Kawasan Perkelahan Sungai Chomo
Sungai chomo merupakan tempat bela/ternak ikan sangkar di tasik kenyir tetapi yg aku nak citer tentang sungai chomo tempat berkelah,bukan sungai chomo tempat bela ikan dlm sangkar dlm tasik kenyir.Tempat berkelah sungai chomo tak popular seperti tempat berkelah lain yg popular.Tempat ni tersorok dilaluan ke tempat ternak ikan sungai chomo,tersorok nya tempat ni sehingga menjadi takut utk pergi seorang,tempat ni sgt sesuai utk mandi manda,terutamanya budak kecik,ada wakaf tempat berehat tp tak ada tandas,tak ada surau,kalau berhajat nak buang mungkin boleh pergi kedalam rok/semak..heeee.Kalau nak solat plk boleh saja hampar sejadah kat mana2 saja disitu,yg penting solat mesti dikerjakan tak kira tempat.Persediaan ala kadar ini mmg berpatutan sangat dengan tempat perkelahan kecik seperti ini,Kawasan perkelahan yg jauh dari segala kesibukan,kawasan yg sunyi senyap sehinggakan yg terdengar hanya nafas kita sahaja,sesekali hanya terdengar kocakan kecil air sungai yg deras menghilir.Kelihatan anak2 ikan berenang2 dgn bebas,Pokok2 renek yg tumbuh dikedua2 belah tebing bertambah lagi kecantikan sungai nya.Pemandangan hutan nya cukup mempesonakan.Pemandangan hutan yg indah ini juga terhidang disepanjang laluan utk sampai kekawasan perkelahan ini
Cerita kat atas sudah berlalu beberapa tahun yg lalu,cerita pada tahun 2019 sangat berlainan sekali,hanyutan sungai yg jernih sudah tak ada lagi,yg ada hanya sebatang sungai yg amat lesu aliran nya,Tebing sungai yg dulu diselimuti dgn pepohon dah tak kelihatan,ada sesetengah tempat telah ditumbuhi pokok renek yg miang.
Kawasan perkelahan ni telah diterjah oleh jentera berat kerana pembalakan,Yg masih kelihatan hanyalah tempat berehat yg dah sangat uzur,atap yg dah tercabut tak dibaiki dan ada yg telah roboh menyembah tanah.Sangat sedih kelihatan.sekian
Dua gambar kat bawah telah diambik ditempat yg sama tapi pada tahun berbeza
Tahun 2012
Tahun 2019
Gambar2 lain pada tahun 2019👇
Laluan masuk nya telah bertar sejak dari dulu.
Tempat berehat yg sekeliling nya telah dibersihkan oleh pembalak atau tempat ni akan dibuat tempat pengumpulan balak,walahualam
Atap yg dah tercabutNi je air sungai yg tinggal akibat dari penebangan balak kat kawasan atasDulu tak ada pasir yg banyak mcm ni,kat sini sungai lebar jgk tp oleh kerana himpunan pasir dari hulu sungai menyebabkan sungai tertimbusDulu tak ada rumah org asli,tempat ni dulu hutan sepenuhnya,tp rumah ni hanya sementara saja,menurut cakap dari penduduknya..kereta yg kelihatan kepunyaan mereka,orang asli
Kereta aku yg diparking atas jalan tar tp sekelilingnya penuh dgn semak lalang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://azramsulong.blogspot.com/2019/09/kawasan-perkelahan-sungai-chomo.html