Kawasan Majoriti Melayu Tolak Calon Ph Membimbangkan Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
K. Parkaran
-December 11, 2022 7:46 AM
Penguasaan undi Melayu oleh Perikatan Nasional (PN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah perlu ditangani Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata penganalisis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Sejumlah 27 daripada 44 calon Pakatan Harapan (PH) hilang deposit di kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah, pada PRU15.

Justeru, situasi berkenaan dilihat sebagai tamparan terhadap gabungan pelbagai kaum itu, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata trend berkenaan membimbangkan ketika gabungan itu yang kini menerajui kerajaan perpaduan ditolak di negeri terbabit, yang mana kesemua calon PH bertanding tumpas kecuali di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang kini perdana menteri, sedaya mungkin mengekang sentimen kaum dan agama yang tidak pernah berlaku dalam politik negara, terutama mengambil kira kerajaan ditunjangi parti dari pelbagai kaum buat pertama kalinya.

“Perlu diingatkan semua calon itu adalah Melayu dari PKR dan Amanah, dua parti yang membawa stigma kerana bersekutu dengan DAP. Bukan mudah untuk mengalihkan gelombang yang berlaku terutama di tiga negeri yang mana mereka mengundi berdasarkan faktor agama.

“Kita hanya menipu diri sendiri jika berpandangan pengundi ini menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan. Tidak, mereka mengundi PAS dan bukan Bersatu, menjurus kepada gelombang spiritual,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, petanda jelas daripada keputusan membabitkan DAP dan PAS yang mana menjadi satu-satunya parti yang calonnya tidak hilang deposit, sekali gus menunjukkan jurang dalam antara kaum dan agama walaupun negara pada satu ketika dulu pernah mekar dalam keharmonian antara kaum.

Katanya, rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 22 calon dari Barisan Nasional (BN) juga hilang deposit, manakala 13 bagi PN. Calon pilihan raya hilang deposit sekiranya tidak berjaya meraih satu perlapan undi daripada jumlah undi.

“Bagaimanapun, gambaran paling besar (calon hilang deposit) merupakan calon bukan Muslim dari MCA, Gerakan dan MIC.”

Azmi berkata, penting bagi kerajaan perpaduan membuktikan kepada rakyat bahawa konsep baharu kerajaan hari ini mampu membawa penyelesaian menghapuskan sebarang bentuk elemen pelampau, selain menambah kebergantungan kepada Anwar menangani perkara sensitif untuk beberapa tahun mendatang.

“Sekiranya kerajaan gagal menunjukkan bahawa agenda dibawa merupakan yang terbaik memacu negara ke depan, corak PRU15 mungkin kembali berulang pada PRU16, jika tidak lebih teruk. Saya harap Anwar berkemampuan membalikkan situasi yang berlaku,” katanya.

Katanya, satu-satunya perkara yang mencetuskan harapan dalam keputusan PRU15 membabitkan prestasi calon Melayu dari DAP, Syahredzan Johan, di kawasan majoriti Melayu di Bangi, yang mana beliau meraih 141,568 undi, jumlah undi kedua terbesar diperoleh.

Undi paling tertinggi diraih calon DAP, Gobind Singh Deo, yang mendapat 142,875 undi selepas menang di Damansara.

Keseluruhannya, sejumlah 367 calon hilang deposit RM10,000 setiap seorang pada PRU15 membabitkan RM3.67 juta, satu rekod kepada SPR.

Menurut data SPR, 192 daripada 221 kerusi ditandingi menyaksikan sekurang-kurangnya seorang calon hilang deposit. Jumlah yang hilang deposit dalam satu kawasan ditandingi berlaku di Batu membabitkan lapan calon, diikuti Ampang (7) dan Kota Raja serta Bangi (masing-masing 6).

Antara pemimpin terkenal yang mengalami nasib sama adalah bekas perdana menteri yang juga pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad (Langkawi), anaknya, Mukhriz (Pejuang-Jerlun), bakal presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Presiden Putra Ibrahim Ali (Putra-Rantau Panjang) dan bekas presiden PPP, M Kayveas (Ipoh Barat).

Nama lain termasuk bekas naib presiden Amanah, Husam Musa (Pasir Mas), bekas presiden MCA, Ong Tee Keat (Warisan-Pandan), Naib Presiden MIC A Kohilan Pillay (Batu), bekas Ahli Parlimen DAP dan PKR, Wee Choo Keong (bebas-Wangsa Maju) dan bekas naib presiden PKR, Tian Chua (bebas-Batu).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kawasan-majoriti-melayu-tolak-calon-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Bukan Negeri Selamat Ph Menjelang Prn Kata Penganalisis

Selangor Bukan Negeri Selamat Ph Menjelang Prn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 208 hits
Kerjasama BN PH dalam kerajaan perpaduan juga bakal memberi kesan terhadap pola pengundian menjelang pilihan raya negeri Selangor kelak menurut penganalisis PETALING JAYA Selangor tidak boleh lagi dianggap kubu selamat Pakatan Harapan yang ...
Pn Menang Besar Di Padang Serai Tewaskan Ph Dan Calon Lain Dengan Majoriti 16 260 Undi

Pn Menang Besar Di Padang Serai Tewaskan Ph Dan Calon Lain Dengan Majoriti 16 260 Undi

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 291 hits
PADANG SERAI 8211 Perikatan Nasional terus mencipta momentum luar biasa apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang dilangsungkan siang tadi Calon PN Datuk Azman N
Kesepakatan Pengukur Kabinet Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

Kesepakatan Pengukur Kabinet Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 201 hits
PENGUKUR kepada Kabinet kerajaan perpaduan adalah aspek kesepakatan dan kerjasama sebagai satu kumpulan meskipun jemaah menteri dari parti politik yang berbeza Penganalisis Sosiobudaya Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi berkata naratif bahawa...
Latihan Bahasa Melayu Tahun 2 Kata Majmuk

Latihan Bahasa Melayu Tahun 2 Kata Majmuk

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 307 hits
Pendidik perlu mengetahui cara terbaik dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik dan kemampuan murid untuk menerima dari masa ke masa Penggunaan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang menarik sangat digalakkan sup...
Calon Timbalan Menteri Dimuktamad Dalam Masa Terdekat Kata Pm

Calon Timbalan Menteri Dimuktamad Dalam Masa Terdekat Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 191 hits
CALON CALON bagi jawatan timbalan menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri nbsp menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini Anwar turut memaklumkan ...
Kenapa Besarkan Isu Polis Melayu Mati Apa Kata N Surendran Ni Surendran Mahu Pancing Undi Penjenayah Ker Gila

Kenapa Besarkan Isu Polis Melayu Mati Apa Kata N Surendran Ni Surendran Mahu Pancing Undi Penjenayah Ker Gila

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 497 hits
Semakin hari semakin BIADAP Si N Surendran ni peguam dan pembela hak asasi penjenayah dengan tampa rasa bersalah membela PENJENAYAH dan sanggup menyatakan kematian anggota polis tidak menjadi isu Kenyataan yang dibuat ini cukup melampau dan...
Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Wee Questions Funds For Vanity Projects Says Better Spent On Healthcare

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Beliawanis Mca Stabbing Incident In Bandar Utama School A Wake Up Call For Moe

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Sinopsis Filem Banduan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peminta Sedekah Simpan Duit Dalam Plastik Siap Baling Bagi Orang Kutip Netizen Dedah Bisnes Mengemis

Wanita Dan Tudung Tak Dapat Dipisahkan

Jenayah Di Sekolah Kabinet Akan Putuskan Esok Pm Anwar

Alasan Shafie Pertahan Pemberian Khas Rm53 4 Juta Tak Boleh Diterima Grs

1248 Of Clothes Pegs

Yolla Matcha Supplemen 50x Kesan Cerah Boost Imun Penghadaman Sihat