Gangguan Perkhidmatan Aerotrain Apad Diarah Buka Kertas Siasatan Terhadap Mahb Mot


Gangguan Perkhidmatan Aerotrain, APAD Diarah Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB – MOT
PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) — Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka kertas siasatan terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) susulan gangguan terbaharu perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.
Menterinya Anthony Loke berkata langkah itu diambil berikutan perkhidmatan Aerotrain telah beroperasi selama beberapa bulan dan kementerian memandang serius setiap insiden gangguan yang berlaku.
“Pada peringkat awal operasi, kementerian mengambil maklum bahawa MAHB memerlukan masa untuk menyesuaikan diri memandangkan perkhidmatan ini masih dalam fasa penyesuaian awal.
“Namun, selepas beberapa bulan beroperasi tindakan tegas akan diambil bagi setiap gangguan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata lesen pengendali yang dikeluarkan kepada MAHB menetapkan bahawa syarikat itu wajib memastikan tahap perkhidmatan Aerotrain yang memuaskan kepada pengguna.
Loke berkata mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pelanggaran syarat lesen pengendali boleh dikenakan kompaun hingga RM250,000 bagi setiap kesalahan.
Terdahulu, perkhidmatan Aerotrain di KLIA dilaporkan sekali lagi mengalami kerosakan awal pagi tadi, memaksa penumpang membawa sendiri bagasi dan berjalan dalam gelap di atas platform.
Sejak kembali beroperasi pada Julai 2025, perkhidmatan tersebut telah mengalami beberapa gangguan, termasuk kejadian melibatkan gangguan kuasa pada 15 Okt lepas.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan di Dewan Rakyat awal bulan ini sebanyak 19 insiden direkodkan antara 2 Julai hingga 30 Sept.
Sumber: BERNAMA
BACA: ASEAN, China Perkukuh Perdagangan Melalui Perjanjian ACFTA 3.0 Yang Dipertingkatkan  BACA: Malaysia Dijangka Terima Kapal Pengawal Pantai Kedua, USD7 Juta Di Bawah Dana Ketenteraan Asing Dari AS The post Gangguan Perkhidmatan Aerotrain, APAD Diarah Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB – MOT appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/28/gangguan-perkhidmatan-aerotrain-apad-diarah-buka-kertas-siasatan-terhadap-mahb-mot/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahb To Address Klia Aerotrain Disruptions With Action Plan

Mahb To Address Klia Aerotrain Disruptions With Action Plan

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 157 hits
Malaysia Airports Holdings Bhd plans to implement a comprehensive action plan to address the recurring reliability issues involving the KLIA aerotrain system The project will be managed by the team from Malaysia Airports collaborating with ...
Kibar Bendera Isr El Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Negeri

Kibar Bendera Isr El Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Negeri

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 172 hits
Tindakan penganjur di Kelantan mengibarkan bendera rejim haram Zionis Israel dilarang kerana termasuk dalam perbuatan yang melampaui batas syarak apabila menzahirkan pengiktirafan terhadap kezaliman dan menyinggung sensitiviti umat Islam di...
Perkhidmatan Internet Tergendala Beberapa Jam Akibat Gangguan Perkhidmatan Awan Amazon

Perkhidmatan Internet Tergendala Beberapa Jam Akibat Gangguan Perkhidmatan Awan Amazon

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 211 hits
Beberapa perkhidmatan internet popular termasuk platform penstriman aplikasi pesanan dan bank terjejas selama beberapa jam pada Isnin susulan gangguan pada rangkaian awan utama milik Amazon Gangguan itu menjejaskan pelbagai perkhidmatan sep...
Mahb Scrambles To Fix Klia Aerotrain Failures After Repeated Breakdowns

Mahb Scrambles To Fix Klia Aerotrain Failures After Repeated Breakdowns

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 195 hits
MALAYSIA Airports Holdings Bhd has demanded immediate corrective action from its aerotrain contractors following repeated breakdowns that have dented public confidence in the Kuala Lumpur International Airport transport system Preliminary a...
Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 429 hits
WHETHER that is fat hope or otherwise blogger and veteran journalist Datuk A Kadir Jasin has seemingly used the breakdown prone KLIA aerotrain system to gauge if airport operator Malaysia Airports Holdings Bhd is better off as a listed enti...
Terengganu Mahkamah Tolak Permohonan Reman Terhadap Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Dan Adik

Terengganu Mahkamah Tolak Permohonan Reman Terhadap Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Dan Adik

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 193 hits
Mohd Ishak Abdillah NgahDUNGUN Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan reman terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bersama adik lelakinya yang disyaki terbabit dalam kes penipuan hartanah Majistret Nur Amira Fatihah...
Krisis Bersatu Hilang Kepercayaan Terhadap Mahiaddin Boleh Keluar Parti Saifuddin

Krisis Bersatu Hilang Kepercayaan Terhadap Mahiaddin Boleh Keluar Parti Saifuddin

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 182 hits
menegaskan bahawa boleh keluar jika hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti Haris menyifatkan desakan Saifuddin sebagai berniat jahat merosakkan parti dengan motif kepentingan peribadi dan kelompok tertentu Serangan secara ter...
Sikap Bercampur Pas Terhadap Kehadiran Trump Timbul Persoalan

Sikap Bercampur Pas Terhadap Kehadiran Trump Timbul Persoalan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 181 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Kenyataan bercampur PAS mengenai kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar benar memahami keseimbangan antara prinsip moral dan keperluan diplomasi...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Patut Ke Guna Ai Bot Kripto Ini Yang Anda Perlu Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hentian Rehat Rawat Seremban

Play88 Malaysia Online Casino The Trusted Choice

Perancangan Kewangan 2026 Cara Urus Duit Dengan Lebih Teratur

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab