dan acara sukan di lokasi tertera.1 Angkat Berat Dewan Majlis Sukan Sekolah Kelantan , Wisma Sukan Jalan Telipot.
2 Bola Jaring Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab.
3 Berbasikal Jalanraya sekitar Jajahan Bachok
4 Boling Padang Dewan KADA, Lundang.
5 Badminton Dewan Badminton PBNK,Jalan Telipot.
6 Bola Tampar Dewan Sek Men Kebangsaan Salor.
7 Muay Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
8 Tinju Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
9 Pencak silat Gelanggang Seni, Kota Bharu
10 Petanque Dewan KADA.
11 Tenis KGCC, Kota Bharu
12 Hoki Padang Hoki Kijang Emas PPD, Pasir Mas.
13 Bola Keranjang SMJKC Chung Hwa, Kota Bharu.
14 Gimnastik artistik (L) Dewan Gimnastik MSSK,Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab.
15 Sepak Takraw Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI.
16 Wushu Ruang Legar KBMALL, Kota Bharu.
17 Golf KGCC, Padang Tembak.
(http://upknkelantan.com)
Ini, antara aktiviti yang melahirkan atlit sukan tidak bermaruah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/ke-arah-melahirkan-atlit-cemerlang-dan.html