Inilah kedai kopinya - KB Brewster, merupakan salah sebuah cawangan KB Brewster yang terdapat di Kelantan
Pemandangan alam yang menarik, kawasan ini dilatari perbukitan batu kapur
Nun di hujung sana terletaknya Warong Muse
Sebuah kedai kopi dengan konsep moden dan minimalis. Kalau orang sekarang panggil kedai kopi hipster. Di sini kita boleh pilih nak duduk di bahagian dalam kedai atau nak lebih santai boleh pilih duduk di bahagian luar saja
Menu yang ditawarkan di sini - minuman kopi, ada juga minuman selain kopi dan pilihan makanan Barat
Ada juga beberapa pilihan kek. Ish...menggoda sungguh, tapi kena kawal diri supaya tak makan terlampau banyak. Tak apa, yang kita belum cuba makan ni Insya Allah kita ‘simpan’ untuk kunjungan akan datang ya. Hehe
Inilah pilihan kami - hot latte, cold mocha, chicken chop dan pasta bolognese. Pasta bolognese di sini menggunakan pasta angle hair. Kalau buat sendiri di rumah pun saya gunakan angle hair sebab lebih sedap dan senang dikunyah berbanding spaghetti
Kami makan di meja luar, lebih santai sambil menikmati suasana sekitar
Pemandangan luas dari meja makan kami - landasan keretapi, kawasan perumahan baru, kubah Masjid Razaleigh dan perbukitan. Santai sungguh makan di sini sambil dihembus angin petang
Ni foto hari lain (esok harinya), singgah lagi ke sini membeli minuman dan donut sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis pula. Kebetulan saya nampak keretapi menghampiri kawasan Stesen Keretapi Gua Musang ni, segera saya memotret. Setelah beberapa kali makan di kawasan Muse Ecopark, ini kali pertama saya nampak keretapi lalu di sini. Insya Allah jika ada kesempatan, teringin juga saya nak mencuba naik keretapi ke laluan berdekatan. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |