Kdn Dapat Maklumat Terkini Keberadaan Jho Low



KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kementerian Dalam Negeri mendedahkan mempunyai maklumat terkini mengenai di mana Low Taek Jho atau Jho Low berada.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan kerjasama dengan pihak tertentu di negara yang disyaki Jho Low berada dalam usaha membawa pulang lelaki berkenaan.
“Beberapa hari lepas, saya dapat maklumat terkini bahawa kita tahu di mana dia (Jho Low) bagaimana caranya mungkin kita dapatkan kerjasama pihak-pihak tertentu di negara-negara yang dikata dia berada. Dikatakan dia bergerak antara satu tempat ke tempat lain sebagai cara untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak kita.


Loading... “Tetapi langkah ini tidak akan berhenti sehingga kita dapat. Kalau Yang Berhormat cadang ke lubang cacing, lebih dari lubang cacing pun kita akan pergi untuk pastikan kes ini kita selesaikan dan bawa Jho Low balik ke sini dan dibicarakan sehingga dapat selesaikan isu 1MDB,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Berhubung usaha Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membantu kerajaan bagi mencari serta membawa pulang Jho Low, Muhyiddin berkata, pihak kerajaan tidak dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Sembrong itu.

“Saya tak tahu Yang Berhormat Sembrong nak cari Jho Low, dia kata dia kenal dengan pemimpin China. Sebenarnya di peringkat Putrajaya kami tidak dihubungi oleh beliau. Saya pun berhubung dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada ke YB Sembrong memberitahu, dia kata tidak diberitahu, dan oleh sebab itu, mungkin itu pandangan beliau (Hishammuddin) sendiri,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain daripada sesiapa sahaja yang ingin membantu, kementeriannya menerusi sumber-sumber dan organisasi tertentu akan terus berusaha menjejak Jho Low.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, KDN telah menerima maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara berhubung cadangan memansuhkan atau meminda Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan mengenai dasar kerajaan berhubung perkara itu.

“Kerajaan juga memberi jaminan bahawa pindaan atau pemansuhan undang-undang berkenaan akan menjamin hak asasi rakyat di samping tidak memberi implikasi negatif terhadap keselamatan dan ketenteraman awam serta keharmonian pelbagai kaum di negara ini,” katanya.

Menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada akta-akta berkenaan akan dimansuh atau dipinda pada sesi persidangan kali ini, Muhyiddin berkata, beliau kurang pasti mengenai perkara itu kerana terdapat proses perbincangan dengan pihak pemegang taruh yang akan mengambil masa panjang.

Kepada soalan lain Ramkarpal supaya tindakan sewajarnya diambil atas dakwaan ahli perniagaan J. Deepak mengenai penglibatan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Muhyiddin berkata beliau mengambil maklum mengenai pendedahan berkenaan.

“Bagi kita di peringkat kementerian kalau ini dianggap sebagai bukti baru atau maklumat baharu yang dikatakan agak ada sedikit sebanyak berasas, maka kita boleh ambil tindakan sebagaimana dicadangkan. Mungkin kita boleh panggi Deepak dulu untuk dapatkan kenyataan sebenarnya,” katanya. - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/10/kdn-dapat-maklumat-terkini-keberadaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Tidak Bersalah Selagi Tidak Dibuktian Bersalah

Jho Low Tidak Bersalah Selagi Tidak Dibuktian Bersalah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 343 hits
Kita kenalah terima kenyataan yang standard itu Tetapi jika jho low bertanding di PRU di Malaysia dia akan tahu nasibnya Ada beberapa nama yang dikaitkan dengan bapa segala skandal di Malaysia mereka menang di PRU lepas Menang sebelum dided...
Us Lays Criminal Charges Against Jho Low Goldman Bankers

Us Lays Criminal Charges Against Jho Low Goldman Bankers

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 241 hits
The US Department of Justice has indicted fugitive businessperson Low Taek Jho former Goldman Sachs banker Tim Leissner and another ex Goldman banker on multiple criminal charges related to the 1MDB scandal In a statement tonight the DOJ sa...
Doj Cakes For Madam Boss Jho Low S Code For Bribes To Mrs Mo1

Doj Cakes For Madam Boss Jho Low S Code For Bribes To Mrs Mo1

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 306 hits
Cakes That was the code fugitive businessperson Jho Low used to describe bribes intended for the wife of Malaysian Official 1 according to the US Department of Justice In its charge documents on banker Goldman Sachs dealings with Jho Low th...
Mo1 And Wife Mentioned In Doj Charge Documents On Jho Low

Mo1 And Wife Mentioned In Doj Charge Documents On Jho Low

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 313 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak his wife Rosmah Mansor and stepson Riza Aziz were referred to in several charge documents related to the indictment of fugitive financier Jho Low and senior Goldman Sachs bankers by the US Department ...
Doj Tim Leissner Mengaku Bersalah Curi Wang 1mdb Roger Ng Dan Jho Low Didakwa

Doj Tim Leissner Mengaku Bersalah Curi Wang 1mdb Roger Ng Dan Jho Low Didakwa

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 365 hits
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa Tim Leissner dan Roger Ng berkaitan dengan pengubahan wang haram dari 1MDB hari ini Gambar FailKUALA LUMPUR Bekas Pengarah Asia Goldman Sachs Tim Leissner mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah...
Keep Info On Jho Low Tight To Prevent Him Evading Arrest

Keep Info On Jho Low Tight To Prevent Him Evading Arrest

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 236 hits
Any latest information on the whereabouts of fugitive businessperson Jho Low should be kept within those investigating to prevent him from evading arrest again Deputy Home Minister Azis Jamman said Speaking to reporters today Azis said he b...
Jho Low Minta Kekebalan Mahu Jumpa Mahathir Dedah Daim

Jho Low Minta Kekebalan Mahu Jumpa Mahathir Dedah Daim

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 382 hits
MALAYSIADATELINE Suspek utama kes 1Malaysia Development Berhad Low Taek Jho masih berusaha keras mendapat kekebalan daripada tindakan kerajaan dedah Tun Daim Zainuddin Namun bekas menteri itu kini pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan enggan ...
Bawa Balik Jet Jho Low Hanya Jika Berbaloi Kata Tun M

Bawa Balik Jet Jho Low Hanya Jika Berbaloi Kata Tun M

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Usaha membawa balik jet peribadi milik ahli perniagaan yang sedang dicari Low Taek Jho atau Jho Low hanya akan dilakukan sekiranya ia berbaloi kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beberapa media sebelum ini melaporkan M...
Doj Mula Pertuduhan Terhadap Jho Low Apakah Nasib Mo1

Doj Mula Pertuduhan Terhadap Jho Low Apakah Nasib Mo1

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 378 hits
Jabatan Keadilan AS mengenakan pertuduhan terhadap ahli perniagaan yang kini menjadi buruan Low Taek Jho dan dua bekas jurubank dari Goldman Sachs termasuk Tim Leissner atas pelbagai tuduhan jenayah berkaitan skandal 1MDB Menurut kenyataan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba