Kawal Makan Kesihatan Terjamin



Bilangan individu yang dikategori obesiti semakin banyak. Lantas itu, banyak individu berusaha untuk kelihatan langsing dengan cara mengambil kapsul atau ubat-ubatan kurus. Cara itu banyak resikonya. Terdapat kes kematian disebabkan mengambil kapsul pelangsing badan.

Cara yang betul untuk mengawal berat badan adalah dengan makan secara sihat dan bersenam. Tidak ada jalan pintas untuk kelihatan langsing dan sihat. Ia lebih mendatangkan kebaikan dan bersesuaian dengan ajaran Islam.  

Makan dan minum adalah keperluan hidup seharian. Kita perlu makan dan minum untuk mendapat tenaga, kesihatan dan menikmati rasa makanan. Untuk menikmati kehidupan yang sihat, seseorang perlu mengambil makanan seimbang.

Bagaimanapun, kita tidak perlu makan banyak untuk mendapat tenaga yang lebih. Sebaliknya, makan banyak mendatangkan masalah kepada kesihatan. Nikmat dan kepuasan makan juga berkurangan apabila makan terlalu banyak. 

Dalam al-Quran dijelaskan tentang sederhana dalam soal makan dan minum. Ia satu panduan yang mesti dipatuhi untuk mendapat kebaikan. Firman Allah bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31). 

Jumlah makanan yang perlu diambil hanya mengikut keperluan untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat dan bertenaga. Setiap individu mempunyai pola pemakanan yang berbeza bergantung kepada umur, jantina, jenis pekerjaan dan keadaan kesihatan.

Tenaga dan kesihatan yang baik diperlukan untuk melakukan tugas sebagai khalifah di muka bumi. Untuk mencapai kebaikan optimun, Islam menetapkan aturan makan secara bersederhana. Orang mukmin makan apabila rasa lapar dan berhenti makan sebelum rasa kenyang.     

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak ada bekas yang lebih keji yang diisikan oleh anak Adam daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya dan sekiranya dia terpaksa juga, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Nasai).

Walaupun Nabi Muhammad bukan pakar pemakanan dan perubatan, kata-kata baginda adalah wahyu Ilahi. Kebenaran fakta diucapkan Nabi Muhammad telah dibuktikan secara ujian oleh pakar moden.    

Dr Henry Bieler yang menumpukan kajian selama 50 tahun mengenai kesan pemakanan terhadap badan menjelaskan sebab utama penyakit bukannya bermula daripada bakteria, tetapi toksid yang dihasilkan makanan. 

Toksid menyebabkan kerosakan kepada sel badan yang membuka peluang untuk bakteria membiak dan seterusnya merosakkan sel badan. Toksid yang mendapat di dalam usus menyebabkan penyakit berkaitan usus dan menghalang penyerapan zat makanan yang diperlukan oleh badan.

Makanan halal tidak semestinya baik sepenuhnya. Ia biasanya berkaitan dengan kuantiti.  Jika terlalu kerapa dimakan atau dalam kuantiti yang banyak, makanan yang baik bertukar mendatangkan keburukan. Contohnya, pengambilan gula secara berlebihan. 

Sekarang ini heboh diperkatakan mengenai kesan makanan segera yang dianggap sebagai pembunuh senyap. Perkara ini timbul disebabkan budaya makan makanan segera yang meningkat, sedangkan ia memberi kesan tidak baik baik kepada kesihatan.

Menjaga perut daripada diisi dengan makanan mendatangkan mudarat adalah cara penjagaan kesihatan paling berkesan. Individu berdisiplin menjaga makan dan tidak gelojoh memakan apa saja diingini sukar mendapat penyakit.

Konsep berpuasa atau menahan daripada mengambil makanan tertentu dijadikan cara rawatan paling berkesan. Banyak cara rawatan penyakit bahaya adalah dengan cara mengawal pengawalan makanan.  

Amalan makan tidak mementingkan kesan kepada kesihatan menyebabkan banyak penyakit berbahaya seperti kecing manis, darah tinggi, barah, lemah tenaga dan masalah jantung. Pengidapnya terpaksa menahan diri daripada mengambil makanan secara sesuka hati.

Adalah lebih baik mencegah daripada merawat.  Hargai nikmat sihat yang dikurniakan Allah. Allah menurunkan balasan sakit terhadap sesiapa tidak bersyukur dengan nikmat sihat.  Jika sudah mengidap penyakit, biasanya patang larang adalah berkaitan dengan pemakanan.

Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyambah-Nya semata-mata.”  (Surah al-Baqarah, ayat 172).

Jelas sekali Allah hanya membenarkan makan makanan yang baik-baik. Maksud makanan yang baik ialah dapat memberi manfaat hasil memakannya. Yang halal tidak mestinya mendatangkan kebaikan, terutama bergantung kepada keadaan dan cara pemakanan.

Paling penting, kita tidak mengambil makanan yang mendatangkan kesan buruk. Jika kita telah mengenal pasti jenis makanan yang mendatangkan alahan kepada diri, adalah ditegah kita daripada memakannya.  

Jika jenis makanan halal ditegah dimakan kerana memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi kita ditegah makan jenis makanan yang diharamkan. Arak, daging babi dan makanan dari sumber yang tidak halal ditegah sama sekali dimakan.

Kesan serta merta makan berlebihan ialah menyebabkan badan menjadi lemah. Pada masa kekenyangan, rasa malas dan mengantuk akan menguasai diri. Fikiran pula menjadi buntu dan ingin berehat berterusan.  

Justeru, individu yang mementingkan produktiviti perlu mengawal makan. Kuantiti dan jenis makanan yang dimakan perlu diberi perhatian bagi menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental. Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan untuk mengetahui cara pemakanan baik.

Makan terlalu banyak memberi kesan tidak baik kepada sistem penghadaman dalam badan. Makanan tidak diproses dengan sempurna dan menyebabkan penyerapan zat dan pencernaan makanan tidak berlaku sepenuhnya. Itu satu kerugian kerana tidak memperoleh zat yang sepatutnya.

Untuk memberi keselesaan dan kesempurnaan proses penghadaman makanan, ketika makan hendaklah dilakukan dengan sabar dan perlahan-lahan. Makanan perlu dikunyah dengan sempurna sebelum ditelan. Jangan makan terlalu banyak dan gelojoh.  

Makan melebih apa yang diperlukan oleh badan menunjukkan sifat boros. Islam menegah sifat boros kerana mendatangkan banyak keburukan. Kita menanggung kerugian kewangan dan mengurangkan tahap kesihatan.

Dari Anas bin Malik, sabda Rasulullah bermaksud: “Antara sifat boros itu adalah makan apa yang teringin oleh selera.”  (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Syaidina Umar pernah berkata: “Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk.”

Sesiapa yang berkemampuan menyediakan banyak makanan, haruslah dikongsikan dengan orang lain. Sesiapa memberi makanan kepada orang dalam kelaparan, maka Allah menghindarkan dirinya daripada salah satu kesukaran di akhirat kelak.

Masih banyak orang miskin yang mengharapkan peluang untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan hidup. Sesungguhnya wajib orang muslim membantu muslim lain dalam keadaan kesusahan mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila kamu memasak satu kuali, maka banyakkan airnya (kuah). Kemudian lihatlah kepada sesetengah jiran tetanggamu untuk diberikan kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim).  

Makan secara beramai-ramai atau mengagih-agihkan makanan kepada jiran tetangga menambah keberkatan rezeki diperoleh selain dapat mengeratkan tali persaudaraan. Amalan itu dapat menjauhkan perasaan tamak dan mementingkan diri. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Makanlah kamu beramai-ramai dan jangan berpecah belah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/gtu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsing Dan Sihat Dengan Kawal Nafsu Makan

Langsing Dan Sihat Dengan Kawal Nafsu Makan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 298 hits
Keadaan badan yang langsing dan sihat memang menjadi impian setiap individu terutama di kalangan wanita Golongan wanita amat takut jika keadaan badan agak berisi biarpun hakikatnya belum lagi dikategorikan sebagai gemuk Lantaran itu golonga...
Baru Makan Sebulan Dah Kena Radang Hati Doktor Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Ambil Milk Booster

Baru Makan Sebulan Dah Kena Radang Hati Doktor Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Ambil Milk Booster

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 483 hits
Pengalaman yang diceritakan doktor ini agak menakutkan Hanya sebulan selepas mengambil pil yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu pemeriksaan kesihatan mendapati organ hatinya terjejas sehingga mengalami keradangan Dr yang s...
Anak Tolak Makan Sayur Ada Trik Hebat Mama Boleh Buat Confirm Makan Bertambah

Anak Tolak Makan Sayur Ada Trik Hebat Mama Boleh Buat Confirm Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 318 hits
Susah sungguh anak anak kita nak makan sayur Orang kata nak ajar anak makan sayur mama papa pun kena jadi pencinta sayur Barulah anak anak akan makan Tak gitu Tapi ada trik mama boleh cuba Kalau anak masih lagi tak suka makan sayur ada baik...
12 Faktor Penyebab Anak Hilang Selera Makan

12 Faktor Penyebab Anak Hilang Selera Makan

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 367 hits
Pernah tak anda melalui fasa tumbesaran si kecil apabila mereka hilang selera makan Ya setiap kanak kanak pasti melalui fasa ini Pada usia satu atau dua tahun pasti anda gembira melihat si kecil yang berselera makan Pada usia begini biasany...
Makan Malam Di Pak John Ioi City Mall Putrajaya

Makan Malam Di Pak John Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 779 hits
Makan Malam di Pak John IOI City Mall Putrajaya Pak John memang terkenal dengan masakan BBQ steamboat Dah lama teringin nak merasa makan di Pak John Lebih meyakinkan kerana Pak John mempunyai sijil halal Halal yang diiktiraf Jabatan Kemajua...
Trauma Nak Makan Sebelum Naik Bas Sakit Dapat Malu Pun Dapat

Trauma Nak Makan Sebelum Naik Bas Sakit Dapat Malu Pun Dapat

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 375 hits
The Reporter Sejak hari itu memang trauma dah nak makan sebelum naik bas ekspres Lagi empat jam untuk sampai ke destinasi kot tapi tali perut ini tiba tiba macam dipintal pintal kat dalam Bersama rasa senak memulas mulas dan panik yang berc...
Prk Pd Tiket Makan Percuma Bersama Anwar

Prk Pd Tiket Makan Percuma Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 248 hits
Cuba menghalalkan cara ada pelbagai jenis merentasi perundangan tanpa kesalahan walaupun secara pandangan ia salah Anwar tetap hadir dengan acara makan malam bersama pengundi di majlis yang sebelum ini dikatakan percuma Kemudiannya ia dituk...
Makan Malam Di Sri Mutiara Seafood Sabak Bernam Selangor

Makan Malam Di Sri Mutiara Seafood Sabak Bernam Selangor

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 686 hits
Sri Mutiara sabak Bernam SelangorSri Mutiara ni tak lah besar mana pun tapi makanan kat sini sedap sedap jugak la Masakan ala thai yang memang dimasak oleh orang selatan thai Jadi keaslian rasa masakan ala thai tu memang ada la Malas nak ce...
Muda Muda Dah Makan Duit Haram Gadis 23 Tahun Tak Serik

Muda Muda Dah Makan Duit Haram Gadis 23 Tahun Tak Serik

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 447 hits
Meskipun kegiatan menipu duit pelanggan yang dia buat dah pernah kantoi tahun lepas tapi gadis scammer ni nampaknya tak serik serik lagi Menurut Harian Metro gadis yang pernah didapati menipu duit pelanggan dengan cara menjual tiket penerba...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik