Kbba9 10 Tahun Dah
Cerita bulan lepas tapi nak tulis juga sebagai kenangan di hari tua,gituuuuu...
Happy Anniversary yang ke 10 tahun Kelab Blogger Ben Ashaari, 19 Januari 2020 sempat kami berkumpul brunch di McDonalds Putrajaya (Tepi Tasik) tak ramai dan tak semua yang dapat hadir tapi agak meriah juga,dapat la Cik Sue jumpa ada yang tak pernah bersua muka,setakat berborak dalam group Wasap sajakan,Insya Allah moga ada rezeki nak jumpa yang lain juga
Alhamdulillah KBBA9 dah bertahan 10 tahun bermula dari 2009 hingga kini,pastinya ada masam manis pahit kelat perjalanannya,tak pe itulah namanya kehidupankan,segala yang hadir yang berlaku yang pergi memberi pengajaran dan panduan untk teruskan hidup,kita belajar berbagai perkara dalam menempuhi sela waktu tu.Yang pernah bersama,yang telah pergi,yang masih ada,yang masih menyokong TERIMA KASIH banyak
10 tahun bukan tempuh yang singkat sebenarnya,yang datang yang pergi semuanya ada sumbangan,terima kasih banyak-banyak,walau ada yang sudah meninggalkan KBBA9 tapi besar sumbangannya.Cik Sue ni nak kata dari awal tu tidak la,tapi antaraaaa yang terawal bersama beberapa yang lain,banyak juga la menyaksikan perjalanan komuniti blogger yang satu ni
Harapan Cik Sue moga KBBA9 terus berkembang dan berjaya nanti menjadi platform mengukuhkan ukhuwah sesama ahli dan menjana pahala bersama,Insya Allah sama -sama kita berusaha berubah menjadi lebih baik,segala yang berlaku kita jadikan ikhtibar,no hate just love
Okey,lepak santai kami hari tu di taja oleh McDonalds Malaysia,dengan set sarapan Chicken Burger dan lunch Set Prosperity Burger,terima kasih daun keladi ye,ada peluang belanja la lagi,oh ya memang sesuai tau kalau korang nak adakan majlis sekarang ni kat McDonalds,macam-macam pakej dan kemudahan di sediakan,siap boleh request macam-macam lagi,eh ada siap majlis tunang tau kat McDonalds ye hahahah rare apa.simple senang
Kek dan dessert pula kami tempah dengan Khaisya Delite ,yang di sediakan oleh Kak Aisya isteri arwah Abam Korie (salah seorang ahli Kbba9 juga yang meninggak bulan Dec lepas,Alfatihah) Dannnnnn Cik Sue jamin 100% produk hasil tangan diorang memang sedap berbaloi dengan harga yang korang bayar,memang tak mengecewakan ye,di jamin! Selain sediakan tempahan kek dan dessert diorang pun ada buka kelas baking tau,sesapa yang nak bisnes baking-baking atau nak cari ilmu skill tambahan bolehlah join.Apa-apa korang klik je link kat bawah ni ye :
FB Khaisya DeliteIG Khaisya Delite
Kami berkumpul santai-santai je,sambil tanya-tanya khabar,belah kek,makan-makan berbual opkos posing-posing hahahah dekat Zohor juga la baru masing-masing angkat bontot heheheh dah kenyang kan.Best juga lepak-lepak santai gini,tak formal huha-huha je makan dan gelak-gelak
Moga dapat bergathering lagi ye,kot nak plan piknik ke kan,potluck ke hehehehe ke guane kawan-kawan? ,Happy Anniversary Kbba9 again,moga terus sukses dan berjaya,terima kasih semua yang pernah ada.I love you my friends,Demi Allah
p/s :
Terima kasih sudi terima dan berkawan dengan saya,saya tak ramai kawan huhuuu,moga kita terus eratkan silaturrahim,gaduh bercekau tu biasa la tapi tak nak la bawa sampai ke SANA kan? just love no hate,kita mampu didik hati ,jom jadi orang baik-baik,love u ollssss...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sueizza.com/2020/02/kbba9-10-tahun-dah.html