Kdn Larang Kempen Lets Read The Quran


KUALA LUMPUR | Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang aktiviti menulis dan membaca Al-Quran dalam bahasa lain selain daripada bahasa Arab.

Pengerusinya, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T dalam bahasa Arab dan bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran maka Al-Quran tidak boleh ditulis dalam bahasa lain kecuali tafsirannya.

Sehubungan itu, katanya, LPPPQ memandang serius ke atas kempen “Lets Read The Quran” yang sedang digerakkan pihak tertentu di negara ini bagi menulis dan membaca Al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab.

“Al-Quran ada kaedah pembacaannya dengan bertajwid, bertarannum dan makhraj yang betul, Al-Quran yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi membolehkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami makna Al-Quran.

“Namun, terjemahan tersebut bukan merupakan naskah Al-Quran, tetapi merupakan terjemahan Al-Quran atau tafsiran Al-Quran.

“Namun begitu, terjemahan Al-Quran hendaklah bersama-sama dengan teks Al-Quran dalam bahasa Arab, terjemahan naskah Al-Quran tanpa teks bahasa Arab dilarang dan ditakuti disalah fahami dan membacanya tidak mendapat pahala,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Harussani dalam pada itu menegaskan, Al-Quran adalah kalam Allah dan membacanya akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T walaupun tidak mengetahui maknanya.

Menurutnya, Al-Quran kitab suci yang mempunyai hukum tertentu apabila berkait dengannya dan Al-Quran haram disentuh melainkan dalam keadaan berwuduk selain dilarang membacanya dalam keadaan berhadas besar.

“Ini adalah cara memuliakan Al-Quran sebagai kalam Allah,” tegas beliau yang juga merupakan Mufti Perak.

Justeru, kata beliau, menulis dan membaca naskah Al-Quran dalam bahasa lain selain daripada bahasa Arab adalah dilarang sama sekali.

Kata Harussani, penulisan Al-Quran dalam bahasa lain tanpa ada teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai Al-Quran.

“Perbuatan ini boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984.

“LPPPQ bersama-sama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri di seluruh Malaysia akan mengambil tidakan tegas bagi menyekat gerakan dan kempen berkenaan,” katanya.

Sumber: Mynewshub


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ulumquran.blogspot.com/2016/03/kdn-larang-kempen-lets-read-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makam Al Quran

Makam Al Quran

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 461 hits
Terletak jauh di kawasan pergunungan gersang mengelilingi bandar Quetta di barat daya Pakistan tersembunyi sebuah gua dipenuhi al Quran yang melindungi kitab suci berkenaan Gunung yang dikenali sebagai Jabal e Noor atau Gunung Cahaya itu di...
Parking Your Car Read This Message And Understand Why You Must Get Into The Habit Of Reverse Parking

Parking Your Car Read This Message And Understand Why You Must Get Into The Habit Of Reverse Parking

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 328 hits
Warning Just last weekend on Friday night we parked in a public car park As we drove away I noticed a sticker on the rear window of the car When I took it off after I got home it was a receipt for petrol Luckily my friend told me not to sto...
When Was The Last Time You Read A Book

When Was The Last Time You Read A Book

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 240 hits
As far as I remember the last book that I ve read is Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki and that was maybe around two years ago What I can say is writing is now such a freaking burden on my mind But I have to do this since this is the bes...
Penganjur Let S Read Quran Jawab Mufti

Penganjur Let S Read Quran Jawab Mufti

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 164 hits
YBhg Tan Sri Dato Seri Hj Harussani bin Hj ZakariaPengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al Quran Kementerian Dalam Negeri Assalamualaikum W B T YBhg Tan Sri Dato Seri KEMPEN LET S READ THE QURAN 2016Dengan hormatnya kami mer...
Larang Jualan Edaran Buku Hina Nabi Muhammad Saw Al Quran Islam

Larang Jualan Edaran Buku Hina Nabi Muhammad Saw Al Quran Islam

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 283 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA SINGAPURA Pihak berkuasa melarang penjualan atau pengedaran sebuah buku kartun politik Berita Mediacorp melaporkan buku itu mengandungi imej yang menyinggung perasaan penganut pelbagai agama di sini Penguasa Pemban...
A Japanese Soldier Who Continued Fighting Wwii 29 Years After The Japanese Surrendered Because He Didn T Know

A Japanese Soldier Who Continued Fighting Wwii 29 Years After The Japanese Surrendered Because He Didn T Know

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 325 hits
about a Japanese soldier who continued fighting World War II a full 29 years after the Japanese surrendered because he didn t know the war was over Hiroo Onoda is a Japanese citizen that originally worked at a Chinese trading company When h...
Su 30 Redefines The Laws Of Gravity

Su 30 Redefines The Laws Of Gravity

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 257 hits
Watch This Video of SU 30 fantastic manuver U 30 pilot demos some amazing skills
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah