Kawan Baru 2020 Bahagian 1
Assalamualaikum.
2020 bakal tiba ke penghujungnya. Cabaran entri kali ini ialah kawan baru yang aku dapat. Kalau ikutkan tajuk asal dia nak A New Friend tapi tahun 2020 ni aku dapat manyyyyyyy friend pulak. Jadi aku kenalkan sikit-sikit lah supaya nanti aku boleh masukkan dalam cerita akan datang, tak payah aku nak ulang banyak kali. Ye dak?
Okay I'll start with this gang first.
Kami mula berkenalan dalam group WhatsApp nama Interim Sabah 2020. Yah, selepas dapat tahu penempatan, terus ya diorang cipta group WhatsApp dan Telegram. Tapi biasalah bila ada 300++ kepala dalam tu, orang tak setuju dengan kita, walaupun niat hang baik lagu mana pun, tetap akan ada yang tak puas hati.
Jadi, aku left group dan ikut group rasmi yang JPN Sabah tubuhkan. Dari situ, PPD daerah masing-masing akan bagi link group telegram baru.
Nak jadi cerita, ada seorang lagi kawan dalam tu yang sama nasib macam aku, haha. Kami panggil dia Petir, sebab dia letak nama WhatsApp dia Pakcik Petir. Melekat la walaupun dia tu muda dari aku. Suprisingly, hello, dia tu junior aku di KUIS. HAHA. Kecik betul dunia.
Ada lagi ahli lain yang kami dah tapis baikk punya dalam tu seperti Mek Akmal, Rozzer, Kak DD, Asma, Kak Jannah, Joy, Jennifer, Lina, Cik Din, Azilah, Cindy, Fasihah, Nab dan Wawani (ini pun junior aku juga). Kami namakan group tu : GURU COS DG41 SABAH 2020. Senang! Haha.
Dari kiri : Petir, Aku, Rozzer & AsriOh ya Asri tu yang dapat posting satu sekolah dengan aku. So kira kami dua la cikgu baru kat situ. Aku ingat lagi awal awal dia masuk ke taman rumah petir tu, Petir tu di bandar, kami tiga ni kat pedalaman sana. HAHA.
Dia kata kat aku, "Ish punya lama tak tengok rumah batu dua tingkat tinggi taman macam ni, rasa teruja." Padahal hang baru duduk dalam tu tak sampai sebulan haha. Sekarang dia nak bawah anak bini duduk sini. Mujur ye. Kalau tak, tumpo. HAHA.
Ini dengan Petir dan Mek Akmal. Hari pertama kami datang ke sini untuk urusan lapor diri.
Saja lah aku nak abadikan gambar dengan dak dua ketul ni.
Sebelum boarding. Aku ada buat post pengalaman sebelum ni. Cari la!Ada gambar dengan Lina dan Cindy dia ambil aku sebelum lapor diri. Tapi itu lah tu, aku tak jumpa pulak. Diorang dua kena daerah Kinabatangan. Sebelah Lahad Datu. Mek Akmal tu di Semporna. Kami berpisah masa kat airport Tawau.
Yang lain belum sempat jumpa, ada di Sandakan, Kunak, KK, Tuaran, Keningau, dan Ranau. Insyallah lepas ni kami akan berjumpa juga. Oh ya, ada sorang lagi. NAk jadi cerita juga, Allah aturkan baik punya, kawan yang kami sama sama temuduga Guru Interim kat Maktab Perguruan Kinta, Ipoh tu, helok lah dapat kat sini. Tapi dia di bandar, betul depan airport. Aku di felda.
Ini ha, Hidayah. Kami sama sama interview dalam satu bilik masa kat Ipoh. KLIK SINI.Jadi, ini lah kawan kawan baru aku tahun 2020. Insyaallah, kawan sampai syurga. Nanti entri seterusnya aku cerita tentang part 2, kawan baru si sekolah. Okay?
Yang penat,
Jannah Jelita,
Lahad Datu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jannahsuhaimi.blogspot.com/2020/12/kawan-baru-2020-bahagian-1.html