Kawasan Pekan Masih Dipayungi Aura Najib


malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Oct 22, 2022 9:30 AM
PRU15 | Tempoh sembilan tahun Najib Razak memegang jawatan perdana menteri dilihat benar-benar meninggalkan kesan dalam kalangan pengundi di parlimen Pekan sehingga hari ini.

Ditambah pula dengan statusnya sebagai anak kepada bekas perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein, dapat difahami bagaimana nama Najib banyak mempengaruhi penduduk di kawasan terbabit.

Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam pada April 2009 untuk mewarisi kerajaan BN daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Ia berjalan seadanya di sebalik pelbagai isu dan tentangan daripada pembangkang.

Namun, kredibiliti Najib terjejas teruk menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan pelbagai kontroversi khususnya membabitkan skandal syarikat pelaburan strategik miilk kerajaan, 1MDB.

Ia kemudian menyaksikan Umno-BN tumbang buat pertama kali dalam sejarah selepas gagal memperoleh mandat untuk kembali sebagai kerajaan.

Kemunculan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baru juga membawa khabar duka buat Najib apabila dia dan isterinya, Rosmah Mansor, didakwa di mahkamah atas pelbagai pertuduhan.

Mesti boleh buat kerja

Ketika Rosmah masih dibicarakan, Najib pula sudah didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Dia akhirnya dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Selepas 30 hari Najib mendekam di Penjara Kajang, kebanyakan pengundi Pekan masih berharap bekas perdana menteri itu dapat bertanding lagi dan kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.

Seorang peniaga, Shaharuddin Abdul Samad, 42, berkata sepanjang tempoh Najib memegang jawatan perdana menteri, terlalu banyak bantuan disalurkan kepada rakyat.
Shaharuddin Abdul SamadDia yang menjadi adalah antara penerima program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan Najib mengakui, sumbangan itu banyak membantunya memulakan perniagaan.

Pada masa sama Shaharuddin mengakui kekangan semasa menyukarkan harapannya itu menjadi kenyataan.

Justeru dia terbuka untuk melihat ada tokoh lain yang bertanding bagi mengisi tempat Najib di Pekan.

“Sesiapa saja boleh ganti (Najib) asalkan boleh buat kerja macam biasa, kerajaan yang ada sekarang pun dah OK.

“Banyak bantuan yang dia (Najib) bagi dulu, macam duit BR1M, dengan duit itulah saya buat modal pusingan untuk berniaga,” katanya yang menjual air balang di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Ubai, Pekan.

Ketika ditanya mengenai siapa paling sesuai menggantikan Najib untuk kerusi parlimen Pekan, Shaharuddin berkata, mungkin Mohd Nizar - anak Najib bersama isteri pertama - boleh diketengahkan sebagai calon.

“Dari segi pengalaman, dia (Mohd Nizar) masih belum ada (pengalaman), tapi saya percaya jika diberi peluang, dia boleh (menang).

“Saya bukan orang politik, jadi tidak tahu sangatlah, tak kisahlah siapa nak ganti, asalkan boleh buat kerja dan bantu rakyat,” katanya lagi.

Letak di DUN dulu

Mohd Nizar merupakan ketua Pemuda Umno Pekan yang dipilih ke jawatan itu pada 2018. Di peringkat lain, Mohd Nizar juga diberi kepercayaan sebagai ketua biro ekonomi dan modal insan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang, sebuah agensi di bawah kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Pekan, Zalmah Abdul Rahman, berkata memang nama Mohd Nizar antara yang disenaraikan sebagai calon bagi kerusi parlimen Pekan.

Katanya, nama itu juga dicadangkan untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Pekan.

“Calon-calonnya sudah ada, tetapi saya pun tak tahu siapa senarai yang terkini (kerana) berada di tangan pucuk pimpinan.

“Dia (Mohd Nizar) sudah bersedia (untuk menjadi calon),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp.
Asmadi Mohd NorDalam pada itu, seorang penduduk di Kampung Ganchong, Asmadi Mohd Nor, 54, ketika ditanya mengenai calon untuk menggantikan Najib, dia memberitahu, Mohd Nizar adalah individu paling sesuai.

“Cuma kalau boleh letaklah dia di kerusi DUN terlebih dahulu, selepas itu barulah dihantar ke parlimen.

“Tapi, kalau (Umno) bahagian Pekan nak terus (calonkan) ke parlimen pun tidak ada masalah, lagipun dia (Mohd Nizar) dah lama buat kerja di Pekan, terutama di Peramu Jaya,” katanya.

Bagi generasi kedua Felda Chini 2, Fikriamin Adenan, Mohd Nizar adalah calon paling berpotensi untuk menggantikan ayahnya di kerusi parlimen Pekan.

“Orang (pengundi) Pekan mesti pilih ‘Bossku’ sebab kebanyakannya memang sayang kepada Najib.

“Tapi kalau bukan dia (Najib) jadi calon, boleh ganti dengan anak dia (Mohd Nizar) confirm orang pilih (undi) sebab ada darah Tun Razak, mesti menang punyalah,” katanya yang berusia 44 tahun.
Fikiramin AdenanDi bawah kawasan parlimen Pekan, terdapat empat DUN iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini.

Secara umumnya, nama Abdul Razak dan Najib sudah terlalu sinonim dengan kehidupan seharian mereka, justeru siapa sahaja dipilih sebagai calon di Pekan - asalkan mempunyai pertalian darah dengan kedua-dua bekas PM terbabit - hampir pasti memperoleh sokongan penuh daripada pengundi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/kawasan-pekan-masih-dipayungi-aura-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Pekan Diadakan Semula Jika Bn Menang Najib Pula Diampunkan

Prk Pekan Diadakan Semula Jika Bn Menang Najib Pula Diampunkan

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 130 hits
agendaily com25 10 2022Ketua Pemuda UMNO Pekan Datuk Nizar Najib kurang pengalaman untuk bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan akan diadakan semula dalam tempoh tertentu sekiranya Barisan Nasiona...
Analysts Picking Nizar For Pekan Could Save Najib S Legacy

Analysts Picking Nizar For Pekan Could Save Najib S Legacy

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 191 hits
The decision to field Mohd Nizar Najib in the Pekan parliamentary seat will ensure the seat is safe to be returned to be contested by his father Najib Abdul Razak when the latter is released from prison later According to Mazlan Ali senior ...
Report Umno Man Says Inexperience Reason Najib S Eldest Son Unfit For Pekan Federal Seat

Report Umno Man Says Inexperience Reason Najib S Eldest Son Unfit For Pekan Federal Seat

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 219 hits
Should Najib be pardoned whoever is elected to be the Pekan MP will hand the seat back to Najib as it should be Datuk Mohd Nizar Najib the eldest son of former prime minister Datuk Seri Najib Razak lacks the experience to stand as a candida...
Tiada Nama Anak Najib Dihantar Sebagai Calon Di Pekan

Tiada Nama Anak Najib Dihantar Sebagai Calon Di Pekan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily com13 10 2022Anak Datuk Seri Najib Razak Nooryana Najwa bersama ibunya Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri taklimat khas Presiden UMNO sebelum ini UMNO Bahagian Pekan mengesahkan tiada nama anak Datuk Seri Najib Razak dihantar unt...
Najib Dinamakan Sebagai Antara Lima Calon Parlimen Pekan

Najib Dinamakan Sebagai Antara Lima Calon Parlimen Pekan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 149 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 13 2022 11 36 AMNajib Razak kekal sebagai antara lima calon yang diketengahkan untuk parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke 15 kata Timbalan Ketua Umno bahagian Pekan Zamri Ramly Katanya nama nama berkenaan...
Nizar Dilihat Makin Hampir Ganti Najib Di Pekan

Nizar Dilihat Makin Hampir Ganti Najib Di Pekan

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 150 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 24 2022 11 18 AMPRU15 Anak sulung bekas perdana menteri Najib Razak kini dilihat kian aktif dan mula turun padang di kawasan Pekan Tindakan Nizar Najib itu dianggap satu lagi isyarat jelas bahawa dia bakal di...
Aura Najib Dari Dalam Penjara Pun Boleh Tewaskan Mahathir Yang Berada Diluar

Aura Najib Dari Dalam Penjara Pun Boleh Tewaskan Mahathir Yang Berada Diluar

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 166 hits
Oleh Adam Malik Dari kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir sejak kebelakangan jelas sudah nampak betapa desperado nya beliau menghadapi pilihanraya ke 15 Tindakan suka mengenakan lawan dengan kes mahkamah ketika ada kuasa s...
Anak Najib Tanya Ni Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara

Anak Najib Tanya Ni Kenapa Bapak Dia Tak Boleh Kempen Dari Penjara

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 190 hits
Anak perempuan Najib Razak Nooryana Najwa menyoal mengapa ketua pembangkang ketika dipenjarakan Anwar Ibrahim boleh berkempen untuk isterinya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2015 Kata Nooryana sedangkan bapanya pula dilarang men...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan