Kawal Kerosakan Berpunca Dari Arak




oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi
AWAL bulan ini kita digemparkan dengan kejadian seorang anggota keselamatan terbunuh akibat dirempuh pemandu mabuk. Harian Metro melaporkan Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dirempuh berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan yang menyebabkan beliau parah dan meninggal serta-merta ditempat kejadian. Ini bukan insiden pertama yang terjadi sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dilaksanakan. Berdasarkan laporan akhbar, bulan April yang lalu sahaja tiga kes kejadian merempuh sekatan jalan berlaku yang membabitkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol. Kes-kes seperti ini turut berlaku diseluruh negara iaitu di Petaling Jaya, Bintulu dan di Ipoh
Ini satu petanda yang tidak baik. Dalam kedaan kita berusaha mengurangkan nyawa yang terkorban disebabkan virus, anggota barisan hadapan kita pula terdedah dengan risiko menghadapi pemandu mabuk. Tindakan tegas mesti diambil bagi menangani perkara ini.
Melihat kepada kemudaratan yang sangat jelas, Rasulullah mengambil pendekatan yang tegas bagi mengawal kerosakan yang berpunca dari arak. Baginda mencela lapan golongan manusia yang terbabit secara langsung dengan penghasilan arak sehinggalah kepada penjualannya. Bahkan Khalifah sesudah Baginda mengambil tindakan tegas dalam urusan ini. Umar Abdul Aziz diriwayatkan pernah mengarahkan orang bukan Islam tidak mendedahkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan syarat-syarat warganegara bukan Muslim yang tinggal bersama Muslim menjelaskan: “Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi bukan Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” iaitu tidak boleh diwarwarkan dan ia mestilah berlaku secara tertutup.” (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar).
Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import dan eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal yang menyebutkan: “Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).
Kadangkala kita terlalu bimbang untuk mengenakan tindakan yang ketat dalam mengawal urusan jual beli arak sedangkan negara lain sudah mula mengorak langkah sedemikian sekalipun mereka bukanlah negara orang Islam. Afrika Selatan sebagai contoh sudah mula mengharamkan penjualan arak dalam tempoh lockdown mereka. Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Bheki Hamilton Cele pada 26 Mac yang lalu sudah melakukan pengumuman itu dengan justifikasi bahawa pengharaman penjualan arak dalam tempoh lockdown ini berupaya memutuskan rantaian penyebaran Covid-19. Antara justifikasi yang diberikan adalah alkohol berupaya melemahkan sistem pertahanan badan seseorang.
Di Nuuk, ibu negeri Greenland turut mengenakan sekatan penjualan arak dalam tempoh lockdown dan Menteri Kesihatannya, Martha Abelsen menjelaskan sekatan penjualan arak ini bertujuan menyelamatkan mangsa dera kanak-kanak sepanjang tempoh perintah kawalan berkurung di Greenland.
Begitu juga di Hong Kong, Ketua Eksekutif Carrie Lam sudah mengumumkan penyekatan pengeluaran lesen arak bagi 8600 resteoran dan bar dalam menghadapi tempoh kedua gelombang Covid-19 di Hong Kong.
Perhatikan bagaimana negara yang bukanlah menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka boleh bertindak secara rasional dalam mengekang penjualan arak, mengapa tidak kita bertinda dengan tindakan yang sama. Apatah lagi perkara ini diajarkan Baginda Nabi 1400 tahun yang lalu yang memikirkan kesan dalam kekeluargaan.
Ketegasan pengurusan hal ehwal yang membabitkan arak ini tidak lain adalah bagi mengawal kerosakan yang berlaku. Bayangkan sekiranya anggota polis yang terkorban itu mempunyai tanggungan isteri dan anak-anak, fikirkan kesusahan yang dihadapi pihak isteri untuk menguruskan keluarga ketika ketua keluarga mereka meninggal secara tiba-tiba? Atas dasar itu Islam mengenakan hukuman tegas bagi memastikan kesejahteraan seluruh manusia. Malah, ketika berlakunya insiden sebegini, ada yang mencadangkan agar pemandu mabuk tersebut dikenakan hukuman denda dengan jumlah yang sekurang-kurangnya mampu menampung kesusahan yang dihadapi oleh keluarga si mati dalam tempoh sementara keadaan stabil. Semoga ada jalan keluar bagi kemelut yang rumit ini.
Penulis adalah Timbalan Pengarah Institut Sains Islam Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/13/kawal-kerosakan-berpunca-dari-arak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kawal-kerosakan-berpunca-dari-arak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Arak Hisap Rokok Bawah Umur Watak Cha Haekang Disuruh Keluar The World Of The Married

Minum Arak Hisap Rokok Bawah Umur Watak Cha Haekang Disuruh Keluar The World Of The Married

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 535 hits
Korea sebenarnya adalah sebuah negara yang sangat konservatif dan sering mengkritik sesiapa yang melanggar undang undang negara itu tambahan lagi sekiranya ia melibatkan selebriti Terbaru pelakon remaja yang kian popular menerusi drama The ...
Permohon Gagal Bpn Berpunca Kerana Miliki Ssm Boleh Buat Rayuan

Permohon Gagal Bpn Berpunca Kerana Miliki Ssm Boleh Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 550 hits
Minggu ini kecoh di media sosial tentang rasa kekecewaan beberapa pihak dan individu apabila permohonan Bantuan Prihatin Nasional telah ditolak dengan alasan mempunyai rekod SSM Jumlah ini melibatkan seramai 451 865 pemohon yang telah ditol...
Perhatian Arak Tak Jadi Harom Mabuk Kaw Kaw Balik Naik Grab

Perhatian Arak Tak Jadi Harom Mabuk Kaw Kaw Balik Naik Grab

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 216 hits
September 2018 Arak dihapuskan diharamkan terus dari Malaysia Mei 2020 Arak tak jadi diharamkan atas guna alasan Arak dilaporkan membayar cukai yang tinggi untuk negara Arak sudah lama bertapak di Malaysia Arak boleh dibenarkan mengikut nis...
Mabuk Arak Apa Pas Boleh Buat Hari Ini

Mabuk Arak Apa Pas Boleh Buat Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 456 hits
Tragedi arak Pinda akta lebih tegasPARTI Islam Se Malaysia terus memberikan komitmen untuk memastikan undang undang berkenaan arak dan pemandu di bawah pengaruh alkohol diperketatkan dan dikenakan tindakan tegas Islam yang bersifat prihatin...
5 Fakta Mengenai Arak Yang Perlu Anda Tahu

5 Fakta Mengenai Arak Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 247 hits
Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad Malaysia negara ke 10 tertinggi di dunia yang meminum arak KEMATIAN seorang anggota polis Safwan Muhammad Ismail 31 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam akibat dilanggar pemandu mabuk am...
Tak Sekarang Ni Apa Usaha Kau Dari Pas Tutup Kilang Arak Macam Kau Melalak Meroyan Sakan Sebelum Ini

Tak Sekarang Ni Apa Usaha Kau Dari Pas Tutup Kilang Arak Macam Kau Melalak Meroyan Sakan Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 544 hits
Pas ketika berada dalam kerajaan pada masa ini dilihat langsung tidak memperjuangkan pengharaman penjualan arak tidak seperti semasa pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini Naib Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi dalam rakaman video lengkap muzi...
Kebas Kebas Dan Rasa Ditusuk Mungkin Tanda Kerosakan Saraf Disebabkan Diabetes

Kebas Kebas Dan Rasa Ditusuk Mungkin Tanda Kerosakan Saraf Disebabkan Diabetes

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 246 hits
Pfizer yang merupakan peneraju syarikat farmaseutikal Global Amerika Syarikat berpangkalan di New York itu baru sahaja mengumumkan hasil kaji selidik berkenaan Painful Diabetic Peripheral Neuropathy iaitu sejenis penyakit kerosakan saraf ya...
Macam Orang Gila Foto Foto Kerosakan Bilik Hotel Kuarantin Sarawak Tular Buat Netizen Marah

Macam Orang Gila Foto Foto Kerosakan Bilik Hotel Kuarantin Sarawak Tular Buat Netizen Marah

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 885 hits
Ibarat diberi susu dibalas tuba sikap rakyat yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan bilik hotel yang digunakan sebagai bilik kuarantin sungguh mengecewakan Beberapa keping foto bilik hotel sebuah pusat kuarantin di Sarawak tular kera...
Kelonggaran Pkp Janganlah Sekaligus Nanti Susah Nak Kawal Nasihat Najib

Kelonggaran Pkp Janganlah Sekaligus Nanti Susah Nak Kawal Nasihat Najib

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 353 hits
Kelonggaran PKP Janganlah sekaligus nanti susah nak kawal nasihat NajibMengikut Najib kes baharu Covid 19 hari ini seramai 69 orang menunjukan peningkatan mereka yag dijangkiti dan virus itu masih merebak dalam masyarakat tempatanKelonggara...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Building An Online Marketing Plan

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

How To Make Japanese Mayonnaise

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Akui Penat Dengan Running Man Sebelum Ini Ji Yeeun Dedah Banyak Terima Mesej Cacian