Kdn Akan Terus Kaji Pindaan Akta Hasutan Sosma Poca


Mohamad FadliMuhyiddin Yassin berucap pada Majlis Amanat Tahun Baru 2020 di kementeriannya hari ini. PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneruskan kajian untuk meminda beberapa akta di bawah bidang kuasanya, termasuk Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

Menterinya, Muhyiddin Yassin berkata, ia sebahagian daripada 3 teras utama, iaitu pemerkasaan keselamatan dan ketenteraman awam, pemantapan institusi dan sistem perkhidmatan serta pengukuhan keselamatan rentas sempadan, yang dirangka bagi menyokong misi dan visi KDN sepanjang tahun ini.

Turut akan dikaji ialah Akta Penagihan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Ini untuk memastikan akta-akta yang dikuatkuasakan KDN relevan dengan keadaan semasa dan mendokong prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baru 2020 di kementeriannya hari ini.

Beliau berkata, KDN juga akan mengkaji Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2016-2020 sebagai persediaan untuk pembangunan pelan tindakan baru bagi 5 tahun akan datang.

Dari segi pengurusan pendatang asing tanpa izin (Pati), katanya, KDN akan melaksanakan Pelan Holistik Penguatkuasaan Pati melalui 5 strategi, iaitu operasi penguatkuasaan, perundangan dan dasar penguatkuasaan, kawalan sempadan dan pintu masuk, pengurusan warga asing, pelaporan media serta publisiti.

Muhyiddin berkata, KDN akan memberi tumpuan untuk mengekang dan membanteras aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan melalui inisiatif “The New Non Profit Organization Financial Environment Management” di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi mengenal pasti pertubuhan berdaftar yang disalahgunakan untuk tujuan itu.

Katanya, KDN secara prinsipnya bersetuju dengan syor penambahbaikan tadbir urus di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), khasnya projek menaik taraf sistem ICT dengan penggantian aplikasi, perisian dan perkakasan yang akan dimulakan tahun ini, sejajar penarafan semula dan memperkukuhkan integriti JPN sebagai agensi berisiko tinggi.

Beliau berkata, KDN dalam proses menubuhkan Majlis Konsultatif Keselamatan dan Ketenteraman Awam (MKKKA) untuk menambah baik pengurusan isu berkaitan keselamatan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Malaysia ialah negara ke-16 paling aman di dunia menerusi Indeks Keamanan Global.

Katanya, pencapaian itu lebih baik daripada kedudukan ke-25 pada 2018 berbading 163 negara lain.

“Dalam memperkasakan usaha untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman negara sentiasa terjamin, KDN telah merangka Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam yang dilancarkan perdana menteri pada 3 Okt lau.

Beliau berkata, indeks jenayah di Malaysia menunjukkan penurunan sebanyak 7.5% atau 249 kes berbanding sasaran 269 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Sehingga 31 Dis lalu, katanya, pihak berkuasa menahan 51,300 Pati dan 1,266 majikan, manakala 134 bot nelayan asing ditahan dalam Ops Naga di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Muhyiddin berkata, KDN juga mengambil serius usaha mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan, di mana 25,111 atau 98.5% daripada 25,495 permohonan sudah diproses sehingga 31 Dis lalu.

Katanya, kerajaan memberi penekanan serius terhadap tanggungjawab KDN dalam melaksanakan fungsi dan peranannya yang diukur berdasarkan prestasi KDN melalui Ministerial Performance Indicator (MPI).

“KDN menetapkan 27 KPI bagi MPI 2019 dan sehingga 1 Dis 2019 pencapaian bagi 25 KPI adalah sebanyak 99%.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/kdn-akan-terus-kaji-pindaan-akta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tentang Jawi Makna Langgar Akta Hasutan 1948

Tentang Jawi Makna Langgar Akta Hasutan 1948

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 228 hits
Harussani Zakaria KUALA LUMPUR Semua pihak khususnya yang berusaha menentang pengenalan tulisan Jawi di sekolah sekolah vernakular diingatkan mereka telah melanggar Akta Hasutan 1948 Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria berkata hal itu keran...
Harussani Desakan Halang Tulisan Jawi Langgar Akta Hasutan

Harussani Desakan Halang Tulisan Jawi Langgar Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 341 hits
Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyifatkan desakan menghalang pelaksanaan tulisan jawi di sekolah yang dilakukan pihak tertentu adalah cubaan menggangu gugat keamanan nasional dan perpaduan kaum Loading Beliau berkata Perkara 152 ...
Kaji Semula Elaun Guru Kafa

Kaji Semula Elaun Guru Kafa

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 294 hits
Usaha bagi hargai jasa sebagai nadi penting dalam pendidikanNIBONG TEBAL Kerajaan akan terus memfokuskan kebajikan guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain termasuk menilai semula pemberian elaun kepada guru guru berkenaan kata Menteri di Jabatan...
Kerajaan Negeri Kaji Bangun Aplikasi E Tunai Sendiri

Kerajaan Negeri Kaji Bangun Aplikasi E Tunai Sendiri

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 375 hits
KLANG 20 JAN Dalam rangka pelaksanaan Smart Selangor penggunaan e tunai menjadi salah satu fokus utama Kerajaan Negeri kata Dato Teng Chang Khim EXCO pelaburan perindustrian dan perdagangan industri kecil dan sederhana berkata usaha itu bag...
Kerajaan Kaji Beri Elaun Guru Kafa Cuti Bersalin Kata Mujahid

Kerajaan Kaji Beri Elaun Guru Kafa Cuti Bersalin Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 281 hits
Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya akan meminta elaun guru Kafa dinaikkan dalam Belanjawan 2021 bagi mengelakkan mereka rasa terpinggir NIBONG TEBAL Kerajaan akan terus memfokuskan kebajikan guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain termasuk meni...
Pemerintah Kaji Pembangunan Pangkalan Kapal Nelayan Di Natuna

Pemerintah Kaji Pembangunan Pangkalan Kapal Nelayan Di Natuna

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 271 hits
Menteri Koordinator Bidang Maritim dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan mengatakan pemerintah tengah berbenah di perbatasan Zona Ekonomi Eksklusif di Kabupaten Natuna Riau Salah satunya dengan membangun pangkalan nelayan di sebelah utara p...
Nasdem Lobi Fraksi Lain Gerindra Masih Kaji Urgensi Pansus Jiwasraya

Nasdem Lobi Fraksi Lain Gerindra Masih Kaji Urgensi Pansus Jiwasraya

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 210 hits
Alasan NasDem ngotot untuk mendorong Pansus isu ini merupakan lintas sektor Tidak hanya terkait BUMN tetapi penegakan hukum sampai keuangan
Tiada Rancangan Kaji Mansuh Butiran Agama Pada Kad Pengenalan

Tiada Rancangan Kaji Mansuh Butiran Agama Pada Kad Pengenalan

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 251 hits
PUTRAJAYA 21 JAN Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak ada sebarang rancangan dibuat untuk melaksanakan kajian secara terperinci berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan Kenyataan itu dikelua...
Kaji Lagi

Kaji Lagi

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 281 hits
Ibrahim Mat IsaAku ingatkan dasar apa yang nak dibuat kajian pandangan Nak kaji pasal kasut hitam je pun samdol sungguh pengarah yang ada pun patutlah misi dan visi pembangunan sekolah sekolah daif di Sabah Sarawak masih tersangkak sangkak
Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ini Malaysia Umdap Punya

How Many More Journalists Must Die Rsf

Singgah Makan Di Food Court Larut Matang Taiping

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap