Ke Arah Kedamaian Negara



CATATAN JULAI

SEMASA singgah di Sungai Bakap malam semalam, saya disapa dan disalami penuh mesra oleh seseorang. Dia beri tahu dia pembaca tulisan saya, baik dalam medsos dan juga buku-buku saya. 
Menurutnya lama dia memantau penulisan saya, terutamanya mengenai politik sejak diawal reformasi lagi. Jadi perjumpaan malam itu sedikit merujanya

Secara jujur dia mengakui dia ahli parti Amanah, bermakna dahulu dia adalah ahli parti Pas. Dia datang dari Parit Buntar, usianya saya kira sekitar 50an

Dalam perjumpaan itu, dia mengadu akan kebimbangannya dengan sikap dan kerenah politik masa kini terutamanya membabitkan orang-orang Pas. Katanya rata-rata penyokong Pas ditempatnya adalah rakan dan saudaranya, sebab dia juga ahli Pas. Namun hubungan dan persahabatan terputus bila dia menyertai Amanah. Ikatan kasih sayang dan ukhwah sesama sendiri juga retak

Rakan-rakan dalam Pas memulaunya. Bukan itu sahaja, mana-mana ada yang ingin terus berkawan dengannya, diugut dan turut dipulau sama. Menyedihkan diberikan peringatan agar jangan mendekati "Neraka." Nauzubilah mina zalik. 
Beliau sangat bimbang dengan situasi ini. Lantas beliau mahu tahu pendapat saya, dan ingin petua daripada saya bagaimana hendak mengatasinya. Baginya politik sebegitu tidak rasional lagi dan sudah melampau. Masakan berpolitik, berbeza idealogi boleh putuskan persahabatan, dan meretakkan hubungan anak beranak. 
Saya memahami apa dihadapinya itu. Ia merupakan satu culture shock kepada setiap orang yang tidak bersama Pas. Situasi yang disebut itu sudah lama berlaku di Kelantan dan Terengganu

Katanya keadaan itu tidak berlaku sebelum ini, tetapi ia menjadi-jadi sekarang ini, sejak tertubuhnya Amanah. Beliau hairan walaupun elemen benci membenci itu sudah ada sebelum ini khususnya dengan orang UMNO, tetapi ia tidak sesadis dengan Pas

Saya hanya dengar luahan perasaannya sebab saya sudah arif mengenainya. Hal sebegitu sudah lama berlaku di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Fenomena sama kini menyerap ke Perak, Selangor, Pahang, Johor malahan ke seluruh negara. Budaya politik Pas ala Kelantan dan Terengganu itu sedang bergerak ke seluruh negara. 
Dahulu dirasakan hanya orang Kelantan dan Terengganu fanatik politik PAS, tetapi elemen itu kini sudah menyelinap dan menjadi amalan kepada ahli dan penyokong Pas di negeri lain. Ini berlaku kerana Pas menamkan faham politik salah itu secara istiqamah tanpa rasa bersalah dan berdosa. Pas sangat obeses kepada politik ekstrim dan fanatik begitu

Dari sudut ilmu politik ia tidak salah cara Pas itu. Sebab untuk menarik perhatian dan mengikat ahli ia perlu lakukan apa sahaja strategi dan tektik walaupun tidak rasional dan bertentangan dengan nilai hidup yang menyedihkan. Sebab ia dihalalkan dalam politik. Dalam konteks ini Pas tidak salah seratus peratus.
Amalan dan kepercayaan politik Pas itu umpama hendak menangkap burung atau kancil di hutan. Kita akan menggunakan apa sahaja helah (strategi) untuk menangkapnya. Guna jerat dengan meletakkan pelbagai ummpan, hidup atau mati dan sebagainya. 
Dan kalau buruan itu tidak masuk ke jerat, ditembaknya. Dan apabila sudah mendapatnya akan disangkarnya, kurung agar tidak boleh keluar lagi. Apakah cara itu menyeksa dan menghiba itu soal lain. Politik mana ada hati perut dan perasaan. Madah saya, jagan rasa mustahil dengan tindakan orang politik.

Kerana sahabat itu serius dan ikhlas mahukan pendapat saya bagaimana hendak menyelesaikan politik cara jahiliah itu, saya memberi dua petua untuk meredakan permasalahan ini. Pertama haramkan terus Pas, atau pun ubah parti Pas jangan biarkan ia menggunakan perkataan Islam, dan menjadikan Islam sebagai idealisme politiknya

Atau kalau tidak berani untuk mengharamkan Pas, usahakan agar parti agama itu bersama parti memerintah kini. Ambilnya menjadi sebahagiuan daripada kerajaan. Saya percaya dan yakin kalau dibuat cara ini, dalam kata lain Pas bersama menyokong kerajaan, akan redalah perang psikoligi, politik jahiliah, tindakan pulau memulau dan mengkafirkan orang lain itu. Saya jamin

Usaha atau hal ini sudah jadi kenyataan, suatu masa dahulu, apabila Pas menyertai BN tahun 1974. Selama PAS berada dalam BN ketika itu, pulau memulau dan mengkafirkan orang UMNO berhenti terus. Ia muncul kembali apabila Pas ditendang keluar daripada BN. 
Berbanding petua pertama tadi, mengharamkan Pas, saya kata cara kedua itu lebih baik, harmoni. Tindakan mengharamkan Pas akan menambahkan bara dan api kemarahan orang Pas kepada parti memerintah hari ini. Pas sanggup mati dalam soal keyakinannya. Ia akan dijadikan modal sehingga kiamat nanti. Justeru cara paling bijak dan berhemah ialah bawa Pas masuk ke dalam kerajaan

Saya percaya dan yakin mereka (pemimpin) yang rasional politik sedang berusaha ke arah itu. Dan akhir-akhir ini sudah nampak ada bunga-bunga persefahaman di antara Pas dengan parti kerajaan sedang berkembang. Sudah ada aksi, kenyataan dan pandangan lunak dikeluarkan para pemimpin Pas. Perubahan dan beralihnya nada memberi isyarat jelas. Bagus. 
Dalam konteks untuk mereda dan mendamaikan politik kita, bukan sahaja perlu ditumpukan kepada ta'awun atau kerjasama Pas dengan kerajaan, tetapi parti Bersatu juga perlu diundang sama. Kena letakkan Bersatu sebahagian daripada baji atau paku (pasak) yang akan mengemaskan perpaduan ummah dan kestabilan politik di negara ini. 
Keharmonian dan kedamaian negara ini tercapai kalau umat Melayu bersatu. Kalau negara ini dianggap sebagai hak Melayu, maka Melayu wajib bersatu demi merealisasikan harapan itu. 
Anak muda itu dengar dan rasanya berpuas hati dengan pandangan saya, sebab masa bersalam untuk berpisah dia genggam tangan saya kemas-kemas dan harap akan berjumpa lagi. Trims. [wm.kl. 11:22 am 01/07/2024]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/07/ke-arah-kedamaian-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpk Kasus Dugaan Korupsi Pt Telkom Rugikan Negara Lebih Dari Rp200 Miliar

Kpk Kasus Dugaan Korupsi Pt Telkom Rugikan Negara Lebih Dari Rp200 Miliar

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 186 hits
KPK memperkirakan negara mengalami kerugian hingga Rp200 miliar dalam tindak pidana korupsi ini
Sembang Kl Diesel Penyasaran Subsidi Nak Elak Negara Rugi Klfm 25 06 2024

Sembang Kl Diesel Penyasaran Subsidi Nak Elak Negara Rugi Klfm 25 06 2024

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 123 hits
SEMBANG KL SELASA25 JUN 2024DIESEL PENYASARAN SUBSIDI NAK ELAK NEGARA RUGIBERSAMA ENCIK ZHARIF JOHORSETIAUSAHA KERJA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA PENERBIT RIDZ DOLLAHPENYAMPAI ASHILA ASHURASumber KLfm SEMBANG KL DIESEL PENYASARAN SUBSI...
Rugikan Negara Rp400 Miliar Begini Modus Korupsi Pengadaan Lahan Di Rorotan Jakarta Utara

Rugikan Negara Rp400 Miliar Begini Modus Korupsi Pengadaan Lahan Di Rorotan Jakarta Utara

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 111 hits
KPK sebelumnya mencekal 10 orang terkait dugaan kasus korupsi pengadaan lahan di lingkungan BUMD DKI Jakarta tersebut
Tak Berdiam Diri Azizulhasni Awang Bersuara Isu Baju Sukan Olimpik Negara

Tak Berdiam Diri Azizulhasni Awang Bersuara Isu Baju Sukan Olimpik Negara

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 122 hits
Sejak kebelakangan ini peminat sukan tanah air meluahkan rasa tidak puas hati terhadap design pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang dikatakan agak ketinggalan dan membosankan Tidak terkecuali jaguh berbasikal trek negara...
Kalau Baju Cantik Tak Dapat Emas Pun Tak Guna Hamidin Ulas Baju Sukan Olimpik Negara

Kalau Baju Cantik Tak Dapat Emas Pun Tak Guna Hamidin Ulas Baju Sukan Olimpik Negara

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 97 hits
Kalau baju cantik tapi tak dapat emas pun tak guna Ketua Kontinjen Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiada gunanya jika rekaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 cantik sekiranya mereka gagal memberikan kilauan emas buat neg...
Ppim Tidak Masuk Akal Malaysia Sokong Solusi Dua Negara Berita Pertiwi 25 06 2024

Ppim Tidak Masuk Akal Malaysia Sokong Solusi Dua Negara Berita Pertiwi 25 06 2024

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 229 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyelar pendirian kerajaan campuran yang masih berpegang kepada penyelesaian dua negara Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata warga Palestin tidak seharusnya dipaksa berkongsi tanah dengan penjajah y...
Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 289 hits
Malaysia disebut sebut sebagai Harimau Asia yang akan menjadi negara maju dalam tempoh dua dekad pada 1990an lalu Namun akibat pelbagai kendala ekonomi Malaysia akhirnya terperangkap dalam lingkaran negara berpendapatan sederhana yang tidak...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini